Haiiiii
tajuk pong dah mengerikan erk.
mesti korang PK dosa apa yg banyak sangat Cikmala buat nie.
Yang pertama sekali bukan dosa Cikmala yang nak di ceritakan
walaupon Cikmala nie tak lepas dari melakukan dosa juga.
Jom kita baca petikan Cikmala amik dari
MAJALAH HIDAYAH
Yang pertama sekali hitam mukanya pada hari khiamat ialah orang yang meninggalkan solat
(ngeri dengar bb Cikmala kadang2 pong CERELANG CERELUT)
ngeri dengar tapi payah nak ikut juga.
nie la tabiat Cikmala,
Dan sesungguhnya di neraka jahanam itu ada jurang biasa di sebut LAMLAM.
di situ ada banyak ular .setiap ular seberat unta (mak oiii biar betul) dan panjangnya sebulan perjalanan.
ular itu menyengat orang yang meninggalkan solat.racunnya masuk kedalam tubuhnya.
7o tahun hingga dagingnya terkelupas
( 1 minit tak tahan kot nie apatah lagi 70 tahun)
" SEMENTARA ITU DIRAWAYATKAN BAHAWA SEORANG PEREMPUAN DATANG KEPADA NABI MUSA a.s LALU BERKATA
PEREMPUAN : ' WAHAI NABI ALLAH, AKU TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR DAN TELAH BERTAUBAT.
NABI MUSA a.s : APAKAH DOSAMU?
PEREMPUAN : AKU BERZINA & MELAHIRKAN ANAK LALU AKU BUNUH ANAK ITU.
NABI MUSA a.s : KELUARLAH WAHAI PELACUR, JGN KAU TURUNKAN API DARI LANGIT HINGGA MEMBAKAR KAMI ATAS LACURMU.
JIBRIL a.s : " WAHAI MUSA, TUHAN BERKATA KEPADAMU, MENGAPA ENGKAU USIR PELACUR YG BERTAUBAT ITU? ENGKAU TIDAK BERTEMU DENGAN ORANG YG LEBIH BANYAK DOSANYA ?
NABI MUSA a.s : BERTANYA SIAPA YG LEBIH BANYAK DOSANYA ITU?
JIBRIL a.s : ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan