NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

NAK HALAU HANTU PEREMPUAN

Haiii......
kelakar plop baca BERITA nie...
tapi tak mustahil
yg mustahil tue la selalu berlakunye....
kejadian nie kat JOHOR BARU
Akibat percayakan temberang bomoh kononnya
 mahu menghalau hantu perempuan yang mengganggunya, 
seorang lelaki kerugian RM100,000 apabila sejumlah barang kemas 
diserahkannya untuk dijampi ditukar dengan makanan ringan.
Mangsa yang berumur 50-an sebelum itu diberi syarat
 supaya membuka beg mengandungi barang kemas itu selepas
 tempoh 21 hari bagi memastikan jampi berkesan, 
namun dia membukanya cuma empat hari kemudian berikutan 
curiga kemungkinan ditipu.Ketua Polis Daerah Nusajaya,
 Superintendan Noor Hashim Mohamad, 
berkata dalam aduannya mangsa mendakwa kejadian bermula 
apabila dia berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang wanita 
yang mendakwa dirinya cucu tabib tersohor di sebuah pusat beli- belah 
di sekitar bandar raya ini pada 31 Mei lalu. 
“Dalam perbualan mereka, wanita berusia 30-an itu mendakwa 
mangsa kini dalam bahaya akibat diganggu hantu perempuan dan menawarkan diri untuk membantu mangsa kerana jika tidak diubati, nyawa mangsa dalam bahaya.

“Berikutan itu, mangsa bersetuju dan mengikut segala syarat ditetapkan suspek iaitu menyerahkan barang kemas serta wang tunai yang dimasukkan ke dalam 
sebuah beg galas untuk dijampi,” katanya.

Khamis, 3 Mei 2012

UGUT BUNUH POLIS DI MALAYSIA

Haiiiiii......
semalam tengok BERITA TV3
terkezut gop Cikmala dengan tindakan MAHASISWI nie..
benci sangat la konon2 nya
kang tak pasal2 kena....
rasa ler mu makan nasi lokap yang sedap gler tue yea.
nak cakap benda hak betol konon2nya.
diri sendiri yg banyak tak betol......
              Pelajar ini yang mengugut untuk membunuh semua polis di Malaysia !
  • Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
  • Umur : 22 tahun
  • Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
  • Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. 


Kerana begini caranya mereka 


melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, 


tidak ada rundingan dengan polis 


lagi. Lawan tetap lawan" 

Berikutan itu, polis sedang menyiasat kerana 


Khalid telah mengeluarkan kata-kata yang berbentuk hasutan. 


Anak muda ini juga menjadikan Ketua Pembangkan, 


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idola. Dia mengeluarkan kenyataan itu 


sehari selepas terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0

Anak muda ini memang lantang menentang kerajaan


 dan tidak pernah ketinggalan menyertai


 demontrasi menentang kerajaan termasuk 


berkampung di Dataran Merdeka baru-baru ini


 bagi mendesak pinjaman Perbadanan Tabung 


Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Ketika rakan-rakannya sibuk mendirikan solat, bagaimana pula dengan Khalid ??
uzur kot dye.

Budak ini bukan sekali dua tunjukkan sifat biadap dan kurang ajar. Kebiadapan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam ini semakin menjadi-jadi sejak demo di hadapan pagar UPSI ketika malam tahun baru.Pelajar yang GAGAL dalam semester yang lalu ini,  pernah melemparkan fitnah jahat kepada PDRM ketika kejadian demo di hadapan pagar UPSI dengan menulis cerita berbentuk fitnah di laman blognya.
Kali ini budak yang GAGAL dalam pelajaran ini cuba menghasut serta mengugut untuk membunuh semua anggota PDRM. Ketaksuban budak ini terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan dirinya menjadi semakin biadap.

Sewajarnya pihak UiTM mengambil tindakan ke atas pelajar ini, kerana lebih lama pihak UiTM menyimpan pelajar berperangai biadap dan kurang ajar ini, saya khuatir fahaman 'gila' yang diamalkan beliau akan merebak dalam kampus tersebut.Biarlah bapanya menempatkan beliau di IPTS lain yang mana kos pengajian untuk jurusan yang diambil mungkin mencecah puluhan ribu.

