NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 27 Februari 2012

LiSa UbAh PaNdAnGaN CiNtA YuSrY

Haiiiii....
minggu ni saya rasa story about LISA SURIHANI je
dari la komen wartawan sampai la mengenai cerita perkahwinan mereka.
Cikmala tumpang la sekaki membacanya
dan rajin2 kan diri untuk menaip kisah diorang nie.
" BERTEMU DENGAN LISA ADALAH SESUATU YANG TIDAK PERNAH SAYA SANGKA AKAN BERLAKU SEKALI LAGI.IA MEMBUATKAN DIRI INI SEPERTI SEORANG REMAJA YANG BARU HENDAK MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA PULA"
amboi Yusri kita,,,hik..hik..hik
Akhirnya teka teki tentang desas-desus pernikahan di antara Yusry KRU dan Lisa Surihani sudah pun terjawap pada kira-kira jam 11.30 pagi. Bertempat di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Yusry mengumumkan yang majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsi pula berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, di sini malam ini.Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan
abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda
manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.
Dalam majlis yang bertemakan Winter Garden itu,
Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.
Namun, pasangan itu enggan mendedahkan jumlah wang hantaran
atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih
rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran
termasuk tepak sirih, cincin,kelengkapan solat, manisan dan kek.
Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama
The Beatles dan kek berbentuk gramofon.
Pasangan pengantin yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis berakhir memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.
"Meskipun kami berdua sibuk menjelang majlis perkahwinan, Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Mujur ahli keluarga banyak membantu. Insya-Allah kami sudah bersedia untuk membina keluarga secepat mungkin," kata Lisa Surihani sambil dipersetujui suaminya.
Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi mereka pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selesai.
Yusry dan Lisa Surihani mula berkenalan hampir setahun lalu menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam satu pengumuman hujung tahun lalu.

2 ulasan:

remyhazza berkata...

tahniah utk mempelai.....
doakan bahagia selamanya.....

ecadwinkyasha berkata...

dah kawen da ex-bf eca ne..eca je xkawen lagi.hahaha

XD

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...