NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 27 September 2011

JANGAN BERGADUH KERANA WANG

haiiii.....
JAM kat dinding menunjukkan pukul 1555 HRS
belek punya belek sokabar
terpampang satu tajuk
~ JANGAN BERGADUH KERANA WANG ~
emmmm....dalam konteks kehidupan suami isteri neh wang memang la memainkan peranan penting ooooo...
cuba korang PK sejenak agak-agaknya la.
bila kali terakhir korang suami isteri bergaduh di sebabkan wang!!!
saya rasa la pertengkaran mengenai wang adalah sebahagian daripada asam garam dalam rumah tangga.
kalau di IBU KOTA keadaan kita suami isteri bekerja(termasuk la saya salah sorang nya)
adalah satu perkara yang lumrah.
memiliki lebih daripada satu sumber kewangan adalah satu cara untuk suami isteri menikmati kehidupan ini dengan penuh bermakna.
~ JADI KITA PERLU BERMULA SEKARANG BUAT GAMBARAN TENTANG KEDUDUKAN KEWANGAN KITA DARI SEKARANG ~

p/s : MINTAK JAUH LA GADUH BESAR2 SEBABKAN WANG NIE......

JAKIM SAHKAN DIALOG HANTU BONCENG TIADA UNSUR MEMPESENDAKAN RASULLULLAH

haiiiii......
dengar je tentang gosip nie,
saya trus buka FILEM HANTU BONCENG nie
tengok memang ada AYAT tue
tapi mengikut fikiran saya takdeq pulak zizan bermaksud mcm tue
cuma ayat dye tue tersekat di sebabkan takut dan SYAITAN yang zizan sebut tue hantu yang menjelama tue.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
“Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis.
“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,” katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.
Baguslah kalau begitu. Syukur isu dah selesai. Tapi kami tetap mengharapkan para pembikin filem akan lebih berhati-hati selepas ini. Kalau boleh, sebelum jadi isu, elakkanlah ye. Ahmad Idham boleh menarik nafas lega selepas ini.

Ahad, 25 September 2011

JAMUAN HARI RAYA

haiiii
jamuan raya versi 2011 kembali
bukan jamuan raya sangat pon....
makan2 je.....
makanan sedap2 saje.
best....eppy gler
opssss....sowy
tak sempat nak bertudung litup.
menu saya :-
~ AYAM PANGGANG
~ MEE HOON
~ HOT DOG BAKAR
~ AGAR2
~ KEK
~ MUFFIN
PAKWE
satu hari suntuk duk kat tempat bakar tue...
kalu takdeq mamat neh
dop jadi la majlis
orang dh datang....
ramai gop...
meriah btol.
nie orang dapor termasuk la saya
posing maut punya.

Khamis, 22 September 2011

BUAT MUFFIN UNTUK JAMUAN RAYA

Cairkan coklat. 
Gunakan kaedah "double boiler".
tak pong korang beli serbuk trus senang...
 Kemudian masukkan mentega. 
Kacau sehingga mentega cair. 
Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. 
Kacau sampai sebati. 
Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. 
Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.
 Gaul sehingga sebati.
 Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. 
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. 
Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

WANGSA WALK TIME

haiiiii...
ari nie jauh perjalanan cikmala
kena ada la benda alah nie..
tue pong sesat semacang
tengok tue kan cikmala dh kata
dah stat mengong....
jenuh PAKWE kita duk godek2 dye

