NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Khamis, 7 Jun 2012

NAK HALAU HANTU PEREMPUAN

Haiii......
kelakar plop baca BERITA nie...
tapi tak mustahil
yg mustahil tue la selalu berlakunye....
kejadian nie kat JOHOR BARU
Akibat percayakan temberang bomoh kononnya
 mahu menghalau hantu perempuan yang mengganggunya, 
seorang lelaki kerugian RM100,000 apabila sejumlah barang kemas 
diserahkannya untuk dijampi ditukar dengan makanan ringan.
Mangsa yang berumur 50-an sebelum itu diberi syarat
 supaya membuka beg mengandungi barang kemas itu selepas
 tempoh 21 hari bagi memastikan jampi berkesan, 
namun dia membukanya cuma empat hari kemudian berikutan 
curiga kemungkinan ditipu.Ketua Polis Daerah Nusajaya,
 Superintendan Noor Hashim Mohamad, 
berkata dalam aduannya mangsa mendakwa kejadian bermula 
apabila dia berjumpa secara tidak sengaja dengan seorang wanita 
yang mendakwa dirinya cucu tabib tersohor di sebuah pusat beli- belah 
di sekitar bandar raya ini pada 31 Mei lalu. 
“Dalam perbualan mereka, wanita berusia 30-an itu mendakwa 
mangsa kini dalam bahaya akibat diganggu hantu perempuan dan menawarkan diri untuk membantu mangsa kerana jika tidak diubati, nyawa mangsa dalam bahaya.

“Berikutan itu, mangsa bersetuju dan mengikut segala syarat ditetapkan suspek iaitu menyerahkan barang kemas serta wang tunai yang dimasukkan ke dalam 
sebuah beg galas untuk dijampi,” katanya.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...