NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 13 September 2011

PENING BERPIKIR........

haiiii......
entry saya kali nie tentang perkara yang tengah hangat diperkatakan....bukan nak memihak mane2 pihak.tapi sering berpikir mane 1 yang betul neh..
konpius (ngeh3)artikel kat bawah saya amik dari belas ehsan GOOGLE untuk sama2 kita baca..

Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh imbau kisah Bukit Kepong

SHAH ALAM: "Tuan jangan risau, kami akan pertahankan tempat ini, biar putih tulang, jangan putih mata!" 
Itulah kata-kata keramat yang masih segar dalam ingatan bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk Seri JJ Raj, ketika mengimbas kenangan insiden berdarah Bukit Kepong 61 tahun lalu.
Beliau yang ketika itu menjaga 20 balai polis di sekitar daerah Pagoh termasuk Bukit Kepong berkata, lelaki yang menuturkan kata-kata itu ialah Sarjan Jamil Mohd Shah, antara 20 anggota polis yang berjuang menentang komunis ketika serangan pada 23 Februari, 1950."Itulah kata keramat terakhir, dan tabik hormat terakhir daripada Sarjan Jamil yang sedikitpun tidak nampak gentar dan berjanji akan mempertahankan Bukit Kepong, orang awam dan keluarga mereka," katanya pada sidang media anjuran Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi Pengaman, Tan Sri Norian Mai, bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdul Rahman, dan dua pemegang amanah Pengaman, Tan Sri Jamil Johari dan Datuk Seri Azman Ujang.
Raj berkata, serangan oleh kira-kira 180 anggota komunis yang bermula kira-kira 4.30 pagi pada 23 Februari itu mengorbankan 27 nyawa iaitu 14 anggota polis, empat isteri, empat kanak-kanak dan lima polis bantuan.
Beliau berkata, semua mereka meninggal dunia selepas diserang serta dibakar oleh pengganas komunis tanpa belas kasihan. 
"Sarjan Jamil masih berdiri sendirian di kubu polis sedangkan di sekelilingnya, rakan-rakan dan anggota keluarga maut bergelimpangan. Malah, beliau masih mahu berlawan walaupun ditawarkan untuk menyerah diri.
"Tiga kali tawaran menyerah diri dibuat oleh Mat Indera meminta Jamil berundur dan dia tidak akan diapa-apakan tetapi ketiga-tiga tawaran itu ditolak mentah-mentah dan beliau teguh dengan pendirian tetap melawan biarpun sendirian dan walaupun mempertaruhkan nyawa," katanya.
Bagi Raj yang kini berusia 90 tahun, sebagai orang yang mengalami sendiri peristiwa Bukit Kepong, beliau terpanggil untuk membuka kembali kisah sedih itu walaupun pedih kerana mahu orang menilai sendiri pengorbanan mereka yang mempertahankan negara.
"Saya bercerita, anda nilai sendiri...adakah mereka yang berjuang hingga saat terakhir dikatakan sia-sia dan mereka yang menawarkan supaya polis menyerah diri dan bersama komunis itu bagaimana pula," katanya.
Katanya, apabila memikirkan mereka yang terkorban dan Balai Polis Bukit Kepong berjaya ditawan serta dibakar, malah mayat mangsa yang terbunuh dicampak ke dalam api itu dikatakan sia-sia, ia adalah sangat menyedihkan.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak terbabit sangat mendukacitakan dan mengecewakan.
Pengerusi Pengaman, Tan Sri Samsuri Arshad, berkata tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang memberikan gambaran bahawa polis dan anggota keluarga yang terkorban sebagai orang British manakala Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan hero adalah pembohongan, manipulasi dan putar belit.
Beliau berkata, Mohamad memang terkenal dengan sikap "rebel rouser" iaitu cenderung kepada membakar semangat rakyat dan menghasut ke arah pemberontakan atau revolusi.
Katanya, kenyataan Mohamad tidak dilihat daripada aspek siapa Mat Indera, bukan juga daripada aspek memperbetulkan fakta sejarah sebaliknya ia adalah helah dan kepentingan politik pemimpin PAS itu.
"Kami kenal siapa Mohamad dan kami akan bongkar Mohamad sebagai 'rebel rouser' dalam sidang media akan datang selepas mengumpul segala maklumat yang diperlukan.
"Komunis membunuh lebih 4,000 anggota keselamatan sejak sebelum Merdeka hingga sekarang dan mereka bukan pejuang kemerdekaan sebaliknya mahu mewujudkan kerajaan Bintang Tiga," katanya.
Bagi Pengaman, katanya, rumusan isu yang berlaku bukan berkenaan Mat Indera atau isu fakta sejarah kemerdekaan tetapi berkaitan dengan Mohamad yang mendewa-dewakan komunis dan mungkin sudah terpedaya dengan ideologi komunis sehingga tergamak menghina polis.
Sehubungan itu, Samsuri berkata Pengaman mahu siasatan dibuat terhadap PAS untuk mengetahui sejauh mana ideologi dan pengaruh komunis menyusup masuk dalam parti itu menerusi Mohamad.
Katanya, kenyataan Mohamad itu sangat mengguris perasaan mereka yang terbabit serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa bersedia berkorban mempertahankan negara.
"Syukur dan sedikit terubat apabila ramai juga pihak yang tampil membidas kenyataan Mohamad itu dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan," katanya. - BERNAMA

KENYATAAN MAT SABU

Presiden Pas menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.


Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.







Siapa pengganas dan siapa pula pejuang Negara sebenarnya dalam hal ini?
Pada sekitar Disember 1941,Bala tentera Jepun telah menyerang Malaya dan dengan begitu mudah mereka merampas penguasaan Malaya daipada British yang menjajah Malaya pada ketika itu.
Dan mereka menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki musnah di bom oleh tentera Amerika.
Dalam tempoh penjajahan mereka keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, penduduk Tanah Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun.
Itu adalah situasi pertama dan dibawah ini pula adalah situasi kedua.
Setelah Jepun menyerah, Pihak British kembali menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk Tanah Melayu yang berkerja pula dengan Penjajah British itu..
Ada antara mereka yang terkorban ketika bertugas untuk Penjajah British itu, antaranya ialah sepasukan Polis yang bertugas di Bukit Kepong dan mereka dikatakan sebagai pejuang Bangsa.

Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini..

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia
Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini..

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. WikiPedia
Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu.
Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu?
Begitu juga Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Bagaimanakah mereka boleh dianggap sebagai pejuang bangsa sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah tali barut penjajah?
Apa bezanya mereka yang bertugas untuk Pihak Jepun dalam situasi pertama dengan mereka yang bertugas untuk Penjajah British dalam situasi kedua?
Hanya kerana mereka dari UMNO mereka dianggap sebagai pejuang bangsa walhal mereka adalah talibarut penjajah British yang berjuang menentang rakyat yang bangun menentang penjajahan British keatas Tanah Melayu pada ketika itu.
Sejarah jelas membuktikan pemimpin-pemimpin UMNO itu telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan penjajahan British pada ketika itu.
Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin UMNO bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.
Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada UMNO.

Baca juga artikel dari FMT ini .Gerakan kiri kemerdekaan: Sejarah yang dikaburkan

Artikel dari Utusan atau Lidah Rasmi UMNO..

Mat Sabu hina pejuang negara
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

KENYATAAN MAT INDERA SEORANG PEJUANG :-
Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo
Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB
Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri.  - AFirdaus


asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE  - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian  sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com) 

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...