NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 20 Januari 2012

TAJAAN PAKEJ WAJIB PERKAHWINAN SELEBRITI

Jika sudah namanya selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian ramai termasuklah acara bersejarah dalam hidup mereka iaitu perkahwinan.Segala persediaan daripada lokasi majlis sehinggalah barang hantaran yang terletak di atas dulang, semuanya menjadi perhatian, tambahan jika selebriti yang berkahwin itu terkenal atau berkahwin sesama artis dan kedua-duanya popular.Walaupun terkenal dan mempunyai duit simpanan yang banyak di dalam bank, kebanyakan mereka memilih untuk melangsung perkahwinan secara sederhana.Namun, kesederhanaan perkahwinan mereka tetap luar biasa daripada pandangan mata umum. Pakej wajib yang pasti ada dalam setiap perkahwinan artis terkenal, pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen terpilih, lokasi yang mewah dan unik serta barisan penaja majlis yang berderet-deret.Bertuah sungguh menjadi selebriti terkenal sehingga majlis perkahwinan pun ditaja, siapa yang mahu menolak tuah. Bagai orang mengantuk disorong bantal, pelawaan untuk proses penjimatan itu selalunya diterima dengan baik oleh mereka.
Rezeki terpijak Memey
SEPANJANG tahun lalu menyaksikan puluhan selebriti tempatan menamatkan zaman bujang masing-masing dan antara yang paling menjadi perhatian sudah tentunya majlis perkahwinan pasangan kontroversi Norman dan Memey Suhaiza yang bernikah pada 24 September tahun lalu.Mana tidaknya, majlis resepsi yang berkonsep New York di Kuala Lumpur mendapat tajaan sebanyak RM12 juta termasuk sepasang kasut daripada pereka kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia.Bukan itu sahaja, majlis pernikahan dan persandingan mereka di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, juga mendapat tajaan beberapa pihak seperti pelamin dan pakaian pengantin. Kos keseluruhan penajaan untuk kedua-dua majlis sebanyak RM12,050,000.Akui Memey, dia memang mengimpikan sebuah majlis yang besar dan indah kerana itu, selain mendapat penajaan, dia juga mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak RM50,000.“Memang secara jujur saya mengaku yang saya inginkan sebuah majlis yang besar, meriah dan terbaik. Sebab itu saya berehat daripada berlakon selama sebulan sebelum majlis perkahwinan sehingga demam-demam membuat persiapan.“Bukan tidak boleh buat secara kecil-kecilan, tetapi saya fikir jumlah tetamu yang datang termasuk pihak media, jadi saya ingin sebuah majlis yang terbaik yang boleh dikenang oleh saya dan juga tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan majlis perkahwinan saya,” katanya.Memey menjelaskan, dia bersyukur kerana dilimpahi oleh banyak penaja yang sudi untuk menaja majlis perkahwinannya kerana mengikut perancangan asal penajaan tidak termasuk dalam agendanya.“Mula-mula rancang majlis, tajaan tidak termasuk dalam agenda tetapi dalam masa perancangan, banyak pula yang menawarkan tajaan.
“Bagi saya tidak salah, saya boleh jimat duit dan dalam masa yang sama pihak penaja dapat promosikan produk mereka, situasi menang-menang.“Dilabel antara perkahwinan mewah, saya tidak berbangga diri, cuma bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis bersejarah saya,” ujarnya.Salah satu busana pengantin Memey yang direka oleh pereka tersohor dunia, Vera Wang turut dipamerkan di Muzium Negara.
Fantasi perkahwinan Nabil
SELAIN Memey, majlis perkahwinan pelakon dan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad, 29, dan pasangannya seorang bekas pramugari, Nazirah Ayub, 24, juga menarik perhatian dengan konsep Fantasi Wonderland yang berlangsung di I-City, Shah Alam, Selangor.
Pasangan yang bernikah pada 30 September tahun lalu itu melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City Shah Alam dengan dibanjiri lebih kurang 7,000 tetamu melebihi jangkaan awal sebanyak 5,000 tetamu sahaja.
“Niat saya bukan mahu jadikan majlis perkahwinan saya sebagai Wedding Of The Year, tetapi saya inginkan kelainan untuk kenangan diri sendiri.
“Saya memang suka taman permainan, isteri saya mahu konsep dalam taman tetapi saya rasa sudah ramai orang buat konsep yang sama. Warna-warni dan ceria lebih dekat dengan jiwa saya,” ujarnya yang kini muncul dengan filem Bujang Terlajak bersama Johan dan Apek.
Sama seperti selebriti lain, Nabil juga tidak ketinggalan ditawarkan penajaan untuk majlis perkahwinannya tetapi tidaklah sampai jutaan ringgit.
Kos keseluruhan majlisnya yang dirancang selama empat bulan itu menelan belanja sebanyak RM177,000 dan kos penajaan hanya separuh daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM88,500, manakala selebihnya menggunakan wang Nabil sendiri.
“Mula-mula rancang saya mahu jemput 500 ke 800 orang sahaja yang dekat dengan saya sebab saya sedar yang saya bukannya asal anak orang kaya, jadi majlis perkahwinan tidak perlulah besar-besaran.
“Selepas jumpa perancang majlis perkahwinan, saya rasa apa salahnya tambah sedikit duit lagi untuk nampak cantik dan lain daripada yang lain.
“Sebab itu kami pilih I-City, rasanya belum pernah orang buat majlis kahwin di sana. Tempat terbuka, senang orang nak datang termasuk peminat yang datang mahu bergambar. Tidak sangka pula yang datang melebihi ramalan, seramai 7,000 orang, apa makanan yang ada saya hidangkan sahaja, maaf jika ada yang tidak sempat makan,” tuturnya yang inginkan anak secepat mungkin.
Majlis kahwin Ezlynn RM15 juta
SATU lagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan penuh mewah adalah penyanyi Ezlynn, 31, dan suaminya yang juga pengurus peribadinya Adam Fahmy Shamsudin, 36.Majlis pernikahan yang berlangsung pada tanggal 20 November tahun lepas di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu sahaja sudah cukup mewah dan umpama majlis resepsi.Kemudian pada 11 Januari lalu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi bernilai RM12 juta di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur tajaan Rafflesia.Tanggal 20 Januari iaitu esok, pasangan ini sekali lagi diraikan dalam sebuah resepsi di Dewan Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan kos keseluruhan untuk ketiga-tiga majlis mencecah RM15 juta dan mereka hanya mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM20,000 sahaja.“Semua majlis ada tajaan, saya rasa bersyukur sangat sebab bila ada penaja saya tidak membazir. Saya bantu promosi produk, saya pun dapat kelebihan dengan dapat sebuah majlis yang eksklusif.“Saya tidaklah mahu bertanding perkahwinan siapa paling besar dan mewah dengan selebriti lain. Sudah rezeki datang ketika perancangan majlis dibuat saya terima sahajalah.“Kalau ikutkan saya mahu buat kecil-kecilan sahaja. Saya tidak mahu kerana buat majlis perkahwinan yang besar, saya berhutang, ada penaja, saya lebih jimat,” katanya yang menyarungkan kasut tajaan pelakon Neelofa yang merupakan pereka kasut tersebut pada majlis resepsinya yang pertama itu.

1 ulasan:

remyhazza berkata...

dah rezeki mereka.....
nak kahwin mewah... jadilah retis !

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...