NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 28 Februari 2012

mALuNyA

Haiiiii
tengah cikmala belek2 sokabar Metro
laman 8 mata Cikmala terbaca 1 tajuk yang menggelikan ati
" LAKONAN TAK MENJADI"
BUKTI ATAS KATIL DEDAH HELAH WANITA DAKWA BAYI DISERAH INDIVIDU TIDAK DIKENALI
apa hal plak nie pk Cikmala.
lagi laju la Cikmala nak membacanya sebab KUALA TERENGGANU tue hak penting.
tergamak anak sendiri, kata anak org bagi ke dia untuk menutup kesalahan sendiri
kalu tak terbongkar tue takpe la pulak.
kang tak pasal2 malu kokrang je.
(BELAS IHSAN EN GOOGLE)
KUALA TERENGGANU: Tembelang seorang wanita yang mereka cerita kononnya diserahkan bayi lelaki oleh individu tidak dikenali di rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Jumaat lalu, terbongkar apabila siasatan mendapati bayi itu anak kandung wanita berkenaan.
Lakonan hebat wanita berusia 23 tahun terbabit yang berjaya memperdayakan ibu bapa angkatnya selain meraih simpati penduduk kampung berkenaan hanya terbongkar apabila siasatan polis mendapati maklumat diberikan wanita terbabit mencurigakan selain fizikalnya kurang bermaya seolah-olah baru bersalin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya kemudian ke rumah keluarga angkat wanita terbabit untuk menjalankan pemeriksaan lanjut jam 3.30 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik, kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kelahiran bayi di atas katil dalam bilik berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut sebelum dia mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Februari lalu,” katanya.

Menurutnya, polis menahan suspek untuk disoal siasat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi pemeriksaan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

10 WaSIAt rAsUlLuLlAh s.a.w TeRhAdAp WaNiTa

Haiiiii..
bagus la korang nie,,
dengar tajuk dia je korang laju2 nak baca erk.
selamat membaca yea korang2 semua dan jangan la malu2 nak tinggal jejak plak.ok
RASULLULLAH S.A.W BERSABDA DAN PERKARA YANG PERTAMA KALI DITANYAKAN KEPADA WANITA PADA HARI KHIAMAT NANTI ADALAH MENGENAI SOLAT 5 WAKTU  DAN KETAATANNYA TERHADAP SUAMI (HR.IBNU HIBBAN DARI ABU HURAIRAH)

1) Kepada wanita yg membuat tepung untuk suami dan anak2nya Allah s.w.t akan menetapkan kebaikan baginya dari sebiji gandum ,melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita tiu

2) Kepada wanita yang berpeluh ketika menumbuk tepong untuk suami dan anak2nya nescaya Allah s.w.t akan menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah

3) Tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak2nya lalu menyisirkannya dan mencuci pakaian nya,
melainkan Allah s.w.t akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang
kelaparan dan memberi pakaian  1000 orang yang telajang.

4)Tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah s.w.t akan menahannya
dari minum air telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5) Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.
andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. ketahuilah wahai wanita,
 kemarahan suami adalah kemurkaan Allah s.w.t

6) Apabila wanita mengandung , maka malaikat memohonkan keampunan baginya,
dan Allah s.w.t menetapkan baginya setiap hari 1000 kebaikan
serta melebor 1000 kejelekan.Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan ,
Allah s.w.t menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di JALAN ALLAH.
Jika dia melahirkan kandungannya , maka bersihlah dosa2 seperti ketika dia dilahirkan
daripada kandungan ibunya.Apabila meninggal waktu melahirkan ,
maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun.Didalam kubur akan mendapat Taman Indah yang
merupakan bahagian dari Tmn Syurga.Dan Allah memberikan
pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 org yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan 1000 malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat.

7) Tiadalah wanita yg melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas melainkan Allah mengampuni  dosa2nya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa
pakaian yang serba hijau, dan menetapkan  baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan .dan Allah memberikan kepadanya pahala 100 kali beribadah haji dan umrah.

