NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Khamis, 11 Julai 2019

BUKANNYA SUSAH PUN UCAP TERIMA KASIH PADA ANAK


Haiii...semua.Cikmala yang sengal kembali semula.Hari ni Cikmala nak cerita kisah pendek tapi bermakna pagi tadi semasa didalam kereta. Anak cerdik Cikmala main game dekat talifon dye.Tbe-tbe phone abes bateri. seperti biasa la budak-budak katakan. Dah abes..baru la letak phone...Jumaat sabtu mmg cikmala bagi dye tengok phone..main game ke youtube ke. Jadi Cikmala bagi phone Cikmala...Dye pandang cikmala dan tanya..


 " boleh ke ummi?

 Bolehhh....ambik la..

.Yeaaaaa,,, terima kasih ummi.

(Tbe-tbe Cikmala rasa terharu sangat, bila budak-budak umur 6 tahun boleh cakap terima kasih)

Memang Cikmala selalu ucap terima kasih, bila cIkmala selalu mintak tolong dye buat apa-apa. walaupun dye tak jawap, cikmala tetap ulang-ulang supaya dye menjawap juga

.sama-sama ummi

.thank you ummi.

Sedar atau tidak, ucapan terima kasih sering menjadi ungkapan yang lupa untuk kita ucapkan pada anak-anak. Malah, mungkin ada sesetengah ibu ayah yang merasakan mereka tak perlu mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kecil.

Ucapan yang singkat ini sebenarnya sarat dengan makna. Sebagai ibu bapa,  jangan ‘kedekut’ untuk mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kita walaupun mereka masih kecil. Ini antara perubahan yang boleh dilihat jika kita lebih menghargai pertolongan mereka.

5 PERUBAHAN YANG BERLAKU BILA IBU AYAH RAJIN UCAP TERIMA KASIH PADA ANAK

1. SENTIASA CERIA SEBAB RASA DIHARGAI

Walaupun si anak hanya menolong ambilkan susu adik atau mengemas mainannya, sekecil-kecil pertolongan itu mungkin amat besar maknanya pada anak kita.

Apabila kita mengucapkan terima kasih itu tandanya kita acknowledge pertolongan mereka. Kita hargai usaha mereka. Setiap orang pasti rasa seronok apabila dihargai, kan? Seolah-olah semua penat lelah hilang begitu saja. Begitu juga halnya pada anak-anak.

2. ANAK LEBIH FAHAM ERTI BERSYUKUR

Apa perasaan kita kalau kita dah bersusah-payah buat sesuatu, tapi dikritik dan dipandang sebelah mata saja? Mestilah ‘panas hati’ kan? Dah tu, boleh demand pula nak macam-macam. Sampai ada yang ‘takut’ nak bagi budak-budak duit raya RM2 sebab akan diketawakan. Dahlah tak cakap terima kasih, kena pula perli sebiji.
Ini sebenarnya realiti masyarakat kita yang telah didedahkan dengan sifat materialistik sejak kecil lagi. Dengan sentiasa mengucapkan terima kasih, kita sebenarnya mengajarkan anak sifat bersyukur. Mereka perlu tahu bahawa kebaikan itu lebih besar maknanya berbanding nilai pemberian tersebut.

3. RAJIN MENOLONG

Selalunya kita ucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu hadiah atau pertolongan. Ibu bapa perlu faham bahawa ucapan terima kasih sarat dengan makna yang lebih mendalam selain satu bentuk penghargaan.
Apabila kita membuat anak berasa dihargai, ia boleh menjadi motivasi bagi mereka untuk mengulangi atau memperbaiki sesuatu tugasan apabila disuruh pada masa akan datang. Sekiranya satu tugasan tidak berjaya, ia juga boleh menjadi sumber pembakar semangat agar terus mencuba. Silap hari bulan, mereka akan mengejutkan kita dengan melakukan sesuatu tanpa disuruh lagi!

4. HUBUNGAN RAPAT DENGAN IBU AYAH

Cuba anda ucapkan terima kasih pada anak, apa reaksi mereka? Sekurang-kurangnya mesti ada senyuman atau balasan ‘sama-sama’ daripada mereka, bukan?
Ikatan kekeluargaan akan lebih terasa kerana masing-masing berasakan pentingnya peranan mereka. Semua ini adalah komunikasi sihat dan positif yang dapat mendekatkan hubungan serta merapatkan jurang.

5. DIKURNIAKAN KEBAIKAN

Ucapan terima kasih adalah akhlak mulia yang diajarkan dalam Islam, tak kiralah apa bentuk pemberian ataupun daripada siapa pertolongan dihulurkan.
Sabda Nabi SAW:
مَن صُنِعَ إليهِ معروفٌ فقالَ لفاعلِهِ : جزاكَ اللَّهُ خيرًا فقد أبلغَ في الثَّناءِ
“Barangsiapa yang diberikan satu kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan, ‘Jazaakallahu khair’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupinya dalam menyatakan rasa syukurnya” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
Jadi ibu ayah jangan lupa ucapkan terima kasih atau ‘Jazaakallahu khair’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Secara tak langsung, ia juga menjadi doa buat anak-anak!

BUKANNYA SUSAH PUN!

Sebagai orang tua, tak salah kita mengucapkan ‘terima kasih’ kepada anak. Sedikit sebanyak, sikap kita ini akan menjadi contoh kepada anak-anak. Bukannya susah pun nak ucapkan, tapi maksudnya amat mendalam dan boleh meningkatkan rasa syukur, menyembuhkan kelelahan dan menyuburkan kebaikan.
Ternyata, walau hanya 2 patah perkataan, ia boleh memberi kesan besar dalam hidup anak-anak.
Info Kredit : Sirap Limau

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...