sampai LEBUHRAYA KARAK
ujan lebat..
PAKWE bawak berhati2...
yeaaa
cikmala dah sampai destinasi
WANGSA WALK.
suka tengok tempat dye....cam mewah sikit
tibe masanya cikmala mamam.
kedai mamak.
punya la ramai orang..
lagi pulak ada tb besar,ramai duk tgk bola
MALAYSIA vs JEPONG
menu PAKWE
~ UDANG CELOP TEPONG
~ GULAI IKAN TENGGIRI
menu CIKMALA :-
~ AYAM GORENG BEREMPAH
~ KUAH KARI JE
nie tujuan sebenarnya
PAKWE beli basikal jenama GIANT
BAJET :- RM6000
masuk lam kedai cikmala rasa cam kenai je mamat beli beskal FIXIE wane oren
cikmala tanya PAKWE.abg bukan pelakon ke tue!!yea r.
pelakon adam maya.
~ HAFIZUDDIN tak silap nama dye
mber PAKWE
pemain beskal juga.(selalu masuk majalah oooo)
keje kedai beskal.......
tengah duk godek beskal...
ada org shooting la kat luar kedai
cikmala intai je dari dalam kedai.
alamak cikmala rasa cikmala kenai la mamat tgh berlakon tue
~ SYAHZ HASZLE
ngan mamat duk bersembang tepi kedai
~ ZUL HUZAIMI

USAHA CIKMALA YANG TERAKHIR




Selasa, 20 September 2011

DAPAT BEG BARU

haiiiiii.....
saya dapat BEG TANGAN baru
sebenarnya sebelom raya lagi nak cari.
tapi PAKWE dop berkenan belaka.
doh guane...hehehhehe
BEG TANGAN nie  saya beli kat MESRA MALL
mula2 masuk kedai CARLO RINO
tapi tak berkenan.elok je depan kedai tue ada kedai
* VINCCI *
jeling punya jeling..
PAKWE kata amik yang tue.
amoi tue kata ada potongan RM10
jadi bajet saya untuk BEG TANGAN nie
RM59.00

Ahad, 18 September 2011

MERDEKA RAYA...HOREEYYYY

ADA SAPE2 NAK PHOTONYA DIAMBIL TAK!

Hukum Puasa 6 Hari Dibulan Syawal

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu: 
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Siapa yang berpuasa 
Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa 
seumur hidup'." [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, AtTirmidzi 1164]
Hukum Puasa Syawal 
Hukumnya adalah sunnah: "Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahawa 
berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi'i, Ahmad dan banyak 
ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini 
dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan 
puasa ini, seperti; risau orang yang tidak tahu menganggap ini bahagian dari 
Ramadhan, atau risau manusia akan menganggap ini wajib, atau karana dia 
tidak mendengar bahawa ulama salah biasa berpuasa dalam Syawal, karena 
semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk 
menolak Sunnah yang sahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti 
bagi yang tidak mengetahui." 
[Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/389] 
Hal-hal yang berkaitan dengannya adalah: 
1. Tidak harus dilaksanakan berurutan. 
"Hari-hari ini (berpuasa syawal-) tidak harus dilakukan langsung setelah 
ramadhan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah 'Id, dan mereka 
boleh menjalankannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, 
apapun yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya-) tidaklah wajib, 
melainkan sunnah." 
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/391] 
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: 
"Sahabat-sahabat kami berkata: adalah mustahab untuk berpuasa 6 hari 
Syawal. Dari hadits ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya 
secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya 
atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga diperbolehkan, ٤
karena dia masih berada pada makna umum dari hadits tersebut. Kami tidak 
berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan 
Abu Dawud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzdzab] 
Bagaimanapun juga bersegera adalah lebih baik: Berkata Musa: 'Itulah mereka 
telah menyusul aku. Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Rabbi, supaya Engkau 
redha kepadaku. [QS Thoha: 84] 
2. Tidak boleh dilakukan jika masih tertinggal dalam Ramadhan 
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa 
terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan 6 hari puasa Syawal, 
karena dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadhan dengan 6 hari puasa 
Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadhan-nya terlebih dahulu." 
[Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/392]

