NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 30 Julai 2012

SAHABAT

Haiii....

‎( ♥ )Apabila kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau akn menjauhinya,

( ♥ )Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mngkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya,

( ♥ )Andai kau ingin sahabat yg satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkin akn mmfitnahnya,

( ♥ )Andai kau ingin seorang kawan,janganlah kerana sifat cerianya,kerana adai dia tdk pdai mnceriakan,kau mngkin akn mnyalahinya,

( ♥ )Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yg hnya mnusia biasa,jgn dhrpkan smuanya smpurna kerana kau jga tdk sempurna,tiada yg biasa2 mnjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah SWT,,,

♥ ^_^ ♥

30 TAHUN UMO CIKMALA

Haiiii.........
selamat ulangtahun untuk diri Cikmala sendiri
dah tua yea Cikmala
30 tahun dah hidup
PAKWE CIKMALA KATA CIKMALA DAH TUA....:-)
mentang2 la dye baru 28 TAHUN...
tarraraaaaaaaa.....
Cikmala dapat kek betday..
tme kasih ABANG..:-)
i luv 2 bery mach (OH MY ENGLISH)

DOA Cikmala sempena hari baik bulan baik nie
Cikmala dapat berita baik.....
INSYA,ALLAH....
Amiiiiiiiiin



Ahad, 29 Julai 2012

PAKWE BELANJA

Haiii.....
Cikmala ke PESTA TAMAN SYAHBANDAR
dapat skirt satu & satu CARDIGAN pakwe belanja.
Cikmala suka sangat CARDIGAN nie
bila pakai nampak terletak kat badan..
me kacih PAKWE..
hehehehe......

NASEB MENYEBELAHI CIKMALA LAGI

Haiiii......
hari nie Cikmala temujanji ngan DOKTOR PAKAR HSG
cam biasa ari nie PAKWE Cikmala teman
memang takut tahap gaban
masuk bilik xray
DOktor soh Cikmala tukar baju Xray
siap2 doktor bagi penerangan.
senak gler.....yang paling Cikmala segan
sampai 10 orang DOKTOR pelatih duk ngadap Cikmala sorg
malu seh

Prosedur HSG

  1. Cikmala akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.

Apa itu HSG?


HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim 
dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat 
memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. 
Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim
 dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan 
seterusnya kedalam ruang pelvis. 
HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi 
untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan Cikmala.


 P/S : YANG PASTI SALUR PERANAKAN Cikmala 


TAK TERSUMBAT PON.SYUKUR ALHAMDULLILLAH...........

NASEB SELALU MENYEBELAHI CIKMALA

Jumaat, 27 Julai 2012

PUDING KOKTEL BUAH2AN

Haiiii..
sebenarnya lama dh Cikmala nak buat
DESSERT KOKTEL BUAH-BUAHAN nie..
tapi masa mencemburui Cikmala
cemburu ler sangat..hahahhaha

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar buah-buahan koktel (atau hirisan buah2an segar pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2-3 sudu makan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla 
  • Ice cube secukupnya

Cara-cara :
  1. Satukan gula bersama susu cair di dlm periuk. 
  2. Masak hingga gula larut. 
  3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. 
  4. Kacau sebati. Setelah itu, padamkan api dan 
  5. sejukkan sebentar atau suam2 kuku.
  6. Sediakan bekas yg agak besar.
  7.  Masukkan buah2an koktel (tak perlu sejat jika suka) 
  8. dan susu tadi ke dalam bekas tersebut dan masukkan kiub ais secukupnya. 
  9. Hidangkan

Khamis, 26 Julai 2012

SOLAT ZOHOR WANITA PADA HARI JUMAAT

Haiiii...
bb nie lagi satu Cikmala konpius
ada yg kata macam nie
ada yg kata mcm tue........
tapi bila Cikmala baca JAWAPAN MUFTI BRUNEI
semua konpius Cikmala terjawap...

