NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 24 Januari 2011

RESEPI PAPRIK AYAM

Bahan2nya 

Ayam (agak2-tak perlu terlalu banyak- dipotong kecil dan dibersihkan)
2-3 biji Cili merah - ditumbuk lumat (kalau nak pedas tambahkan cili api)
3-4 ulas Bawang merah - ditumbuk lumat
2-3 ulas Bawang putih - ditumbuk lumat
Sehiris halia

Beberapa helai daun limau purut
Bunga kobis ] dipotong
Kacang panjang ] mengikut
Karot ] citarasa
Putik jagung ] masing2
Garam, aji, gula, secukup rasa.

Cara2nya

1. Ayam direbus bersama halia, sedikit garam dan aji (kalau suka). Air jangan terlalu banyak, rebus biar tinggal skit je air. Jangan masukkan banyak garam.


2. Ada yang suka goreng ayam tu, tapi saya suka rebus, sebab kita boleh guna air rebusan tu untuk menambahkan kesedapan paprik.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga masak dan nampak minyak dah naik, agak2 macam dah nak kering gitu

4. Then masukkan ayam bersama air rebusannya. Kalau nak berkuah leh masukkan air, tapi saya suka kering2. Cukup sekadar air ayam tu skit je.

5. Oleh kerana ayam dah direbus.kita tak perlu masak lame sangat, so... leh la carik-carikkan daun lemau purut dan masukkan bersama-sama sayur yang dah dipotong.

6. Agak sayur tak terlalu keras, dan dah bau daun limau purut, leh la angkat dan hidangkan.

7. Mudah dan sedap..

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...