Tanya : Bagaimana kedudukan orang yang berpuasa enam hari di bulan 
syawal padahal punya qadla(mengganti) Ramadhan ? 
Jawab : Dasar puasa enam hari syawal adalah hadits berikut
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lalu mengikutinya dengan enam hari Syawal 
maka ia laksana mengerjakan puasa satu tahun." 
Jika seseorang punya kewajiban qadla puasa lalu berpuasa enam hari padahal ia 
punya kewajiban qadla enam hari maka puasa syawalnya tak berpahala kecuali 
telah mengqadla ramadlannya (Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin) 
Hukum mengqadha enam hari puasa Syawal 
Pertanyaan 
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz ditanya : Seorang wanita sudah terbiasa 
menjalankan puasa enam hari di bulan Syawal setiap tahun, pada suatu 
tahun ia mengalami nifas karena melahirkan pada permulaan Ramadhan dan 
belum mendapat kesucian dari nifasnya itu kecuali setelah habisnya bulan 
Ramadhan, setelah mendapat kesucian ia mengqadha puasa Ramadhan. 
Apakah diharuskan baginya untuk mengqadha puasa Syawal yang enam hari 
itu setelah mengqadha puasa Ramadhan walau puasa Syawal itu dikerjakan 
bukan pada bulan Syawal ? Ataukah puasa Syawal itu tidak harus diqadha 
kecuali mengqadha puasa Ramadhan saja dan apakah puasa enam hari 
Syawal diharuskan terus menerus atau tidak ? 
Jawapan 
Puasa enam hari di bulan Syawal, sunat hukumnya dan bukan wajib 
berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. 
"Artinya : Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan 
puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang 
tahun" [Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya] ٥
Hadits ini menunjukkan bahwa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara 
berurutan ataupun tidak berurutan, karena ungkapan hadits itu bersifat mutlak, 
akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama 
berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang artinya) : "..Dan aku 
bersegera kepada-Mu. Ya Rabbku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)" 
[Thaha : 84]
Juga berdasarakan dalil-dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah yang menunjukkan 
kutamaan bersegera dan berlomba-lomba dalam melakukan kebaikan. Tidak 
diwajibkan untuk melaksanakan puasa Syawal secara terus menerus akan tetapi 
hal itu adalah lebih utama berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa 
sallam (yang artinya) : "Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus 
menerus dikerjakan walaupun sedikit" 
Tidak disyari'atkan untuk mengqadha puasa Syawal setelah habis bulan Syawal, 
karena puasa tersebut adalah puasa sunnat, baik puasa itu terlewat dengan 
atau tanpa udzur. 
Mengqadha enam hari puasa Ramadhan di bulan Syawal, apakah mendapat 
pahala puasa Syawal enam hari 
Pertanyaan
Syaikh Abduillah bin Jibrin ditanya : Jika seorang wanita berpuasa enam 
hari di bulan Syawal untuk mengqadha puasa Ramadhan, apakah ia 
mendapat pahala puasa enam hari Syawal ?
Jawapan
Disebutkan dalam riwayat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa beliau 
bersabda (yang artinya) : "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan 
kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia 
berpuasa setahun" 
Hadits ini menunjukkan bahwa diwajibkannya menyempurnakan puasa 
Ramadhan yang merupakan puasa wajib kemudian ditambah dengan puasa 
enam hari di bulan Syawal yang merupakan puasa sunnah untuk mendapatkan 
pahala puasa setahun. Dalam hadits lain disebutkan (yang artinya) : "Puasa 
Ramadhan sama dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari di bulan Syawal 
sama dengan dua bulan" 
Yang berarti bahwa satu kebaikan mendapat sepuluh kebaikan, maka 
berdasarkan hadits ini barangsiapa yang tidak menyempurnakan puasa 
Ramadhan dikarenakan sakit, atau karena perjalanan atau karena haidh, atau 
karena nifas maka hendaknya ia menyempurnakan puasa Ramadhan itu dengan 
mendahulukan qadhanya dari pada puasa sunnat, termasuk puasa enam hari 
Syawal atau puasa sunat lainnya. Jika telah menyempurnakan qadha puasa 
Ramadhan, baru disyariatkan untuk melaksanakan puasa enam hari Syawal 
agar bisa mendapatkan pahala atau kebaikan yang dimaksud. Dengan demikian 
puasa qadha yang ia lakukan itu tidak bersetatus sebagai puasa sunnat Syawal. ٦
Apakah suami berhak untuk melarang istrinya berpuasa Syawal 
Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Apakah saya berhak untuk melarang 
istri saya jika ia hendak melakukan puasa sunat seperti puasa enam hari 
Syawal ? Dan apakah perbuatan saya itu berdosa ?
Jawaban
Ada nash yang melarang seorang wanita untuk berpuasa sunat saat suaminya 
hadir di sisinya (tidak berpergian/safar) kecuali dengan izin suaminya, hal ini 
untuk tidak menghalangi kebutuhan biologisnya. Dan seandainya wanita itu 
berpuasa tanpa seizin suaminya maka boleh bagi suaminya untuk membatalkan 
puasa istrinya itu jika suaminyta ingin mencampurinya. Jika suaminya itu tidak 
membutuhkan hajat biologis kepada istrinya, maka makruh hukumnya bagi 
sang suami untuk melarang istrinya berpuasa jika puasa itu tidak 
membahayakan diri istrinya atau menyulitkan istrinya dalam mengasuh atau 
menyusui anaknya, baik itu berupa puasa Syawal yang enam hari itu ataupun 
puasa-puasa sunnat lainnya. 
Hukum puasa sunnah bagi wanita bersuami
Pertanyaan
Syaikh Shalih Al-Fauzan ditanya : Bagaimanakah hukum puasa sunat bagi 
wanita yang telah bersuami ?
Jawapan
Tidak boleh bagi wanita untuk berpuasa sunat jika suaminya hadir (tidak 
musafir) kecuali dengan keizinannya, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh 
Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Nabi 
Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya) : "Tidak halal bagi seorang 
wanita unruk berpuasa saat suminya bersamanya kecuali dengan seizinnya" 
dalam riwayat lain disebutkan : "kecuali puasa Ramadhan" 
Adapun jika sang suami memperkenankannya untuk berpuasa sunat, atau 
suaminya sedang tidak hadir (bepergian), atau wanita itu tidak bersuami, maka 
dibolehkan baginya menjalankan puasa sunat, terutama pada hari-hari yang 
dianjurkan untuk berpuasa sunat yaitu : Puasa hari Senin dan Kamis, puasa 
tiga hari dalam setiap bulan, puasa enam hari di bulan Syawal, puasa pada 
sepuluh hari di bulan Dzulhijjah dan di hari 'Arafah, puasa 'Asyura serta puasa 
sehari sebelum atau setelahnya. 

