NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 11 April 2012

KORUNK ANAK KESAYANGAN TAK?

Haiiii....
korunk anak kesayangan mak ngan bapak korunk erk..
hah!!!
tak tahu camne.. :-)
k3...Cikmala takmau cakap byk la
baca je la karangan yg panjang lebar kat bawah tue...:-)
1. anak mempunyai rupa yang seiras ibu bapa.
 anak yang mempunyai rupa seiras ni akan kuat bergaduh dan berbeza pendapat tapi akan disayangi. Contohnya jika anak seiras dengan ibu, mereka akan kerap bergaduh dan berbeza pendapat, tapi anak itu akan menjadi anak yang paling rapat dengan mak. Cikmala tak pernah gaduh dengan mak, ada iras-iras mak ke muka Cikmala ni? he..
2. 95% ibu bapa ada sifat pilih kasih.
Menurut satu kajian yang telah dilakukan, 95% ibu bapa memang ada sifat pilih kasih terhadap anak mereka.  sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun ada ada anak kesayangan, umum sudah mengetahui junjungan baginda rasulullah menyayangi anaknya Fatimah. So, dalam 5 orang anak anda tu, pastinya akan ada sorang yang menjadi anak kesayangan. Biasanya yang bongsu, tapi munkin ada juga yang bukan bongsu. Adakah anda anak kesayangan ibu/ayah.
3. Memberi penjelasan.
Ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak yang lain kenapa dia lebih sayang anak itu lebih dari adik beradik yang lain.  contoh, mak munkin lebih sayang si abang, sebab masa kecik dulu abang ada penyakit yang hampir membawa maut, alhamdulillah dah sihat. Perkara itu perlu dijelaskan supaya adik beradik lain faham dan mengerti.


4. Bayi dalam kandungan
Menurut satu kajian lagi, bayi dalam kandungan ibu sebenarnya boleh merasai sama ada ibunya menyayanginya atau tidak. Semasa ibu hamil, emosi ibu akan dapat dirasai oleh bayi dalam kandungan. Contohnya, ibu yang sedang hamil terlalu menginginkan anak perempuan, sebab askar komando dah berderet kat rumah, tapi dalam kandungannya anak lelaki. Bayi tersebut boleh merasai yang dirinya tidak berapa disayangi.
5. Ibu bapa perlu berdoa.
 ramai ibu bapa yang tidak melakukan ini. Bukan sahaja berdoa diberikan anak yang baik dan soleh/solehah. Ibu bapa juga perlu berdoa memohon kepada-Nya supaya diri ini menjadi ibu bapa yang adil kepada semua anak-anaknya.
6. Anak nombor 2
Ini biasa berlaku, anak no.2 rasa macam kurang kasih sayang dan kurang perhatian. perkara ini terjadi munkin kerana, ibu atau ayah dan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada anak pertama. Dari sudut positifnya, anak ini akan cuba menjadi yang terbaik diantara adik beradiknya. Mereka akan melakukan sesuatu yang lebih baik dan berjaya untuk membuktikan kepada ibu bapanya, walaupun kurang perhatian, dia juga boleh berjaya. Contoh yang diberikan ialah Steve Jobs. Semua orang kenal dia kan. Ikon dunia teknologi. Lagenda sepanjang zaman.
Itu je rasanya yang aku dapat kongsikan.
Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menjadikan diri kita ibu bapa yang lebih baik. 
walaupon Cikmala belum mempunyai zuriat pong...hehehhe
Insyallah

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...