NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 31 Januari 2012

En.HuBbY cIkMaLa TuJu laGu

haiiiii...
lama sungguh rasanya cikmala tak update blog 
baru2 nie je dapat nak godek2 sikit2
Galaksi tab cikmala tak dapat nk bukak
apatah lagi nak taip....
cikmala kena beli i-pad se nie...
wah,,,,niat cikmala ada la secuit nk memiliki i-Pad2
insya'allah kalu ada rezeki lebih
bila berjauhan nie
mula la mcm2 bibit2 cinta keluar...
hahahhaha (gelak besar cikmala)
tapi cikmala betul2 terharu
bb en.hubby cikmala siap soh cikmala dengar lagu nie
bb lagu nie ditujukan untuk cikmala
bila cikmala dengar dan nyanyi
terharunyaaaaaaaaa.................
luv u EN.HUBBY


Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati MU
Rindu
Pada MU
Ku sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang MU

Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari
mencari
Memangil-manggil nama MU
Nama MU yang sempurna

Ku harap
dan ku berdoa
Semoga dapat
bersua dengan MU

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Adu'llar Rahmani
Arju An La Tinsani
Fi Kulli
Awqati
Nafsi Wa Fuadi
Laka Ya Maliki

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana
Ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada MU

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi...oh...

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi...

BiLa CiKmAlA LaYaN OmBaK rInDu

haiiiii...
dah lama cikmala nak tengok filem nie.
tapi di sebabkan cikmala sorg akhir2 nie
EN.HUBBY takdeq
segala2nya terbatas...
EN.HUBBY cikmala kata ~ cedey cter nie ayang ~
 filem nie memang best sangat..
cikmala suka tengok AAZ ngan MAYA KARIN
so  sweet..
sampai cikmala balik keje..
tengok lagi tengok lagi dan lagi3...
wah, korang camne pulak!!!
jom layan sinopsis dye jap
 Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin 

bb nie awal2 lagi cikmala  tanya
EN.HUBBY
~ TAK JELES KE WIFE AAZ nie ~
belakon camnie....

Jumaat, 27 Januari 2012

GAJI KAKITANGAN AWAM FEBRUARI 2012 IKUT SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

haiiiii....
lepas balik dari pasar
saya bukak la myLAPTOPPINK
alamak, lain plak slow......
geram sungguh
bukak FB melalui GALAXY TAB saya
terpandang satu kenyataan pasal
" GAJI KAKITANGAN AWAM IKUT SISTEM SARAAN "

Pekeliling penangguhan skim gaji kakitangan awam SBPA telah pun diedarkan baru-baru ini. Kalau ikutkan pembayaran gaji SBPA kakitangan awam bermula 31 Januari 2012 yang berkuatkuasa sejak  1 Januari 2012 tetapi apakan daya, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.Walaubagaimanapun, kalau dapat yang backdated, orang kata “selepuk” juga kalau memakan tempoh sepenuhnya sehingga 4 – 5 bulan untuk semakan semula dilakukan

Gaji Kakitangan Awam (SBPA) 2012 (Pengumuman & Berita Terbaru) :

  • Pembayaran gaji kakitangan awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Kepada kalangan kakitangan awam yang memilih menyertaisistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembayaran  gaji SBPA kakitangan awam hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
  • Perbezaan gaji bagi kakitangan awam yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan Januari 2012 ini
Tangga gaji SBPA kakitangan awam akan dikaji semula. Kakitangan awam yang memilih SBPA tidak akan dapat kurang daripada yang ditawarkan sebelum ini malahan lebih lagi apabila kami rujuk semula kenyaan KPPA, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Tetapi mungkin pecahan pengagihannya lebih sekata berbanding skim SBPA ada yang ada sebelum ini.

