NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 23 September 2012

RAHSIA INSAN CEMERLANG

Tips rahsia menjadi insan

yang cemerlang datangnya dari akal dengan jiwa yang mantop!!!
Alhamdulillah perkongsian yang berbentuk motivasi hari ini semoga ianya bermanfaat untuk anda dan diri Cikmala sendiri. Insyallah. Rahsia menjadi insan cemerlang ini di inspirasikan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Cikmala pernah dengar banyak kali di tv ataupun di radio.

Adab dalam makan dan minum.
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa insyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki.
♥sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyallah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
♥Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam, ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
♥Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
♥Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib. Ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Adab di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit). Boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri. Ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar

Adab dalam mendidik anak.
♥antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan. Sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, iaitu perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
♥Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange. Sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.Tatacara didik diri sendiri
♥Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut. Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
♥Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif, emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia:-
BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

2 ulasan:

Nens Collection berkata...

time kasih buat n3 ni..saling mengingati..dulu2 nens slalu sembelit pakai tandas duduk, skang lebih selesa tandas camgkung..ikut sunnah nabi..sume okey..alhamdulillah

Remy hazza berkata...

jagalah adab dimana kita berada....

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...