NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 19 Oktober 2012

KONFLIK DI TEMPAT KERJA


Konflik
 Konflik merupakan suatu elemen dalam 
kehidupan manusia sama ada di tempat 
kerja atau di luar tempat kerja. 
 Ianya tercetus disebabkan seseorang itu 
mempunyai kemahuan dan pengharapan 
yang sering bercanggah dengan 
kemahuan dan pengharapan orang lain 
samada majikan, rakan sekerja, keluarga 
sendiri atau individu lain yang perlu 
berurus dengannya.


Konflik Antara Manusia 
(Interpersonal)
 Konflik antara manusia berlaku di mana-mana 
sahaja terutamanya di tempat kerja. 
 Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan 
pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan 
sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya 
konflik ini.  
 Berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia 
terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi 
dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat 
yang sama tetapi berlainan peranan, 
tanggungjawab dan keperluan.  


4 Jenis Isu Pencetus Konflik
Terdapat 4 jenis isu menyebabkan 
tercetusnya konflik antara manusia.
 Tidak setuju dengan maklumat/tujuan
 Tidak setuju dengan cara melakukan 
tugas
 Tidak setuju dengan suatu 
keterangan/fakta
 Tidak setuju dengan nilai (benar/salah) 


Petunjuk Konflik 
 Sikap tidak bekerjasama
 Percanggahan personaliti
 Perbezaan matlamat
 Matlamat yang tidak cukup penjelasannya
 Kemahiran berbincang secara terbuka
 Rendah kemahiran mendengar
 Penggunaan bahasa yang rendah
 Peranan yang bersesuaian
 Mengabai perintah
 Kurang keterbukaan
 Kurang kerjasama
 Perbezaan pendapat tentang cara kerja
 Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian
 Kekurangan maklumat berguna



1 ulasan:

Unknown berkata...

konflik ada dimana2...... dan kita tak boleh lari dari nya.....

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...