Hari Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa, hari kebesaran 
bagi umat Islam dan hari yang paling agung daripada hari-hari 
yang lain. Sebagai bukti keagungan hari Jumaat, dalam sebuah 
hadits telah disebutkan bahawa hari Jumaat adalah lebih baik 
daripada Hari Raya Adhha dan Hari Raya Fitri. Pada hari tersebut 
juga disyari‘atkan ibadat yang agung, iaitu sembahyang Jumaat 
yang mempunyai banyak fadhilat, antaranya sebagai penghapus 
dosa dalam setiap minggu sebagaimana maksud hadits bahawa 
sembahyang Jumaat hingga ke Jumaat seterusnya adalah penebus 
dosa di antara keduanya selama mana tidak dilakukan dosa-dosa 
besar.

Melihat kepada keistimewaan hari Jumaat itu, pastinya tiada 
sesiapapun yang diwajibkan ke atasnya sembahyang Jumaat akan 
melepaskan dengan senghaja daripada merebut dan meraih segala 
fadhilat yang dijanjikan pada hari tersebut. Namun dalam 
sesetengah keadaan, disebabkan ada keuzuran ataupun kerana tidak 
memenuhi syarat wajib Jumaat, seseorang itu diharuskan oleh 
syara‘ untuk meninggalkan sembahyang Jumaat dan diwajibkan ke 
atasnya untuk bersembahyang Zuhur. Persoalan yang timbul bagi 
orang yang termasuk dalam kelompok tersebut ialah bilakah 
masanya untuk mengerjakan sembahyang Zuhur? Adakah dia 
dituntut mendirikan sembahyang sejurus sahaja masuk waktu 
Zuhur atau mestikah dia menunggu sehingga sekira-kira imam 
selesai sembahyang Jumaat? Dalam perbincangan pada kali ini akan dijelaskan mengenai 
ketetapan hukum pelaksanaan sembahyang Zuhur bagi orang yang 
mempunyai keuzuran Jumaat dan orang yang tiada keuzuran 
Jumaat. 
Kewajipan Sembahyang Jumaat 
Hukum mendirikan sembahyang Jumaat secara berjemaah itu 
adalah wajib ke atas setiap muslim kecuali beberapa golongan 
tertentu sahaja. Perkara ini adalah berdasarkan hadits Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam: 

Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas 
setiap muslim (dikerjakan) dalam jamaah, kecuali empat 
(golongan): hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau 
orang yang sakit.” 
(Hadits diriwayatkan oleh al-Hakim) 

Para ulama menjelaskan bahawa pengecualian sembahyang Jumaat 
antaranya adalah ke atas golongan perempuan, orang yang tidak 
mukallaf seperti kanak-kanak, orang gila, orang pengsan, hilang 
akal bukan kerana disebabkan oleh perkara yang diharamkan 
syara‘ dan orang yang mempunyai keuzuran dari segi syara‘ 
antaranya orang sakit dan musafir bukan kerana maksiat. 
Kesimpulan daripada penjelasan serta hadits di atas, dapat 
difahami bahawa mereka yang dikecualikan daripada menghadiri 
sembahyang Jumaat terbahagi kepada dua: 
• Golongan yang pertama pada asalnya diwajibkan menghadiri 
sembahyang Jumaat, tetapi oleh sebab ada keuzuran syara‘, 
maka tidaklah diwajibkan ke atas mereka mendirikan 
sembahyang Jumaat, seperti orang yang sakit dan musafir.
 • Golongan yang kedua pula, sememangnya tidak diwajibkan 
menghadiri sembahyang Jumaat seperti golongan perempuan 
dan kanak-kanak. Menurut sepakat ulama, sembahyang 
Jumaat tidak diwajibkan atas golongan perempuan, akan 
tetapi jika dia meninggalkan sembahyang Zuhur dan 
mengerjakan sembahyang Jumaat, maka yang demikian itu 
adalah memadai dan tidak perlu lagi mengerjakan 
sembahyang Zuhur. 
Bagaimanapun orang yang musafir juga masih digalakkan untuk 
menunaikan sembahyang Jumaat supaya keluar daripada khilaf 
(perselisihan ulama). Begitu juga disunatkan ke atas orang yang 
sakit jika dia berdaya dan kanak-kanak sebagai latihan dan untuk 
membiasakannya. Kanak-kanak lelaki apabila mencapai umur 
tujuh tahun wajib disuruh atau diarahkan untuk bersembahyang 
Jumaat dan memukulnya jika dia enggan apabila mencapai umur 
sepuluh tahun, sebagaimana kewajipan menyuruhnya menunaikan 
sembahyang fardhu. 