5 Tuntutan Utama Semakan Semua Gaji SBPA Kakitangan Awam (Edisi Cuepacs) :

  1. mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah
  2. mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
  3. mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum
  4. mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus
  5. semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred
Selepas pelbagai topik SBPA yang dipaparkan oleh Berita Semasa diperbincangan secara hangat oleh kalangan pembaca setia di sini, anda boleh semak semula semua topik tersebut menggunakan ruang carian yang disediakan di laman ini ataupun boleh perhatikan senarai berita yang berkaitan di bahagian bawah ruang berita ini Dan, kami merasakan, ramai kakitangan awam yang sudah boleh menerima sedikit demi sedikit perkhabaran berita penangguhan pembayaran gaji SBPA kepada kalangan kakitangan awam, jikalau itulah pilihan yang ada dengan cara berlapang dada. Cuma…
Cuma yang pastinya harapan kalangan kakitangan awam yang memilih skim SBPA mahu melihat hasil penambahbaikan yang bakal akan dilakukan kelak selepas kajian semakan semula skim SBPA 2012 ini.
Dan sudah tentu juga penambahbaikan itu sepatutnya memberikan impak yang besar kerana ia telah menyebabkan gaji kakitangan awam yang memilih sbpa dan skim baru ini secara keseluruhannya ditangguhkan. Apa respon anda pula berita terbaru mengenai SBPA ini? 

Selasa, 24 Januari 2012

WAKTU BERJIMAK MENURUT ISLAM

hai...........
Amboi korang
bukan main lagi kalu dengar bb2 nie
laju tangan korang tekan link erk...
bagus juga la kalu korang nak baca.....
tapi korang2 yg masih bawah 18, jeling sudah......hahahha
saya mula2 pong terkejut juga
ada juga masa2 nak ehem2

1) MALAM ISNIN
anak yg dilahirkan berpegang teguh pada kitab ALLAH dan redha terhadap segala pembahagian-Nya

2) MALAM SELASA
mulut anak berbau harum sekali gus melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba

3) MALAM KHAMIS
anak akan menjadi bijaksana di kalangan org bijaksana atau alim di kalangan orang alim

4)APABILA MATAHARI BERADA DI TENGAH LANGIT
anak tidak dihampiri syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih, ALLAH S.W.T juga rezekikan padanya keselamatan agama dan dunia

5) MALAM JUMAAT
anak-anak menjadi seorang pemidato yang petah dan berwibawa

6)MALAM JUMAAT SELEPAS WAKTU ISYAK YANG AKHIR
anak akan menjadi seorang yg terkemuka

7) HARI JUMAAT SELEPAS WAKTU ASAR
anak akan menjadi seorang yang terkenal dan alim

Sabtu, 21 Januari 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5

haiiii
21 JANUARI 2012 genap usia perkahwinan kami ke 5
dengan harapan bahagia selama-lamanya..
pagi2 lagi EN.HUSBAND dapat kad.
i luv u more than the 5 years i just spent with u..semoga perkahwinan kita di lindungi dan di berkati oleh ALLAH S.W.T dan kebahagian menjadi milik kita selama2nya
dan ciuman dari seorang isteri
wah,,, senyum dye...
kali nie kami sambut kat KFC KEPONG
umuachhhhhhhhhhhh......
i luv u