8) Tiadalah wanita yg tersenyum dihadapan suami melainkan Allah s.w.t memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9) Tiadalah wanita yg membetangkan alas tidur suami dengan rasa senang hati,melainkan para malaikat  yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah s.w.t
mengampuni dosa2nya yang telah lalu dan yang akan datang.
10) Tiadalah wanita yang meminyaki rambut suaminya  dan menyikatnya,
meminyaki janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya,
melainkan Allah s.w.t memberi minuman yang dikemas indah kepadanya
yang didatangkan dari sungai2 syurga.Allah s.w.t mempermudah sakaratul maut baginya,
serta kuburnya menjadi sebahagian dari Taman Syurga.
Dan Allah s.w.t menetapkan baginya  bebas dari seksa neraka
serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.
Juga menjadikan dengan kelembutan  dan kasihnya yang dapat merubah dunia.
Lakukan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t .Insyallah dunia akhirat ada di tanganmu.

Isnin, 27 Februari 2012

DoSa PaLiNg BaNyAk

Haiiiii
tajuk pong dah mengerikan erk.
mesti korang PK dosa apa yg banyak sangat Cikmala buat nie.
Yang pertama sekali bukan dosa Cikmala yang nak di ceritakan
walaupon Cikmala nie tak lepas dari melakukan dosa juga.
Jom kita baca petikan Cikmala amik dari
MAJALAH HIDAYAH
Yang pertama sekali hitam mukanya pada hari khiamat ialah orang yang meninggalkan solat
(ngeri dengar bb Cikmala kadang2 pong CERELANG CERELUT)
ngeri dengar tapi payah nak ikut juga.
nie la tabiat Cikmala,
Dan sesungguhnya di neraka jahanam itu ada jurang biasa di sebut LAMLAM.
di situ ada banyak ular .setiap ular seberat unta (mak oiii biar betul) dan panjangnya sebulan perjalanan.
ular itu menyengat orang yang meninggalkan solat.racunnya masuk kedalam tubuhnya.
7o tahun hingga dagingnya terkelupas
( 1 minit tak tahan kot nie apatah lagi 70 tahun)
" SEMENTARA ITU DIRAWAYATKAN BAHAWA SEORANG PEREMPUAN DATANG KEPADA NABI MUSA a.s LALU BERKATA

PEREMPUAN : ' WAHAI NABI ALLAH, AKU TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR DAN TELAH BERTAUBAT.
NABI MUSA a.s :  APAKAH DOSAMU?
PEREMPUAN : AKU BERZINA & MELAHIRKAN ANAK LALU AKU BUNUH ANAK ITU.
NABI MUSA a.s : KELUARLAH WAHAI PELACUR, JGN KAU TURUNKAN API DARI LANGIT HINGGA MEMBAKAR KAMI ATAS LACURMU.
JIBRIL a.s : " WAHAI MUSA, TUHAN BERKATA KEPADAMU, MENGAPA ENGKAU USIR PELACUR YG BERTAUBAT ITU? ENGKAU TIDAK BERTEMU DENGAN ORANG YG LEBIH BANYAK DOSANYA ?
NABI MUSA a.s : BERTANYA SIAPA YG LEBIH BANYAK DOSANYA ITU?
JIBRIL a.s : ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA.

LiSa UbAh PaNdAnGaN CiNtA YuSrY

Haiiiii....
minggu ni saya rasa story about LISA SURIHANI je
dari la komen wartawan sampai la mengenai cerita perkahwinan mereka.
Cikmala tumpang la sekaki membacanya
dan rajin2 kan diri untuk menaip kisah diorang nie.
" BERTEMU DENGAN LISA ADALAH SESUATU YANG TIDAK PERNAH SAYA SANGKA AKAN BERLAKU SEKALI LAGI.IA MEMBUATKAN DIRI INI SEPERTI SEORANG REMAJA YANG BARU HENDAK MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA PULA"
amboi Yusri kita,,,hik..hik..hik
Akhirnya teka teki tentang desas-desus pernikahan di antara Yusry KRU dan Lisa Surihani sudah pun terjawap pada kira-kira jam 11.30 pagi. Bertempat di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Yusry mengumumkan yang majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsi pula berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, di sini malam ini.Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan
abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda
manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.
Dalam majlis yang bertemakan Winter Garden itu,
Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.
Namun, pasangan itu enggan mendedahkan jumlah wang hantaran
atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih
rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran
termasuk tepak sirih, cincin,kelengkapan solat, manisan dan kek.
Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama
The Beatles dan kek berbentuk gramofon.
Pasangan pengantin yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis berakhir memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.
"Meskipun kami berdua sibuk menjelang majlis perkahwinan, Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Mujur ahli keluarga banyak membantu. Insya-Allah kami sudah bersedia untuk membina keluarga secepat mungkin," kata Lisa Surihani sambil dipersetujui suaminya.
Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi mereka pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selesai.
Yusry dan Lisa Surihani mula berkenalan hampir setahun lalu menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam satu pengumuman hujung tahun lalu.