Kedudukan Sembahyang Zuhur Bagi Yang Tidak Hadir 
Jumaat 

Pada hakikatnya, mereka yang tidak hadir ke masjid untuk 
menunaikan sembahyang Jumaat itu sebahagiannya adalah mereka 
yang tiada mempunyai keuzuran untuk tidak mengerjakan Jumaat, 
manakala sebahagian lagi mempunyai keuzuran syara‘. 
Terdapat sedikit perbezaan dari segi waktu menunaikan 
sembahyang Zuhur bagi dua golongan tersebut sepertimana dalam 
penjelasan berikut: 
1. Tiada keuzuran meninggalkan Jumaat 
Bagi orang yang wajib ke atasnya sembahyang Jumaat namun 
tidak menghadirkan dirinya ke masjid berjemaah tanpa keuzuran, 
maka wajib ke atasnya mendirikan sembahyang Zuhur setelah 
selesai Jumaat didirikan dengan segera. 
Tidak harus baginya menunaikan sembahyang Zuhur 
sebelum selesai sembahyang 
Jumaat didirikan. Ini kerana pada asalnya dia diwajibkan dan 
dituntut untuk sembahyang Jumaat. 
Sekiranya dia mengerjakan juga sembahyang Zuhur sebelum 
selesai Jumaat, iaitu sebelum selesai imam memberi salam dalam 
sembahyang Jumaat kerana kejahilannya, maka sembahyang Zuhur 
yang dikerjakannya itu tidak memadai atau tidak sah, sebaliknya 
hanya dianggap sebagai sembahyang sunat sahaja. Oleh yang 
demikian, wajib ke atasnya mengulang semula sembahyang Zuhur 
dengan segera. 
Namun perlu diingat, jangan dipermudah-mudahkan dan 
dipandang ringan perkara meninggalkan Jumaat dengan senghaja. 
Ini kerana mereka yang tidak berjemaah sembahyang Jumaat 
dengan tiada apa-apa keuzuran untuk meninggalkan Jumaat, 
sekalipun dia sembahyang Zuhur secara bersendirian, maka dia 
dihukumkan berdosa besar. Apatah lagi jika dia meninggalkannya 
tiga kali berturut-turut, maka hatinya akan dicapkan oleh Allah 
Subhanahu wa Ta‘ala sebagai hati orang munafiq sebagaimana 
yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi 
wasallam. 

2. Mempunyai keuzuran meninggalkan Jumaat 
Bagi orang yang ada keuzuran yang menyebabkannya tidak wajib 
menunaikan sembahyang Jumaat, dia diharuskan memilih sama 
ada untuk menunaikan sembahyang Zuhur ataupun sembahyang 
Jumaat. 

