NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 22 Jun 2012

NAK CERITA PONG MALAS

Haiiii
Cikmala nak cter pasal MALAS
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung 
di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
 Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. 
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, 
katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

2 ulasan:

Remy hazza berkata...

nak komen pun malas....he3.....

syiela berkata...

hahhaha..mmmg amat mls budak ni

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...