Isnin, 30 April 2012

SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA & DIRI SENDIRI

Haiiii...
SELAMAT HARI PEKERJA Cikmala ucapkan
kepada semua Pekerja di Malaysia & dimana2 jua anda berada
o..yeahhhhhhhhhh
Hari nie Cikmala tak keje..
Cikmala bangun awal hari nie
sebab nak siap sarapan PAkwe Cikmala nak kayuh KAYUHAN 1 MEI
160 KM...tak tahu bertahan ke tak dye..
bape hari tak kayuh...
anyway,,,SELAMAT HARI PEKERJA 2012
Tak kira apa juga profession kita sebagai pekerja dari 
berlainan bidang, pertanian, pendidikan, pembinaan, perkilangan dan sebagainya. 
Dari pekerja bawahan hinggalah jawatan bos. 
Sebenarnya kita mempunyai matlamat yang sama, 
mahu memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan yang cemerlang.
Sebagai seorang pekerja yang tak berapa cemerlang nih, 
Cikmala mengaku banyak lagi yang perlu ditempuhi dalam meneruskan cabaran hari yang mendatang. Sumbangan CIKmala ini adalah sangat kecil jer bagi korunk kot. 
Dalam bidang KEPOLISAN nih, lebih banyak cabaran & dugaan. Manakala dikala kerja  dalam situasi tertekan yang sebenar sebenarnya lebih lagi mencabar dan memerlukan sokongan dari rakan sekerja (teamwork).
tarikh 1 MEI digunakan kerana pada tahun 1884
persekutuan persatuan pekerja & buruh
yang diinspirasikan oleh kejayaan PARTY LABOUR 1872 di KANADA
meminta 8 jam waktu bekerja di AMERICA SYARIKAT
dikuatkuasakan pada 1 MEI 1886
hari buruh sepatutnya tidak dibenarkan bekerja
namun ada juga sebahagian tugas tetap dperlu dilaksanakan
juga seperti tugas2 menjaga negara & sempadan, tugas2 DOKTOR dan DJ 
terpaksa bertugas juga
apa yang penting HARI BURUH
sebagai lambang memberikan penghormatan epada mereka semua yang 
bergelar pekerja yang telah memberikan komitmen
tanggungjawap & juga kesetiaan dalam kerjaya masing2.

ISU LANGGAR TERJAWAP

Haiiiii.....
memang awal2 lagi Cikmala tak suka dengan PERHIMPUNAN nie
pasti akan berlaku perkara2 mcm nie.
Cikmala sangat terkilan bila teman satu KHURSUS MEMANDU Cikmala
pengsan di baling objek2 dan terbabas dan berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan kematian
mudah2an beliau cepat semboh......
dan kembali bertugas semula.
tak pasal2 dapat jupe PM ko Kamil....:-)
 Isu Polis Langgar Peserta Bersih 3.0 akhirnya terjawab apabila, anggota Polis yang menjadi mangsa keganasan Peserta Bersih 3.0 menceritakan sendiri kejadian sebenar kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang datang melawat mangsa Bersih 3.0 itu di hospital tempat beliau dirawat.
Bukanlah niat untuk Konstabel Mohamed Kamil Paimin yang berusia 24 tahun dan baru sahaja bertugas 2 tahun melanggar orang ramai seperti apa yang spekulasi didedahkan oleh pihak-pihak tertentu.
 Mohamed Kamil menceritakan yang dia tidak sedarkan diri selepas kepalanya terkena dengan objek keras sebelum keretanya terbabas dan masa itulah lelaki yang memakai helmet dalam video polis langgar peserta bersih 3.0 itu adalah jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut dibelasah selepas merayu mereka berhenti memukul Mohamed Kamil yang tidak sedarkan diri.
 ^^ BERSIH LA SANGAT NIE ^^
 ramai sungguh pengikut AMBIGA
yang perempuan pong, g balik la masok kat umoh.
bawok la anop2 tue balik..
takdop keje btol.
 Mohamed Kamil yang pengsan akibat kepalanya terkena objek keras yang dipercayai dibaling oleh peserta Bersih 3.0 yang berhimpun ramai di kawasan perhimpunan Bersih 3.0 selepas diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
Bayangkan kalau dah batu, botol, kon Polis dan sebagainya mengenai badan dan kepala mangsa, sudah tentu mengakibatkan mangsa pengsan terus terbabas melanggar peserta Bersih 3.0 yang berada di kaki lima.
Sebelum anggota Polis nie pengsan, kita dapat lihat dalam Video Sebelum Polis Langgar Peserta Bersih 3.0 di mana peserta Bersih 3.0 membaling objek ke arah kereta dan ‘monyet’ melompat-lompat di atas kereta Waja Polis sebelum terbabas dan merempuh suku sakat Bersih 3.0 itu.
 nie lagi sorg
apa ke B.O.D.O.H wat gitu
kena gelak je la ngan POLIS kat depan ko tue ha...
muka tak malu sungguh.
kereta pasukan TERENGGANU di pijak2 sedangkan lambang POLIS mengandungi ALLAH & MUHAMMAD

