Haiiiii
tengah cikmala belek2 sokabar Metro
laman 8 mata Cikmala terbaca 1 tajuk yang menggelikan ati
" LAKONAN TAK MENJADI"
BUKTI ATAS KATIL DEDAH HELAH WANITA DAKWA BAYI DISERAH INDIVIDU TIDAK DIKENALI
apa hal plak nie pk Cikmala.
lagi laju la Cikmala nak membacanya sebab KUALA TERENGGANU tue hak penting.
tergamak anak sendiri, kata anak org bagi ke dia untuk menutup kesalahan sendiri
kalu tak terbongkar tue takpe la pulak.
(BELAS IHSAN EN GOOGLE)
KUALA TERENGGANU: Tembelang seorang wanita yang mereka cerita kononnya diserahkan bayi lelaki oleh individu tidak dikenali di rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Jumaat lalu, terbongkar apabila siasatan mendapati bayi itu anak kandung wanita berkenaan.
Lakonan hebat wanita berusia 23 tahun terbabit yang berjaya memperdayakan ibu bapa angkatnya selain meraih simpati penduduk kampung berkenaan hanya terbongkar apabila siasatan polis mendapati maklumat diberikan wanita terbabit mencurigakan selain fizikalnya kurang bermaya seolah-olah baru bersalin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya kemudian ke rumah keluarga angkat wanita terbabit untuk menjalankan pemeriksaan lanjut jam 3.30 petang kelmarin.
“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik, kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kelahiran bayi di atas katil dalam bilik berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut sebelum dia mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Februari lalu,” katanya.
“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik, kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kelahiran bayi di atas katil dalam bilik berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut sebelum dia mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Februari lalu,” katanya.
Menurutnya, polis menahan suspek untuk disoal siasat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi pemeriksaan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.
6 ulasan:
bayi sendiri pun tak mengaku.....
nak cover malu ler tu......
mcm2 ragam manusia sekarang...
tue pasal....
cover malu tapi akhirnya malu juga
manusia sanggup buat ape saje untuk tutup kesalahan sendiri..harap harap die sedar .
memalukan.. haih.. manusia2
aishh anak sendiri xmau mengaku. kesian baby tu tak berdosa. kalau xmau, bagi pada org yg memerlukan.. T__T
macam2 helah org nak menipu ni
Catat Ulasan