NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 27 September 2011

JAKIM SAHKAN DIALOG HANTU BONCENG TIADA UNSUR MEMPESENDAKAN RASULLULLAH

haiiiii......
dengar je tentang gosip nie,
saya trus buka FILEM HANTU BONCENG nie
tengok memang ada AYAT tue
tapi mengikut fikiran saya takdeq pulak zizan bermaksud mcm tue
cuma ayat dye tue tersekat di sebabkan takut dan SYAITAN yang zizan sebut tue hantu yang menjelama tue.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
“Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis.
“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,” katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.
Baguslah kalau begitu. Syukur isu dah selesai. Tapi kami tetap mengharapkan para pembikin filem akan lebih berhati-hati selepas ini. Kalau boleh, sebelum jadi isu, elakkanlah ye. Ahmad Idham boleh menarik nafas lega selepas ini.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...