Selasa, 28 Februari 2012

mALuNyA

Haiiiii
tengah cikmala belek2 sokabar Metro
laman 8 mata Cikmala terbaca 1 tajuk yang menggelikan ati
" LAKONAN TAK MENJADI"
BUKTI ATAS KATIL DEDAH HELAH WANITA DAKWA BAYI DISERAH INDIVIDU TIDAK DIKENALI
apa hal plak nie pk Cikmala.
lagi laju la Cikmala nak membacanya sebab KUALA TERENGGANU tue hak penting.
tergamak anak sendiri, kata anak org bagi ke dia untuk menutup kesalahan sendiri
kalu tak terbongkar tue takpe la pulak.
kang tak pasal2 malu kokrang je.
(BELAS IHSAN EN GOOGLE)
KUALA TERENGGANU: Tembelang seorang wanita yang mereka cerita kononnya diserahkan bayi lelaki oleh individu tidak dikenali di rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Jumaat lalu, terbongkar apabila siasatan mendapati bayi itu anak kandung wanita berkenaan.
Lakonan hebat wanita berusia 23 tahun terbabit yang berjaya memperdayakan ibu bapa angkatnya selain meraih simpati penduduk kampung berkenaan hanya terbongkar apabila siasatan polis mendapati maklumat diberikan wanita terbabit mencurigakan selain fizikalnya kurang bermaya seolah-olah baru bersalin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya kemudian ke rumah keluarga angkat wanita terbabit untuk menjalankan pemeriksaan lanjut jam 3.30 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik, kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kelahiran bayi di atas katil dalam bilik berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut sebelum dia mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Februari lalu,” katanya.

Menurutnya, polis menahan suspek untuk disoal siasat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi pemeriksaan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Jumaat, 4 November 2011

RED CARPET ANUGERAH SKRIN 2011

haiiii....
lepas  tengok MAHARAJA LAWAK MEGA
jari saya laju je bukak TV3
~  ANUGERAH SKRIN 2011 ~
Waaaa, cantik2 artis kita....
lagi2 pengacara dye ROZITA CHE WAN
pandai plak tue buat lawak...

~ PELAKON WANITA TERBAIK FILEM ~
( JANIN)






Tiz Zaqyah berjaya tercalon untuk lima teratas dalam beberapa kategori.
Antara artis yang menjayakan persembahan pada malam itu adalah Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.
Persembahan daripada dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay menarik perhatian penonton.













Selasa, 25 Oktober 2011

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

haiiiii........
selalu kita dengar orang kata
~ WAAAA, RAMAINYA ORANG, MAKANAN TAK SEDAP PONG.NIE MESTI ADA PELARIS~
betul tak!!
tak kata kat orang, kalau CIKMALA pong pikir benda yang sama
 
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

KARTUN WALT DISNEY GAMBARKAN NABI NUH

haiiiii.....
macam2 hal sekarang nie kan..
kalau saya pong tau tengok je...
tak sedar pong kesilapan2 neh.........
keluar cerita dalam sokabar baru la terhegeh2 nak amik tahu.
tue saya la,bukan korang kan!!!
KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Ahad, 23 Oktober 2011

KEMALANGAN DI SEPANG


haiiii........
tengah CIKMALA duk buat kerja umah
PAKWE cikmala panggil soh tengok video.
semangat la CIKMALA nya nengok
siap tunggu berita nak dengar ape kes..
korang pong mesti dah tau kan!
Marco Simoncelli, pelumba Gresini Honda telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan ngeri di litar F1 Sepang ketika dalam perlumbaan Moto GP Malaysia 2011.
Penunggang Gresini Honda tersebut telah hilang kawalan ketika di pusingan kedua dan telah dilanggar oleh pelumba lain, Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Topi keledar pelumba berusia 24 tahun itu telah tercabut semasa kemalangan tersebut dan mendiang telah dibawa ke pusat rawatan kecemasan, namun kecederaan yang dialaminya terlalu serius dan tidak dapat diselamatkan.
Mengikut sumber MotoGP.com, mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada 4.56 waktu Malaysia.
Penganjur terpaksa memberhentikan perlumbaan apabila Simoncelli didapati tertiarap di tengah-tengah litar tersebut.

