NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 16 Mei 2012

TIDAK KIRA SEBURUK APA PUN KESALAHANNYA

Haiiiii.........
takut plak rasa
bila baca HATI ORG JAHIL BERADA DI MULUT nie
hakikatnya, islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kira seburuk apa pun kesalahannya.
ia terkandung dalam AL-QURAN melalui perintah ALLAH S.W.T kepada NABI MUSA dan NABI HARUN untuk berkata lembut kepada FIRAUN seperti mana FIRMAN-NYA dalam surah TAHA ayat 44 yg bermaksud DENGAN KATA-KATA YANG LEMAH LEMBUT, MUDAH-MUDAHAN IA INGAT DAN TAKUT
jika dengan FIRAUN pun ALLAH perintahkan PARA NABI bercakap lemah lembut,apatah lagi kita sesama islam.ertinya ALLAH tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
percakapan org yg berakal bermula dari hati nuraninya. Maka ketika berbicara,terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya.
apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka hendaklah dia tidak melafazkannya.
sesungguhnya hati orang yg jahil berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan tanpa mengkaji terlebih dahulu kesan yg mendatang.
justeru jadikanlah FIRMAN ALLAH SWT sebagai pegangan, maksudnya DAN HENDAKLAH ADA DI ANTARA KAMU SEGOLONGAN UMAT YANG MENGAJAK KEBAJIKAN DAN MENYURUH KEPADA MAKRUF DAN MENCEGAH DARIPADA KEMUNGKARAN DAN MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG (Ali-IMRAn :104)

DAN JANGAN LAH KAMU SEPERTI ORANG-ORANG YG BERCERAI BERAI DAN BERSELISIH SESUDAH DATANG KETERANGAN YG JELAS KPD MEREKA DAN MEREKA ITULAH ORG-ORG YG AKAN MENDAPAT AZAB YG BERAT (ALI IMRAN: 105)

oleh itu, dalam apa juga yg kita lakukan berkaitan dengan LIDAH yg melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia TEGURAN,PUJIAN, KENYATAAN ATAU BERHUJAH.

P/S : ini kerana, setiap apa yg diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan

1 ulasan:

Unknown berkata...

berfikir dulu sebelum bersuara.....
kata2 adalah doa......

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...