Haiiii.....
semalam Cikmala miss tengok SUPER SPONTAN
layan PHIRANA punya pasal
sampai terlupa nak tengok my peberet KOMEDI
yeaa.......Cikmala suka bukan apa
ari nie ada siaran ulangan
korunk tengok ke!!!
Minggu kedua program Super Spontan terus mendapat sambutan hangat
apabila kumpulan Beruang Comel berjaya menebus kekalahan minggu lalu
dan muncul sebagai pemenang pada minggu ini.
Diketuai oleh
Reza Zainal sebagai pengurus pasukan,
Beruang Comel yang dianggotai oleh
Johan,
Ropie,
Sathiya,
Cat Farish,
Bell Ngasri,
Shahrul Shiro
dan Yasmin Hani
berjaya menampilkan persembahan menarik menerusi sketsa-sketsa yang dipertandingkan.
Dengan kemenangan ini, Beruang Comel berjaya memenangi cek bernilai RM5000 yang disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN).
Bagaimanapun di awal rancangan, telah diumumkan peserta yang sepatutnya tersingkir dari Beruang Comel akibat kekalahan mereka minggu lalu adalah Shahrul Shiro yang diundi rakan-rakan sepasukannya untuk disingkirkan.Namun, hos Super Spontan iaitu Adibah Noor telah mengumumkan tiada penyingkiran yang berlaku justeru Shahrul telah diserap balik ke dalam kumpulan Beruang Comel.
Sementara itu, kumpulan yang tewas iaitu Angsa Ganas yang diketuai oleh Rashid Salleh terpaksa memilih seorang dari rakan-rakan mereka untuk disingkirkan. Ini bermakna sama ada Nana, Zahid, Tauke, Zizan, Rahim, Rizman dan Suhaimi mungkin terpaksa meninggalkan pentas Super Spontan pada minggu hadapan.
Lima sketsa yang dipertandingkan pada minggu ini ialah
Ayat Penyata
di mana seorang wakil dari setiap kumpulan harus membalas ayat penyata juga dengan ayat penyata dan sekiranya mereka membalas dengan soalan, mereka harus keluar dan digantikan ahli kumpulan lain.
sketsa berabjad
di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan mereka harus memulakan ayat mengikut susunan abjad.
Ciptaan
dua orang wakil dari setiap kumpulan akan diberikan sejenis peralatan dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.
Duduk, Bongkok dan Berdiri
paling kelakar CIKMALA rasa dan mencabar di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan seorang dari mereka harus duduk, seorang membongkokan diri dan seorang lagi berdiri. Mereka boleh berubah-ubah posisi namun keadaan setiap seorang dari mereka harus mempunyai posisi berbeza.
Jamuan Teh Cik Kiah dan Cik Eton
di mana seorang ahli harus meneka siapakah watak yang dilakonkan oleh dua lagi
anggota kumpulan mereka dalam satu sketsa.
P/S :Pengulas untuk Super Spontan kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak.
1 ulasan:
Tengok juga episod pertama.....
tercari2 jugak kat mana keistimewaan program nie.....
masih tak jumpa......hu hu hu
Catat Ulasan