Ulama menjelaskan bahawa orang yang mempunyai keuzuran 
meninggalkan Jumaat terbahagi kepada dua, iaitu orang yang 
mengharapkan atau menanti keuzurannya akan hilang dan orang 
yang keuzurannya tetap atau tidak hilang. Penjelasannya seperti 
berikut: 

(a) Orang yang mengharapkan atau menanti keuzurannya 
akan hilang sebelum habis sembahyang Jumaat, iaitu sebelum 
imam memberi salam dalam sembahyang Jumaat, disunatkan 
dan afdhal baginya untuk mengakhirkan atau melambatkan 
sembahyang Zuhur sehingga selesai sembahyang Jumaat, 
yakni sehinggalah dia berputus harapan untuk mengerjakan 
Jumaat. Tujuan melambatkan Zuhur itu ialah dengan harapan 
uzurnya akan hilang dan dia dapat hadir sembahyang Jumaat. 
Berikut dibawakan persoalan jika salah satu sembahyang 
Zuhur atau Jumaat atau kedua-duanya sekali sudah 
dikerjakan: 
i. Jika dia mengerjakan sembahyang Zuhur pada awal 
waktu, kemudian hilang keuzurannya itu sedangkan 
masih ada waktu untuk mengerjakan sembahyang 
Jumaat, maka tidaklah wajib baginya sembahyang 
Jumaat, hanya disunatkan sahaja. 
ii. Jika dia mengerjakan sembahyang Zuhur kemudian 
dia mengerjakan sembahyang Jumaat lagi, maka 
sembahyang fardhu yang dituntut ke atasnya sudah 
tertunai dengan sembahyang Zuhurnya, manakala 
sembahyang Jumaat adalah sebagai sembahyang sunat 
baginya. 
Secara amnya, orang yang mempunyai keuzuran masih tetap 
digalakkan untuk hadir Jumaat sekalipun dia sudah 
menunaikan sembahyang Zuhur. 

(b) Bagi orang yang tidak hadir menunaikan sembahyang Jumaat 
dan keuzurannya tetap atau tidak akan hilang, umpamanya 
golongan perempuan dan orang sakit yang tidak berupaya, 
orang yang kena bala atau wabak, wajib ke atasnya 
mengerjakan sembahyang Zuhur dan disunatkan 
menyegerakan Zuhur sebaik sahaja masuk waktunya agar 
tidak kerugian daripada memperolehi ganjaran fadhilat 
sembahyang pada awal waktu. 
Malahan disunatkan juga untuk dikerjakan secara berjemaaah pada waktu yang 
ditetapkan. 
Bagi orang yang ada keuzuran untuk meninggalkan sembahyang 
Jumaat, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian 2 (a) dan 
(b), jika dia bersembahyang Jumaat, maka sembahyang Jumaatnya 
itu sudah memadai dan dia tidak perlu lagi untuk bersembahyang 
Zuhur. 
Sebagai kesimpulan mereka yang mempunyai keuzuran 
meninggalkan Jumaat seperti golongan perempuan, kanak-kanak, 
orang sakit, musafir, pengsan atau hilang akal yang bukan 
disebabkan oleh perkara yang diharamkan oleh syara‘, disunatkan 
baginya untuk menunaikan sembahyang Zuhur pada awal 
waktunya untuk merebut ganjaran dan fadhilat sembahyang pada 
awal waktu. Manakala bagi yang mempunyai keuzuran dan dia 
mengharap atau menantikan keuzurannya itu boleh atau akan 
hilang sebelum imam memberi salam dalam sembahyang Jumaat, 
maka disunatkan baginya untuk mengakhirkan atau melambatkan 
sembahyang Zuhur sehingga imam selesai menunaikan 
sembahyang Jumaat. 
Manakala bagi mereka yang meninggalkan sembahyang Jumaat 
tanpa sebarang keuzuran dianggap berdosa besar dan diwajibkan 
ke atasnya sembahyang Zuhur. Hendaklah dia mengakhirkan 
sembahyang Zuhur sehingga imam memberi salam dalam 
sembahyang Jumaat. Adapun jika dia mengerjakan sembahyang 
Zuhur sebelum imam memberi salam, maka sembahyang Zuhur 
yang dikerjakannya itu adalah tidak memadai. Bahkan hendaklah 
dia mengulang kembali sembahyang Zuhur yang dikerjakannya
.

