NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 6 Julai 2011

SIAPA*MAKCIK*HAJJAH*SITT*AL*WAZURA*NEH*


SIAPA MAKCIK HAJJAH SITT AL-WAZURA neh erk!!!!saya tak pernah dengar plak..rupanya famous betul dye,pernah masuk sokabar...camne saya leh miss nie......
konon2 nk tahu,saya cari la dye punya blog..rupanya dah di banned.KORANG tau ke pasal makcik sorang neh!!!cer cita..cer cita...

Sebuah blog bertajuk ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ didakwa menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor babi di atas Kaabah sedang membaca al-Quran selain kata-kata menghina agama itu.
Berikutan itu, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay, membuat laporan polis kira-kira jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini selain akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai laman itu oleh anggota IRIMM yang menyedari kewujudannya ketika melayari internet di sebuah kafe siber di Jalan Tunku Abdul Rahman, kelmarin.

Amir berkata, individu yang terbabit dalam perbuatan itu harus ditangkap dan dihukum kerana tindakannya sudah melampaui batas, dan beliau berharap polis serta pihak SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu penghinaan terhadap Islam semakin berleluasa. Kalau dulu ajaran sesat dengan kerajaan langit dan segala yang dilakukan depan mata telah berkurangan, kini penghinaan dilakukan dalam bentuk dunia maya dan blog. Memang dunia internet ada Freedom Of Speech tapi kalau tanpa ethics ia merosakkan institusi masyarakat, pemikiran dan paling teruk ia melibatkan akidah umat Islam !

Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina sepenuhnya agama Islam memang satu perbuatan yang sangat memalukan. Kata-kata di blog itu penuh dengan fitnah terhadap Allah, Rasul dan Kaabah sendiri. Kat timeline twitter blog dia cakap tak murtad lagi tapi hakikatnya Islam bukan sekadar mengucap 2 kalimah syahadah saja. Ia mesti diyakini dengan hati dan diamalkan dengan perbuatan.

Sekarang blog tu telah disekat oleh SKMM dan kalau search kat google susah nak jumpa
Satu silapnya kemarahan umat Islam bila dengar isu macam ni, kita counter balik dengan kata-kata kesat yang sangat mengikut emosi. Kalau betul korang marah dengan perbuatan ni, tak bermaksud ia boleh dilawan balik dengan kata-kata kesat juga. Kebanyakan yang kondem kat blog mak cik ni semua bagi kata-kata yang takde etika. Analoginya, api lawan dengan api makin marak la kan ? Islam tidak mengajar akhlak yang tak baik kepada penganutnya. Jadi bila kita yang marah dengan isu ni memaki mereka dengan kata-kata kesat ia bukan meredakan tetapi menyemarakkan dan mungkin akan timbul fitnah lain.

Jangan difikir isu-isu sebegini ialah isu imam masjid, pegawai jabatan agama dan mufti-mufti negeri saja. Ia merupakan isu bersama dan isu umat Islam itu sendiri. “ Ohhhh,banyak bercakap minah nie..saya bukan USTAZAH BAHIYAH nak masuk campur.... biarlah mufti-mufti dengan pegawai agama buat kerja diorang”. Tidak ! Ia bukan melibatkan tanggungjawab sesetengah orang tetapi semua umat Islam.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...