Ahad, 26 Februari 2012

CiKmAlA hAdIr MeSyUaRaT TaNaH

Haiiiiiii
Wah, mesti korang pk Cikmala keje Pejabat tanah ke!!!!
hahahahahah, betul tak Cikmala cakap!!!
tak betul takpe la, bukan jadi benda2 pong :-)
3 hari Cikmala cuti,,
bb mak Cikmala buat KENDURI MENYAMBUT MENANTU
Amboiiii dah 3 menantu MOK yea...
kisah kenduri tue nanti Cikmala upload pic dulu yea.
kemudian critaaaaa...
abes cuti, baru park MOTOR PINK Cikmala kat depan Pejabat
Sjn Cikmala keluar bgtau esok kita g Putrajaya
ada Mesyuarat tanah PDRM.
alamak KL lagi
baru semalam balik dari KL.
bau Kl dop abeh lagi.ke guane!!!!
esoknya Cikmala siap2, amek gaji nk buat belanja kononnya
gerak dari sini kul 10 pagi
sampai CITY PARK Hotel yang Cikmala nak duduk kul 6.30 petang
Hotel nie kat belakang Chowkit tak silap Cikmala
sejuk gler ekon,,godek punya godek remote ekon
baru la Cikmala lena tdo.
1 bilik untuk sorang katil double.
No bilik 105 tak silap Cikmala la......
kul 6 Cikmala dah bangun siap2
tunggu Sjn Cikmala Coll je...
kul 6.45 cikmala sarapan pagi dengan roti canai telor kedai mamak tepi Hotel
dah check out Hotel
kami ke destinasi KDN Putrajaya
tbe2 jalan jem kat Putrajaya...
rupanya LTDL 2012 dah stat.
patut la Cikmala tengok ramai pelumba luar negara.
rasa Cikmala dah 2 kali Cikmala datang kat Pej. KDN nie.
sebelom nie mesyuarat mySPATA
kemaskini tanah la konon,,
maklumat satu ape pong Cikmala takdeq.....
jadi 1 hari tue duk relax je la.
makan tengahari disediakan
Cikmala makan dengan semangat Inspira (wah pomot g2)
NASI PUTIH + SAYUR LEMAK + AYAM REMPAH
pas2 balik Terengganu dengan hati yang girang..
Sjn Cikmala nie kalu naik kereta dengan dye
40 kali berenti minum kat Hentian rehat
dye juga yang belanjanya........
selalunya Cikmala tak keluar duit 1 sen pong..
mudah2an murah rezeki beliau....
Amiiiiiiiiiiiiin

Sabtu, 25 Februari 2012

GhOsT rIdEr sPiRiT oF vEnGeAnCe 2012

Haiiiiii.....
rindu kamoooo lorrrrrr
lamanya tak jenguk blog Cikmala nie.
bukan disengajakan tak menjenguk
tapi laptop ngan Galaksi cikmala jem daaaaa.....
kali nie entry Cikmala pasal WAYANG
adik ipar Cikmala kata tak berapa best cter nie.......
tapi Cikmala ngan Pakwe memang teringin nak tengok cter nie
jadi sebelom sampai ke destinasi seterusnya.
kami singgah la kat MESRA MALL KEMAMAN.
jam menunjukkan kul 3.45 petang.
GhOsT rIdEr sPiRiT oF vEnGeAnCe 2012 stat kul 5.45
ada lagi 1 jam 1/2 lagi....
kami mengabeskan masa kat c2 la juganya.
nak tengok wayang punya pasal.
Pakwe CIkmala pong cakap
cter nie tak macam citer yg lama dulu lagi best.
tapi Cikmala layan je...
jom kita tengok sinopsis
* Tayang Bioskop : 17 February 2012
* Directed by : Mark Neveldine and Brian Taylor* Distributed by : Sony Pictures
* Genre : Action Adventure Sequel
* Starring :
- Nicolas Cage – Johnny Blaze / Ghost Rider
- Idris Elba
- Johnny Whitworth
- Ciaran Hinds

Johnny Blaze alias Ghost Rider (Nicholas Cage), bersembunyi di Eropa Timur jauh dan berjuang untuk mengatasi kutukan. Blaze direkrut oleh sekte untuk membasmi iblis (Ciaran Hinds), yang ingin mengambil alih tubuh anaknya pada hari ulang tahunnya. Idris Elba memainkan alcoholic warrior monk yang bertugas mencari Ghost Rider. Johnny Whitworth memainkan penjahat yang direkrut oleh iblis untuk menemukan anak itu dan kemudian berubah menjadi makhluk setan.