Jumaat, 20 Januari 2012

TAJAAN PAKEJ WAJIB PERKAHWINAN SELEBRITI

Jika sudah namanya selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian ramai termasuklah acara bersejarah dalam hidup mereka iaitu perkahwinan.Segala persediaan daripada lokasi majlis sehinggalah barang hantaran yang terletak di atas dulang, semuanya menjadi perhatian, tambahan jika selebriti yang berkahwin itu terkenal atau berkahwin sesama artis dan kedua-duanya popular.Walaupun terkenal dan mempunyai duit simpanan yang banyak di dalam bank, kebanyakan mereka memilih untuk melangsung perkahwinan secara sederhana.Namun, kesederhanaan perkahwinan mereka tetap luar biasa daripada pandangan mata umum. Pakej wajib yang pasti ada dalam setiap perkahwinan artis terkenal, pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen terpilih, lokasi yang mewah dan unik serta barisan penaja majlis yang berderet-deret.Bertuah sungguh menjadi selebriti terkenal sehingga majlis perkahwinan pun ditaja, siapa yang mahu menolak tuah. Bagai orang mengantuk disorong bantal, pelawaan untuk proses penjimatan itu selalunya diterima dengan baik oleh mereka.
Rezeki terpijak Memey
SEPANJANG tahun lalu menyaksikan puluhan selebriti tempatan menamatkan zaman bujang masing-masing dan antara yang paling menjadi perhatian sudah tentunya majlis perkahwinan pasangan kontroversi Norman dan Memey Suhaiza yang bernikah pada 24 September tahun lalu.Mana tidaknya, majlis resepsi yang berkonsep New York di Kuala Lumpur mendapat tajaan sebanyak RM12 juta termasuk sepasang kasut daripada pereka kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia.Bukan itu sahaja, majlis pernikahan dan persandingan mereka di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, juga mendapat tajaan beberapa pihak seperti pelamin dan pakaian pengantin. Kos keseluruhan penajaan untuk kedua-dua majlis sebanyak RM12,050,000.Akui Memey, dia memang mengimpikan sebuah majlis yang besar dan indah kerana itu, selain mendapat penajaan, dia juga mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak RM50,000.“Memang secara jujur saya mengaku yang saya inginkan sebuah majlis yang besar, meriah dan terbaik. Sebab itu saya berehat daripada berlakon selama sebulan sebelum majlis perkahwinan sehingga demam-demam membuat persiapan.“Bukan tidak boleh buat secara kecil-kecilan, tetapi saya fikir jumlah tetamu yang datang termasuk pihak media, jadi saya ingin sebuah majlis yang terbaik yang boleh dikenang oleh saya dan juga tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan majlis perkahwinan saya,” katanya.Memey menjelaskan, dia bersyukur kerana dilimpahi oleh banyak penaja yang sudi untuk menaja majlis perkahwinannya kerana mengikut perancangan asal penajaan tidak termasuk dalam agendanya.“Mula-mula rancang majlis, tajaan tidak termasuk dalam agenda tetapi dalam masa perancangan, banyak pula yang menawarkan tajaan.
“Bagi saya tidak salah, saya boleh jimat duit dan dalam masa yang sama pihak penaja dapat promosikan produk mereka, situasi menang-menang.“Dilabel antara perkahwinan mewah, saya tidak berbangga diri, cuma bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis bersejarah saya,” ujarnya.Salah satu busana pengantin Memey yang direka oleh pereka tersohor dunia, Vera Wang turut dipamerkan di Muzium Negara.
Fantasi perkahwinan Nabil
SELAIN Memey, majlis perkahwinan pelakon dan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad, 29, dan pasangannya seorang bekas pramugari, Nazirah Ayub, 24, juga menarik perhatian dengan konsep Fantasi Wonderland yang berlangsung di I-City, Shah Alam, Selangor.
Pasangan yang bernikah pada 30 September tahun lalu itu melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City Shah Alam dengan dibanjiri lebih kurang 7,000 tetamu melebihi jangkaan awal sebanyak 5,000 tetamu sahaja.
“Niat saya bukan mahu jadikan majlis perkahwinan saya sebagai Wedding Of The Year, tetapi saya inginkan kelainan untuk kenangan diri sendiri.
“Saya memang suka taman permainan, isteri saya mahu konsep dalam taman tetapi saya rasa sudah ramai orang buat konsep yang sama. Warna-warni dan ceria lebih dekat dengan jiwa saya,” ujarnya yang kini muncul dengan filem Bujang Terlajak bersama Johan dan Apek.
Sama seperti selebriti lain, Nabil juga tidak ketinggalan ditawarkan penajaan untuk majlis perkahwinannya tetapi tidaklah sampai jutaan ringgit.
Kos keseluruhan majlisnya yang dirancang selama empat bulan itu menelan belanja sebanyak RM177,000 dan kos penajaan hanya separuh daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM88,500, manakala selebihnya menggunakan wang Nabil sendiri.
“Mula-mula rancang saya mahu jemput 500 ke 800 orang sahaja yang dekat dengan saya sebab saya sedar yang saya bukannya asal anak orang kaya, jadi majlis perkahwinan tidak perlulah besar-besaran.
“Selepas jumpa perancang majlis perkahwinan, saya rasa apa salahnya tambah sedikit duit lagi untuk nampak cantik dan lain daripada yang lain.
“Sebab itu kami pilih I-City, rasanya belum pernah orang buat majlis kahwin di sana. Tempat terbuka, senang orang nak datang termasuk peminat yang datang mahu bergambar. Tidak sangka pula yang datang melebihi ramalan, seramai 7,000 orang, apa makanan yang ada saya hidangkan sahaja, maaf jika ada yang tidak sempat makan,” tuturnya yang inginkan anak secepat mungkin.
Majlis kahwin Ezlynn RM15 juta
SATU lagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan penuh mewah adalah penyanyi Ezlynn, 31, dan suaminya yang juga pengurus peribadinya Adam Fahmy Shamsudin, 36.Majlis pernikahan yang berlangsung pada tanggal 20 November tahun lepas di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu sahaja sudah cukup mewah dan umpama majlis resepsi.Kemudian pada 11 Januari lalu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi bernilai RM12 juta di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur tajaan Rafflesia.Tanggal 20 Januari iaitu esok, pasangan ini sekali lagi diraikan dalam sebuah resepsi di Dewan Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan kos keseluruhan untuk ketiga-tiga majlis mencecah RM15 juta dan mereka hanya mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM20,000 sahaja.“Semua majlis ada tajaan, saya rasa bersyukur sangat sebab bila ada penaja saya tidak membazir. Saya bantu promosi produk, saya pun dapat kelebihan dengan dapat sebuah majlis yang eksklusif.“Saya tidaklah mahu bertanding perkahwinan siapa paling besar dan mewah dengan selebriti lain. Sudah rezeki datang ketika perancangan majlis dibuat saya terima sahajalah.“Kalau ikutkan saya mahu buat kecil-kecilan sahaja. Saya tidak mahu kerana buat majlis perkahwinan yang besar, saya berhutang, ada penaja, saya lebih jimat,” katanya yang menyarungkan kasut tajaan pelakon Neelofa yang merupakan pereka kasut tersebut pada majlis resepsinya yang pertama itu.

