NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Khamis, 17 Mac 2011

PELATIH*PULAPOL*MENINGGAL*DUNIA






KUALA LUMPUR, 17 Mac — Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.
Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.
Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.
Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.
Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh.


KUALA LUMPUR 17 Mac – Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini meninggal dunia pagi ini akibat virus Adeno, menjadi jumlah kematian setakat ini ialah dua orang.
Mangsa, pelatih inspektor lelaki, Mohd. Redzuan Ishak, 26, disahkan meninggal dunia ada pukul 4.20 pagi selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur

Komandan Pulapol itu, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Buaya, Rawang merupakan salah seorang daripada dua pelatih yang dirawat di ICU. - Utusan


Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...