NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 14 Jun 2013

26 MINGGU ADIK DALAM KANDUNGAN

haiii........
mood untuk menaip entry seciput je.ngeeee......malam nie jam 12 malam@ 14/06/2013 selepas layan the avengers,,cikmala tetiba rajin semacam nak jenguk blog.hahahaaa........nak update perkembangan baby cikmala je la...

Ukuran bayi Cikmala sekarang, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter.wah,,,,terkejut korang bila masa pulak cikmala mengukurnya plak kang.hahahhaha......pakar2 la yg mengatakan. ^_^ Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi cikmala mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk baby selepas dilahirkan kelak. 

Oleh sebab bayi cikmala membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan  adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur yer ibu baby saya.... ^_^ Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit. 

Kelas antenatal  harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan tentang melahirkan bayi. 

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...