NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 17 September 2012

INFO TENTANG E-PJJ

haiiiii...
entry Cikmala semalam mengenai borang2 yg Cikmala nak kena antar.entry ari nie plak pasal info e-PJJ nie pulak.yg tahu buat2 ler dop tau.hahahhaha.....Cikmala yg sebenarnya baru nal amik tau..ngeeeee

Info
♥kelebihan e-PJJ di UiTM
Bagi mereka yang sedang bekerja.
♥yuran pengajian yang murah berbanding dengan IPTA/IPTS yang lain.
♥pembelajaran Maya
♥penggunaan teknologi dalam pendidikan
♥Khidmat bantuan sokongan
♥nota serta rujukan latihan yang berkualiti
♥kadar yuran yang murah dan berpatutan
♥bantuan pembelajaran dari pelbagai sumber
♥pelbagai kaedah pembelajaran 

Seminar
Seminar akan diadakan lima (5) kali setiap semester melalui interkasi dua hala bergantung kepada jadual seminar yang ditetapkan. Seminar berlangsung pada hari Ahad bermula dari 8.30 pagi sehingga 6.15 petang.

Kelas Maya e-PJJ
Kursus dibawah program e-PJJ turut berlangsung menerusi kelas maya. Kelas ini boleh diikuti menerusi talian jalur lebar walau dimana sahaja anda berada.
Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:Maklumat terkini berkenaan kursus dan program.Pengumuman penting dari koordinator program.Perbincangan bersama pensyarah dan sahabat.Pertukaran idea serta debat isu akademik.Pertanyaan soalan, penerangan dan maklumbalas dari pensyarah.Akses, baca, cetak serta muat turun nota yang dikemaskini pensyarah dari masa ke semasa. 

Permohonan Dan Kemasukan
Pengambilan pelajar baru untuk semua kursus diadakan 2 kali setahun:Pra Diploma / Diploma (Mei Dan November)Ijazah Sarjana Muda (Mac dan September)Bayaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Permohonan bolehlan dibuat menerusi sesawang http://ined.uitm.edu.my.Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil Malaysia University English Test (MUET). 

Jangkamasa Pembelajaran
Pra Diploma - 1 SemesterDiploma/Ijazah Sarjana Muda - 4-8 Tahun 

Bayaran Yuran
Yuran PengajianPra/ Diploma - RM90 per jam kredit
Ijazah Sarjana Muda - RM100 per jam kredit

Yuran Aktiviti
Pra/Diploma - RM25 per semesterIjazah - RM50 per semester

Yuran Lain-Lain
Semester Satu (1) - RM109 per semesterSemester berikutnya - RM46 per semester

3 ulasan:

Nens Collection berkata...

selamat sambung pelajaran ye..;)

Remy hazza berkata...

thanks for info.....
tgh berfikir2 . bila nak buat pjj nie....

Zura Tamin berkata...

ukhhh ...ambil pra/diploma ke sambung ijazah. saya insyaallah nak sambung diploma bln Nov ni.. kalau dapat lahh.. kalau free leh lawat blog saya ;) http://zzqil.blogspot.com

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...