BUAT DUIT FREE

Haiiii......
cikmala nak ajar korunk buat duit
bila daftar dapat RM5 free
dan bila dapat RM20 boley cashout..

mula2 pergi ke > http://www.zoshare.com/
klik butang fb 
dye akan keluar bila korunk klik SIGN UP
lepas tue klik LOG IN WITH FACEBOOK
seperti gambar kat bawah tue erk

Rabu, 25 Julai 2012

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM 2012

Haiiii....
rezeki lagi untuk kakitangan awam.
ALHAMDULLILLAH...
1/2 bulan gaji pong dah banyak
dapat la Cikmala tukar duit raya yg lawa2 tue.

DIHALALKAN PADA MALAM HARI PUASA

Haiiii....
tajuk takleh blah lasung
apa benda yg Cikmala nie kata DIHALALKAN!!!
mesti korunk tertanya2 kam.
bb TAJUK Cikmala yg tergantung tue..heheehehe
Dalil haram berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.
"Dihalalkan  bagi  kamu  pada  malam  hari  puasa, 
bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah  pakaian  bagimu, 
dan kamu  pun adalah pakaian bagi mereka. 
Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat  menahan  nafsumu,  
karena  itu, Allah mengampuni  kamu  dan  memberi  maaf  kepadamu.  
Maka sekarang campurilah  mereka  dan ikutilah  apa  yang  telah 
ditetapkan  Allah  untukmu,  dan makan minumlah kamu, 
hingga jelas bagimu benang putih dari benang  hitam,  yaitu  fajar. 
Kemudian,  sempurnakanlah  puasa  itu sampai malam, 
(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam  masjid. 
 Itulah  larangan  Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).

Selasa, 24 Julai 2012

GLAMOUR SEKEJAP

Haiiii....
gambar PAKWE Cikmala
lam UTUSAN MALAYSIA hari nie.
hah??
yang mana 1
yg Cikmala letak LUV tue la..
hehehehe

DAPAT OLE2

Haiiii...
ari nie dah HARI KE-4 kita berpuasa
yg penting esok gaji..
ngeh3...
tadi masa kat tempat keje
kawan Cikmala coll.
nak bg buah KURMA kata dye.
dalam kul 4.30 Cikmala kuar jumpa Cik WAWA
kita sekejap.
MAK oiiiii..besar pulak tahun nie bungkus dye
terkejut Cikmala nengok
 rupanya KOTAK BUAH KURMA
yang besar....
AIR ZAMZAM pong ada
ALHAMDULLILLAH....rezeki
terima kasih CIK WAWA.

 jangan tak caya Cikmala
dapat BEG TANGAN PINK nie
ole2 dari CHINA.
terima kasih lagi sekali..
murah rezeki..

Isnin, 23 Julai 2012

HUKUM SOLAT PAKAI PAKAIAN DALAM JE

Haiiii....
dulu Cikmala PK boleh...
seb baik ada USTAZ2 KITA YG GLAMOUR nie
dapat la Cikmala ceduk2 ilmu sikit

Solat pakai pakaian dalam je, 

tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?

- Kalo masa solat, 
nampak warna kulit belah dalam, tak sah. 
Kain nipis, tak sah semayang. 
Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. 
Pakai dua lapis adalah terbaik.
 Laki camana lak? 
Sama je. 
Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

THE DARK KNIGHT RISES

Haiiii...
nie cerita SEBELUM PUASA Part 2
amik kau
siap ada part 2 lagi....
Lepas kisah SEBELUM PUASA tue
Cikmala tengok wayang la pulak...
THE DARK KNIGHT RISES (BATMAN)
nak amik kul 2.45 petang..tapi masa tak mengizinkan pulak
jadi kitorunk laki bini amik kul3.45 petang
cter memang best tapi hati Cikmala nie yg tak best
sebab duk mikir CIKMALA tertinggal kat mana baju PAKWE beli tadi.
lepas abes tengok CINEMA 
Cikmala pegi kedai converce tue semula..
dari jauh adik tue tanya
AKAK,AKAK ADA TINGGAL BARANG ERK?
lega wase.....