Sabtu, 22 Oktober 2011

GILA KENTANG

haiiiii....
ari nie CIKMALA gila kentang
nak makan BUAH DELIMA
CIKMALA beli kat pasar tani
4 biji RM10

Isnin, 17 Oktober 2011

KELAR PERUT ANAK

haiiiii...................
geram je erk dengar tajuk kat atas tue..
Atoiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......
kalau takmau bagi saya takpe...
~ PELAJAR LAHIR BAYI DI BILIK ASRAMA KELAR PERUT ANAK ~

kerana keluarga teman lelaki enggan menerima anak dikandungnya,
 seorang pelajar tingkatan 4 mengelar bayi perempuan yang baru dilahirkan pagi semalam 
di bilik asrama itu hingga terburai perutnya.
Bayi perempuan yang cukup sifat itu masih bernyawa ketika di kelar dengan 
PISAU PEMOTONG SAYUR 
oleh ibunya...cikmala ulang lagi sekali 
PISAU PEMOTONG SAYUR.

Khamis, 13 Oktober 2011

SAYA SELALU TERANIAYA

haiiii......
laju je korang nak baca erk.
bb tajuk leh tahan panas..kan..kan
saya selalu teraniaya.....huaaaaaaaaaaaa
oleh orang yang kaki bodek.geraaaaaaam sangat
selalu saya yg jadi mangsa atas kebodekkan dye yang melampau.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya


1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah. 

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Hadits di atas juga memberi isyarat, siapa pun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zhalim. Kalau seseorang berlaku zhalim kepada orang lain, maka nantikanlah akibat buruknya. Cepat atau lambat, dia akan “menikmati” doa orang yang teraniaya tersebut.
Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zhalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil. Doa orang yang terzhalimi sangat “ampuh” terhadap orang yang menzhaliminya
Memang, ada hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan, doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizhalami, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezhaliman tersebut akan terkabul.
Rasulullah SAW bersabda:
"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".

“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak: orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang terzhalimi. Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman: Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walaupun setelah melalui suatu masa“. (H.R. Ahmad).

Doa maqbul lainnya antara lain doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam berpergian, doa seseorang kepada saudara saat dia tidak mengetahuinya, dan masih banyak lagi. Wallahu a'lam bish-Shawab.*

Sabtu, 10 September 2011

CENDOL TIME

haiiiii......
korang ape khabar erk.
camne byk dop,umoh terbuka yg korang kena pegi!
saya sampai tak larat dah..
se,eh peyot di buatnya......

entry kali nie nak cerita pasal PAKWE saya yg sorang nie,
pegi la OPEN HOUSE kat istana
dye makan CENDOL punya la sedap.
sampai coll saya bagitau....
siap tanya org tue meniaga kat mane..
dengan bangga org tue jawap (almaklumla dh kena puji kang..kang)
dekat PASAR PAYANG
ari sabtu,kami g la cari kat atas PASAR PAYANG.
nie yg lemoh saya nak naik atas nie.
* PANAS *
tapi takdeq org jual CENDOL.
cari kat bawah. ada la sorang jual cendol naik motor.
tengah panas mesti la sedap...GULP
beli la kaminya...
taksedap langsung......HAMPEH
dah jalan2,lepak2 la kat bawah sekejap
mak saya punya la teruja tengok batik2 yang merelip.
LIP LAP LIP LAP
mula la kelabu biji mata

Ahad, 21 Ogos 2011

~~BUKA POSE TIME~~

mak mertua saya tengok jam kali...
dop sabor doh nop buka..:-)
olo,cian dye....pucat muka2 adik ipar saya yg bongsu neh.agaknya duk menahan tak sedap perot.masuk angin sampai termuntah2.haaa, lain kali makan sahur erk ABANG.bb masa sahur dye kurang makan semalam.
nie la saya ala2 gedix g2....
padahal perot dah berkeroncong tahap maksima
tapi masih sempat POSE MAUT punya..
yang kelakar, semua dalam RESTORAN senyap je.bila saya stat amik pic...
semua bangun nk amik gambar juga..kelakar.
ala ci kecik nie pong pose juga..
ada mood juga dye nak posing sekarang....

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...