Khamis, 15 September 2011

ERRA NGAN HARLEY DAVIDSON

haiiiii.....
wow..dasyat sungguh cik ERRA FAZIRA kita
org berduit katakan
APA PONG TAK BLEY
ni memang aktiviti kegemaran kami berdua sejak dulu lagi. Selalunya kami hanya akan naik motosikal untuk pergi makan serta tak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tapi tak adalah menyertai mana-mana kelab ataupun melakukan aktiviti berkonvoi,� cerita Erra yang tampak hebat di sisi motosikal Harley Davidson jenis Sportster 1200 yang sudah pun digunakannya sejak hampir sedekad lalu. 
 Menjadikan lokasi Restoran Puteri, Sungai Penchala sebagai tempat berkumpul, Erra dan Emran cukup bergaya dengan pakaian berjenama Harley Davidson, yang juga jenama motosikal berkuasa tinggi kepunyaan mereka. Bukan saja pakaian, malah aksesori lain seperti beg dan rantai kunci, semuanya menggunakan jenama terkenal itu. 
 Motosikal Harley-Davidson VRSCDX Night Rod Special ini dijual pada harga lebih kurang RM150,000.
 Lebih hebat lagi, enjin motorsikal tersebut adalah liquid cooled Revolution 1,250cc unit, 60-degree V-Twin, built in kolaborasi dengan Porsche. Dengan berat 289kg, sudah tentu agak sukar bagi wanita untuk mengendalikannya... namun Erra dilihat mampu mengendalikan motorsikal tersebut dengan tenang. 
PENYANYI Fauziah Latiff dan penyampai radio, Linda Onn antara bintang popular yang turut berkongsi minat dalam sukan pemotoran berkuasa tinggi.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...