NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 21 November 2011

CARI TEMAN

~ WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU JADIKAN TEMAN RAPAT MANA-MANA KAUM YANG DIMURKAI ALLAH, MEREKA TELAH BERPUTUS ASA DARIPADA MENDAPAT KEBAIKAN AKHIRAT SEBAGAIMANA BERPUTUS ASANYA ORANG-ORANG KAFIR YANG ADA DI DALAM KUBUR.(al-Mumtahanah) ~ 
Pepatah ada menyebut berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat harumannya, berkawan dengan tukang besi kita akan mendapat percikan apinya.begitulah juga penerangan ALLAH  SWT dalam memilih sahabat.ALLAH mengingatkan kita supaya tidak menjadikan orang-orang yang dimurkai ALLAH sebagai teman rapat agar kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup mereka.

Ibn Kathir menjelas bahawa orang-orang Yahudi,Nasrani dan seluruh golongan orang kafir yang lain.Golongan ini adalah golongan yang tidak mempercayai kebangkitan selepas kematian.

Mereka sering mempersoalkan kekuasaan ALLAH untuk mebangkitkan semula orang-orang yang telah mati.Padahal, membangkitkan  orang yang telah mati lebih mudah di sisi ALLAh daripada menciptakan sesuatu yang tiada kepada ada.

Natijahnya, kehidupan mereka di dunia hanya bersifat sementara.Kehidupan nafsu nafsi yang tiada arah tujuannya.Hidup bersuka-suka sementara mendapat peluang menikmati syurga dunia.Apa yang disibukkan dengan amal baik kalau jiwa tidak bebas dan terseksa.

Apabila melihat golongan ynag beriman dengan Allah yang esa, mereka sesekali tidak mengerti apa rasionalnya kerana mereka sebenarnya sudah berputus asa kepada kebaikan yang dijanjikan di akhirat,apakah kita mampu mengumpul strategi yang hebat untuk menjejakkkan kaki di syurga yang kekal abadi?ALLAH tidak menghalang kita berbaik dengan mereka. malah kita perlu menghormati mereka dan bermuamalah dengan adab pergaulan yang baik.Tetapi sebagai teman rapat.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...