NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 29 Ogos 2012

TIPS BERBAJU KURUNG RUMAH TERBUKA

Haiiii....
Kali nie cikmala kembali
Kembali dengan tips2 sempena bulan syawal yg mulia ini.cewaaaaahhhh ♡♡

♥ gayakan bersama selendang agar lebih anggun.jika di pejabat mungkin penyaman udara terlalu sejuk. Jangan mengenakan jaket atau kot di luar sebaliknya baluti dgn sehelai shawl
♥ labuh baju lebih kurang paling sesuai ialah dua jari atas lutut.boleh juga hanya di paras lutut atau dua jari bawah paras lutut
♥ panjang kain dua jari bawah buku lali
♥ panjang lengan lebih kurang paras pergelangan tangan.
♥ jika baju terlalu labuh, membuat si pemakai kelihatan lebih pendek
♥kain susun tepi paling sesuai untuk rekaan baju kurung tradisi
♥rekaan selisih tutup atau belah juga boleh digayakan bagi memperoleh kesan lebih kucup di bahagian kain.
♥ lengan baju kurung jgn terlalu senteng, nanti kelihatan seperti anda baru selesai cuci pinggan di dapur
♥ memakai kancing setiap masa ketika berada di majlis rasmi
♥ jgn sesekali menyinsing lengan baju kerana nampak tidak manis
♥ pilihan bunga kecil untuk rekaan baju kurung akan memberi kesan lebih manis dan lembut dipandang.corak bunga besar akan menampakkan kain tersebut lebih murah dan tidak sesuai buat mereka yg bertubuh gempal
♥ jahitan sulaman di bahagian leher dan tgn akan menyerikan lagi penampilan berbaju kurung.tetapi pastikan sulaman sederhana sekiranya baju kurung anda berbunga.jika polos boleh sarat dengan sulaman renda bagi impak lebih glam
♥ penggunaan perhiasan yg menarik antara eleman menambah gaya.andai berbaju kurung labuh.kenakan rantai labuh dan hiasan kerongsang di bahagian dada baju
♥ elak membeli baju kurung siap tanpa mencubanya terlebey dahulu.kiranya baju tersebut besar.ia akan membuatkan gaya anda nampak murah dan tidak kemas terletak
♥ gabungan dua fabrik kain boley membuatkan penampilan anda berbaju kurung kelihatan mewah.contohnya menggabungkan baju kurung kain cita dan kain tenun.
♥ gunakan kebijaksanaan Anda menggabungkan rona lembut dan garang.permainan rona ini selalunya lebih menarik dari satu nada yg sama

1 ulasan:

Unknown berkata...

byknya tip:-)
apa2 pun biar sopan......

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...