SINOPSIS BATMAN THE DARK KNIGHT RISES 
Sudah lapan tahun Batman menghilangkan diri daripada larut malam dan menukarkan dirinya daripada seorang adiwira menjadi seorang rakyat biasa.
Setelah dipersalahkan menyebabkan kematian D.A Harvey Dent,
 Dark Knight mengorbankan segalanya untuk apa yang dia dan Commissioner Gordon 
demi mengharapkan yang terbaik.
Ketika waktu terus berlalu, 
aktiviti jenayah di Gotham City bermaharajalela dan 
hanya mampu diatasi oleh kumpulan antijenayah, Dent Act.
Namun, segalanya berubah setelah tibanya seorang pencuri licik 
berpakaian seolah-olah kucing bersama agenda misteri. 
Lebih berbahaya apabila munculnya seorang pengganas bertopeng bernama Bane 
yang memiliki rancangan untuk memaksa seluruh penduduk Gotham City 
mendesak Bruce menampilkan diri.

KISAH SEBELUM PUASA

Haiii.....
daH 3hari kita berpuasa..
mudah2an puasa kita, ibadah kita diterima.
Cikmala nak cerita tentang KISAH SEBELUM PUASA
Cikmala balik KUANTAN
bb nak bersahur dan berbuka di rumah mertua.
malam sampai,Cikmala, Pakwe Cikmala ngan Ibu mertua Cikmala
planning nak cari kasut raya KEMBAR
jadi esoknya lepas makan tengahari di RESTORAN DIOSIS
( YahOOooo..........dApAt mAkAn PeTaI )
ayat tak boley blah lasung,,mkn petai pon jakun...hahahahha
lepas tue kami ke KEDAI KASUT CONVERCE
wah,,teruja betul Cikmala tengok CONVERCE untuk budak2
geram wase..
pilih2 punya pilih 
kembar amik warna MERAH & HIJAU
Cikmala beli untuk anak buah Cikmala PINK dan BIRU
bajet yang dh terkeluar RM 220.

Rabu, 18 Julai 2012

KESILAPAN KERAP MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

Haiii.....
sempena lagi 3 ari kita nak berpuasa
Cikmala nak buat entry 
tentang BULAN RAMADHAN la
tengah rajin nie..hehehhe
bukan org lain je
Cikmala pong sedar
kesilapan nie kadang2 Cikmala pong lakukan juga
lebih2 lagi MAKAN SAHUR DI WAKTU TENGAH MALAM KERANA MALAS BANGUN DI AKHIR MALAM...korunk camne?
sama2 la kita kongsi

ILMU PENUNDUK SUAMI

haiii..
gerun kan dengar tajuk.
ILMU PENUNDUK apa pulak Cikmala nie.
JOM sama2 kita tengok
Cikmala pong nak kena ubah juga
duk kat rumah pakai baju KELAWAR manjang..
wakakakaka.....

Selasa, 17 Julai 2012

PUNCA HARD DISK ROSAK

Haiii....
jadi kali nie Cikmala nak cter pasal
PUNCA HARD DISK LAPTOP korunk leh rosak
masalah Cikmala YG tak boleh buat tue la yg selalu buat.
kang dah melepas  duit RM300..
Punca kerosakan hard disk iaitu :
  1. Hard disk anda terjatuh atau pun terhempak object keras .
  2. Hard disk anda terlalu panas, berkemungkinan sistem pengudaraan pada casing anda kurang,ianya dipanggil overheat.
  3. Anda tidak shutdown sistem pengoperasian mengikut step yang betul, seperti komputer hang, anda terus mencabut cable bekalan kuasa.
  4. Kerosakan pada piring hard disk atau anda sering melakukan formatting.
Simptom-simptom kerosakan hard disk iaitu :
  1. Hard disk anda tiba-tiba terpadam sendiri.
  2. Hard disk anda berbunyi tek,tek, tek
  3. Data anda tiba-tiba hilang.
  4. Ketika anda transfer data keluar erorr i/o.
Ianya berkemungkinan kerana bekalan anda rosak ataupun bekalan kuasa tidak stabil, ataupun cable hard disk anda tidak rapat atau rosak.