Khamis, 19 Januari 2012

MALAM JUMAAT BAGI WANITA BERKAHWIN



Kalaulah disebabkan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri mengahwini / “ menggauli “ seseorang isterinya daripada isteri-isterinya pada hari-hari tertentu menunjukkan sunat hukumnya , maka sudah tentu semua waktu dan ketika yang pernah Baginda Rasulullah s.a.w berkahwin / berjimak dihukum sunat juga , kerana Baginda Rasulullah s.a.w mempunyai isteri yang ramai . Sudah tentulah hukum dan kiasan seperti ini tidak dapat diterima .
Oleh itu kenapa pula timbul kepercayaan sesetengah umat Islam bahawa sunat dilakukan perkahwinan @ “ pergaulan suami-isteri “ di malam Jumaat ? .


SEBAB-SEBABNYA :
1 – Disebabkan malam tersebut merupakan malam bagi hari Jumaat . Dan ia pula dianggap sebagai penghulu segala hari ( sebagai mana di dalam hadis-hadis sahih ) . Selain itu , Hari Jumaat juga sebagai mana di dalam hadis-hadis sahih adalah salah-satu daripada hari-hari kebesaran dan perayaan umat Islam .
2 – Disebabkan sunat melakukan Mandi Hari Jumaat . Oleh itu , sebahagian ulama’ kita telah menyatakan bahawa jika kita “ tidur @ mencampuri @ berjimak “ dengan isteri kita pada malam tersebut lalu kita tidur , maka pada paginya – sebelum solat Subuh – kita pun bangun untuk menunaikan mandi junub @ janabah @ wajib . Dalam masa yang sama , kita pun berniat untuk mandi sunat hari Jumaat . Daripada sinilah sebahagian ulama’ mengatakan sunat berjimak dengan isteri di malam Jumaat .
3 – Biasanya kitab-kitab klasik yang menerangkan kelebihan berjimak dengan isteri di Malam Jumaat ditulis di masa sesebuah negara umat Islam itu mendaulatkan hukum-hukum Islam sebagai Perundangan Negara . Oleh itu sudah pasti juga mereka menjadikan Hari Jumaat itu sebagai HARI CUTI MINGGUAN ( sebagai mana yang masih berlaku di beberapa negara / I seperti Arab Saudi , Mesir , Kelantan dan Terengganu).
Oleh kerana pada Hari Jumaat mereka bercuti dan berehat , maka sudah tentulah sangat-sangat sesuai dilakukan upacara akad-nikah @ berjimak dengan isteri pada malam sebelumnya ( Malam Jumaat ) . Sayangnya kelebihan bercuti pada Hari Jumaat ini telah dilenyapkan sendiri oleh mereka yang “ bermati-matian “ mewar-warkan bahawa merekalah pemimpin parti Islam ketiga terbesar di dunia . Dan yang sayang seribu kali sayang pula , adanya golongan ulama’ upahan yang bermati-matian menentang Hari Jumaat dijadikan “ Hari Cuti Mingguan “ dengan mengatakan bahawa perkara itu tiada dalilnya daripada sumber-sumber perundangan Islam . Tapi yang amat malangnya pula , golongan ini tidak pula mahu menunjukkan dalil-dalil yang sahih lagi kuat untuk mereka menjadikan Hari Ahad sebagai “ Hari Cuti Umum @ Mingguan “ !!! .
Namun bagi kebanyakan kita yang tidak tinggal di Kelantan ataupun di Terengganu dan tidak pula bercuti pada Hari Jumaat , maka tidaklah menjadi halangan untuk melakukan sesebuah majlis pernikahan ( dan begitulah juga untuk “ bergaul beberapa pusingan “ dengan isteri ) pada Malam Ahad , memandangkan keesokan harinya kita mempunyai masa rehat yang lebih ( cuti ) berbanding dengan hari-hari selainnya .
KESIMPULANNYA :
Tiada hari khusus dan cara yang khusus untuk kita melakukan jimak ataupun majlis perkahwinan melainkan apa yang telah dimaklumi daripada sumber-sumber perundangan Islam yang sahih . Adapun kalam-kalam yang mengatakan “ sunat dilakukan pada Malam Jumaat “ hanyalah berdasarkan keluasan masa rehat dan kelebihan yang ada pada hari keesokannya ( Jumaat ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab

Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

Jumaat, 6 Januari 2012

KARNIVAL AMBANG 2012 DATARAN

haiiiii...
bercuti sakan nampaknya saya erk
tapi tak cukup rasanya 
bak kata org kelate dok puah
nie masa nak keluar pegi tengok
~ KARNIVAL AMBANG 2012 ~ 
kat dataran negara
sempat posing
nie la mak saya
nie anak buah saya yang no 1
nie anak buah saya no 2
amboi mak saya
bukan main lagi dye
sebelom nak bergambar tanya dulu
~ BOLEH TAK NAK AMIK GAMBAR ~
BOLEH, BUKAN KENA BAYAR
jawap EN. OSMAN KERING
masa nie saya daftar untuk anak2 buah saya nie
bak asuk museum dapat la kurang nanti
bb dah masuk ahli yea...
nie saya je gimik
pertandingan sebenar blom mula lagi

tak suka amik gambar dari bawah
nampak pehe saya yang montel
wakakakakakaka
masa nie nak tengok wayang free
cter kali nie ~ BALIK KAMPUNG ~
mak saya dapat cabutan bertuah tak tahan tue
lawa kan ~ LIZA ABDULLAH ~ nie kan
sempat mak saya posing.
nie masa saya plak nak posing ngan artis
mak saya jadi photographer la pulak
~ NOREEN NOOR ~
semangat badan dye skang.
alamak,
saya terambik gambar diorg nie.
sowyyyyyyyy
posing cek kak oiiiiiiiii
bila lagi erk



~ ADI PUTRA ~
saya beratur sikit punya panjang nak amik gambar tau
last2 malas la..
panas gler




dah balik
masing2 penat
semua tdo anak2 buah saya nie

Khamis, 5 Januari 2012

MAKAN2 NGAN myFAMILY

haiiiii....
kali nie mak saya yang belanja
org baru wat kuar duit dividen ASB katakan.

 biat betik pakwe saya sorang nie
ais krim sampai 3 kat depan tue ha.





 muka budak merajuk
YA ALLAH, anak buah saya yg nie sorg
kuat nguh merajuknya
 ala dak tecik neh..
nganga mulut nak mamam KFC gop ke
 malam ADIK saya belanja  makan
lagipon dye dah mengidam lama nk makan LAMB CHOP
pergi la kat ~ RESTORAN CHOP & STICK neh







 gaya orang ngidam nak makan LAMB CHOP
 ada gaya anak buah saya nie mamam
 ~ LAMB CHOP ~

 ~ KENTANG ~
napa pulok mak saya tue
bulat biji mata
tengok benda dop tau.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...