Isnin, 13 Februari 2012

ZIKIR 99 NAMA ALLAH

Haiiiii.......
sebenarnya lama dah CIKMALA
nak buat entry nie..
tapi banyak sangat halangannya
ceeeewaaaaaaaahhhh......................
halangan la sangat
zikir nie mak CIKMALA yang bagi untuk CIKMALA praktikan
kadang2 datang rajinnya CIKMALA buat LA
tapi lebey banyak malasnya.
jom kita kongsi sama2 :-


YA ALLAH
- 5000 KALI SETIAP HARI UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH

YA RAHMAN (MAHA PEMURAH & PENGASIH)
- 500 KALI SEHABIS SOLAT 5 WAKTU

YA RAHIM (MAHA PENYAYANG)
- 100 KALI SETIAP HARI

YA MALIK (MAHA MERAJAI)
- 121 KALI SETIAP HARI

YA QUDDUS (MAHA SUCI)
- 100 KALI SETIAP HARI SETELAH TERGELINCIR MATAHARI
- MEMBERSIHKAN HATI DARI SIFAT DENGKI

YA MUHAIMIN (MAHA MENJAGA)
- BACA SEBANYAK2 NYA AGAR HATI SENTIASA BERSIH

YAA AZIZ (MAHA MULIA)
- 40 KALI SELEPAS SOLAT SUBUH SELAMA 40 HARI
- AKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH

YAA JABBAR (MAHA PERKASA)
- 266 KALI SETIAP PAGI DAN PETANG

YA MUTAKABBIR (MAHA MEGAH)
- DI BACA SEBANYAK2 NYA

YAA KHALIQ (MAHA PENCIPTA)
-5000 KALI DI BACA PADA MALAM HARI KALU BARANG HILANG

YAA BAARI (MAHA MEMBEBASKAN)
-100 KALI KITA AKAN BEBAS DARI SEGALA PENYAKIT

YAA MUSHAWIR (MAHA PEMBENTUK)
-ISTERI PUASA 7 HARI, SUAMI 3 HARI BILA BERBUKA BACALAH 21 KALI
YAA GHAFFAR (MAHA PENGAMPUN)
- 100 KALI DALAM MENUNGGU SOLAT JUMAAT DI MASJID

YAA QAHHAR (MAHA PEMAKSA)
- TIAP-TIAP MALAM TERUS MEMBACA
- MENDAPAT KETENANGAN BATIN DAN BEBAS DIRI DRPD HIDUP YG SUKAR

YAA WAHAB ( MAHA PEMBERI)
- 300 KALI SETIAP HARI SETELAH SOLAT 5 WAKTU
- 100 KALI SETELAH SOLAT TAHAJUD
- 3 @ 7 MALAM BERTURUT2

YAA RAZZAAZ (MAHA PEMBERI REZEKI)
-MENYEBUT SEBANYAK2 NYA

YAA FATTAH (MAHA MEMBEBASKAN)
-MENYEBUT SEBANYAK2NYA SETELAH SOLAT SUBUH

YAA BASITH
-10 KALI SETIAP HARI SELESAI SOLAT DHUHA
- REZEKI TAK PUTUS2

YAA KHAFIDH (MAHA MENJATUHKAN)
- 500 KALI DENGAN KHUSYUK TERLINDUNG DARI PERBUATAN JAHAT.

Jumaat, 3 Februari 2012

MeNdoa KePaDa oRaNg yaNg DicAcI

haiiii.....
kali nie nak jadi ustazah la pulak.
boleh tak!!
NO..NO..NO
kali nie saya nak kongsi
satu doa
kalu kita selalu mencaci orang
~ DARI ABU HURAIRAH R.A, SESUNGGUHNYA DIA MENDENGAR NABI S.A.W BERDOA: " YA ALLAH, SIAPA SAJA DI ANTARA ORANG MUKMIN YANG KUCACI, JADIKANLAH SEBAGAI AMAL IBADAH (UNTUK MENDEKAT) KEPADAMU DI HARI KIAMAT ~

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...