NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 2 November 2012

BR1M BUAT KALI KEDUA

♥ jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua,

♥ dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

♥Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

♥Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

♥Berkeluarga.
Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon.Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.Isi borang yang disediakan.Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

♥Bantuan RM250
Individu bujang
Bukan pelajar IPT
Berpendapatan bawah RM2,000 sebulanIsi borang yang disediakan.Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji
(bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

♥Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0
(kali pertama yang lepas)
Tidak perlu memohon lagi.Tunggu dapat duit sahaja.

♥Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.
“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.

♥Borang BR1M Online
Borang 2.0 boleh didapatkan dilaman
 http://www.treasury.gov.my
 pada hujung bulan oktober 2012.

♥Borang boleh diisi secara online di 
https://ebr1m.hasil.gov.my/Borang BR1M 2.0 Secara Manual
Boleh didapati di Kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara atau muat turun di 
http://www.hasil.gov.my.


2 ulasan:

Unknown berkata...

tak layak jugak....hu3.... bila ler najib nak kasi pada semua rakyat malaysia nie...... kiteorg pun pi ngundi jugak.......

Unknown berkata...

tak layak jugak....hu3.... bila ler najib nak kasi pada semua rakyat malaysia nie...... kiteorg pun pi ngundi jugak.......

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...