NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 7 Ogos 2012

SAMBAL IKAN BILIS DGN KENTANG

Haiii....
camne pose korunk ari nie.
Cikmala steady lagi
walaupon makan MAGGI TOMYAM je sahur.
padahal dalam ati nop melantak nasi..
hahahhaha.....
bulan2 pose nie mula la...
hati ngan perut nie ngada2 mintak yg bukan2
teringin pulak nak makan 
SAMBAL IKAN BILIS with KENTANG
peberet kami laki bini..
seminggu makan takpe lagi...
senang je nak buat nie.
jom Cikmala ajar
(walaupon korunk dah tau buat sendiri tak payah tengok resepi)
sangat sedap di makan dengan NASI LEMBIK n PANAS gler2
Cikmala sgt teringn nak letak PETAI
tapi pakwe Cikmala tak makan.
jadi kena la meroyan senyap2 je
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap toskan dan perah airnya
1 biji bawang besar
1 camca besar bawang goreng
2 camca besar jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa ( Cikmala gedix sgt nak letak CUKUP RASA)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Kentang dikupas, belah 2 dan hiris sederhana tebal kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ikan bilis digoreng hingga garing, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkn cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan bawang besar dan masak sekejap. Tambah kentang, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

1 ulasan:

Unknown berkata...

senang nyer...remy pun feberet... cuma tadi baru masak sup daging cicah ngan air assam..... utk bersahur,,,,tertiba gatei nk masak hari nie....

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...