NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Khamis, 7 Jun 2012

GULAI IKAN AYE CIKMALA

Haiiiii....
percaya tak KORUNK Cikmala kata sedap 
GULAI IKAN AYE nie???
hanya Cikmala je la yg tau..
bb CIkmala dah rasa..hehehehehehhe
NAPE CIKMALA KATA CAM2?
yeala,,,,dah la melantak sakan 2 beranak dekat
TEPI PANTAI BATU BURUK
balik singgah lagi kedai tue....
beli lauk GULAI IKAN AYE nie........
seb baik dye jual...
FOOUUUH...............
makan dengan SELERA dan penuh KEPUASAN.....
Bahan A :
1 ekor ikan tongkol -dikerat2
2 inci lengkuas -dihiris nipis
2 keping asam gelugur
1 sudu besar cuka
sedikit gula melaka
sedikit garam
air untuk merebus

Bahan B :
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 tangkai cili kering 
1/2 kilo santan pekat
1/2 kilo santan cair
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit -optional
1/2 timun batang -optional
4 tangkai cili hijau -optional
kacang panjang -optional
betik muda -optional 

Cara2 membuatnye :
  1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga air hampir kering. Note : Seelok2nya rebus ikan sehari sebelum buat kuah gulainya. (ini petua daripada tauke nasi berlauk). Tapi kalau tak sempat rebus ikan awal, rebus dengan agak lama sedikit biar asam, garam, gula meresap masuk ke dalam isi ikan. Ketepikan.
  2. Sambil menunggu ikan siap direbus, kita boleh sediakan kuah santan dulu. Mula2 kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga hancur kemudian masukkan ke dalam periuk lain. Hidupkan api.
  3. Kacau bancuhan dengan santan pekat sehingga hampir mendidih kemudian masukkan santan cair. Sentiasa kacau sehingga kuah betul2 mendidih. Note : Sebelum mendidih pastikan guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya  kuah tidak berketul.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Note : CIKMALA masukkan aje kuah ikan rebus tu (ambil airnya sahaja) kemudian baru seimbangkan dengan garam dan gula.
  5. Kalau warna kuah agak pucat, boleh tambahkan serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna kuah. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit air manakala kalau kuah agak cair, masaklah sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak.
  6. Note : boleh masukkan sayur kegemaran masing-masing. CIKMALA letak timun batang yang dipotong serong. Selain itu, boleh masukkan kacang panjang, betik muda, atau pun cili hijau pendek2 yang orang selalu buat solok lada tu.
  7. Kalau sayur dah empuk, boleh la hidang dengan nasi panas + sambal belacan. Perghhhh!

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...