LAPPY CIKMALA DAH SIHAT

Haiii...
korunk semua
Cikmala kembali semula...
R.I.N.D.U tak...R.I.N.D.U tak.....
hahhahh,,,perasan je minah nie
sape nak rindu kat dye entah.....
Cikmala nak bagtau LAPPY Cikmala dah ok
baru baiki amik td
semalam antar..
pagi2 KEDAI tpon soh amik terkejut Cikmala
tengah duk syok membuta
sebenarnya Cikmala
sgt2 RINDU kat dye.....
bila dah guna balik rasa cam gedabak je awak nie MISS LAPPY

Jumaat, 6 Julai 2012

SELAMAT ULAGTAHUN PERKAHWINAN KE-2

Haiiii....
04/07/2012
ULANGTAHIN PERKAHWINAN ke 2 adik Cikmala
malam semalam ada cina hantar
SEJAMBAK BUNGA
cam dalam cerita melayu plak rasa..
tengok adik Cikmala lari2 masuk bilik
BANG,ada org dtg tue kat luar
kata dye..
Cikmala duk intai2 je dari dalam rumah
Adik Ipar Cikmala tanya ler
SAPE BAGI NIE....?
yang adik Cikmala plak
konon2nya SURPRISE ler tue...hehhehehe
kelakar
buat mereka dua suami isteri
mudah2an 
KEKAL SAMPAI bila2
dengan ucapan doa
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) 
yang berdoa dengan berkata: 
Wahai Tuhan kami, 
berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan 
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

SATU HARI MAKAN BURGER

Haiiii.....
Cikmala nak cerita pasal semalam..
tak basi lagi kam..kam..kam
punya la malas Cikmala nak keluar...
adik Cikmala ajak g makan2....
mak bagi idea  JOM MAKAN BURGER BAKAR
yang kelakar NAMA BURGER dop tahannya
Cikmala makan BURGER BERGEMBIRA
PAKWE Cikmala,MAK Cikmala,ANAK BUAH Cikmala makan BURGER HOT CHIP
ADIK PEREMPUAN CIkmala makan BURGER OMBAK RINDU
LAKI ADIK CIKMALA makan burger VALENTINES






muka Cikmala yang takleh blah lasung...
kembang idung2...
hahahahaha

NURSARAH ANNISA...
PAKLONG NIE ASIK AMIK GAMBAR KITA JE LA.
geram kita...
nie yg kita nak wat muka kerek je nie.

ATOIIIII...
NAK makan BURGER pong nak posing ke Cikmala oiiiii
MAK CIkmala slow motion je makan
tapi tetap cover je..

Rabu, 4 Julai 2012

LAKSE KELATE CIKMALA

Haiiii...
ari nie cikmala sarapan LAKSAM KELANTAN
@ LAKSE KELATE (baru best nop nyebut)
sesuai ngan makanan dye

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau
  • Cara-cara

    1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. 
    2. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-
    3. utk mengelak dari melekat. 
    4. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. 
    5. Kukus sampai masak.
    6. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- 
    7. supaya laksam kelihatan licin dan cantik. 
    8. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain 
    9. dan kukus sampai masak. 
    10. Ulang sampai habis
    11. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, 
    12. bawang merah dan lada hitam. 
    13. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. 
    14. Masak sehingga agak pekat.
    15. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,
    16. tambah grm skit dan perahkan limau

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...