NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 4 Februari 2011

SEMUANYA *DIHUJUNG*JARI

haiiiiii....idea..idea...idea.ermmm....macam-macam ragam dunia sekarang.kecanggihan teknologi memang dinantikan untuk membentuk sebuah negara maju.Tanpa sistem dan kecanggihan teknologi terkini sukar untuk kita maju ke depan.Namun saya teringatkan kata-kata seseorang."teknologi canggih kalu di salah guna parok" 

hari ini saya melihat,kecanggihan teknologi maklumat telah di salahgunakan dengan begitu meluas sekali.ia bukan sahaja melibatkan para remaja yang sedang kegilaan untuk mendalami teknologi ini,tetapi para wanita dan para isteri juga sukakan kecanggihan  alam siber inidan menjadikannya sebagai tempat melegakan tekanan dan perasaan.
ada para isteri yang sanggup duduk di depan komputer berjam-jam hingga ke larut malam tanpa mempedulikan dia ada tanggungjawap lain terhadap suaminya.
bagi saya ,tidak salah wanita atau surirumah untuk menikmati masa depan komputer dan bercit cat dengan rakan-rakan asalkan tidak melampau batasan.kadangkala jarak tempat tinggal dan masa yang terhad,menyebabkan wanita ini tidak berpeluang berjumpa rakan-rakan lama atau rakan-rakan jauh.sehingga mereka terpaku di depan komputer.cuma mereka mesti tahumana yang lebih penting.jika sampai melupakan tanggungjawap sebagai isteri dan ibu itu sesuatu yang patut dihalang,seperti yang berlaku di luar negara baru-baru ini,seorang kanak-kanak meninggal dunia kerana lemas di bilik mandi kerana ibunya ralit bermain komputer.membimbangkan.agar perkara ini tidak berlaku di sini.
samada lelaki @ isteri yang menjadikan laman sosial ini sebagai gelanggang memperjudikan nasib rumahtangga ,sila kembali ke pangkal jalan sebelum benar-benar hilang arah di hujung jari.
turut di risaukan apabila ada rumahtangga yang runtuh gara-gara laman sosial yang nampaknya begitu berleluasa  sekarang ini..kenapa sampai meruntuhkan rumahtangga ?teknologi maklumat untuk memajukan diri nbukan untuk membinasakan sebuah keluarga.ambil iktibar.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...