Rasanya mungkin Anda pernah terlihat perkara buruk berlaku pada orang baik, sikapnya baik, perilakunya baik, pergaulannya baik. Namun orang baik itu selalu ditimpa perkara buruk.
Minda separa sedar Anda menarik perkara serupa dengan perkara yang kerap Anda fikirkan. Apa yang Anda bayangkan selalu, itulah yang akan dimunculkan dalam hidup Anda lalu ia terzahir di persekitaran Anda.
Perkara buruk berlaku kepada orang baik kerana di fikiran orang baik itu wujud perkara-perkara buruk yang diingat berulang-ulang banyak kali.
Tingkah laku mereka baik tapi di fikiran, selalu memikiran perkara-perkara buruk, sikap buruk orang lain yang mereka tidak sukai, perbuatan buruk rakan-rakan sekeliling yang mereka rasa kurang senang, memikir situasi-situasi buruk yang berlaku di sekeliling dunia terlihat dari media seperti berita dan internet.
Semua itu tidak pernah dicakap, diluah, sebaliknya bermain di minda orang-orang baik ini. Maka lama kelamaan perkara-perkara buruk muncul satu-persatu dalam hidup mereka.
Semua ini berlaku dengan izin Allah swt, sebab fikiran kita umpama doa. Lebih banyak Anda berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa banyak kali supaya apa yang difikirkan itu dimuncukkan menjadi realiti dalam hidup Anda.
Kata-kata di fikiran bertindak menjadi doa senyap yang dipanjatkan ke hadrat illahi, inilah doa yang tidak pernah terucap tapi asyik dipinta tanpa sedar.
Perkara baik boleh terjadi para orang bersikap buruk simply sebab di dalam fikiran, mereka selalu memikir yang baik-baik iaitu perkara berkaitan dua hal – cinta (love) dan keseronokan (Enjoy). Orang bersikap buruk ini seakan bertuah sebab asyik mendapat perkara yang menggembirakan mereka.
Perkara baik boleh terjadi pada orang bersikap baik jika dia terus menerus berfikir yang baik-baik iaitu dengan mengingat perbuatan baik orang lain yang dilakukan pada mereka, mengingat peristiwa-peristiwa menggembirakan serta merasa seronok menjalani hidup – rasa bahagia.
Paling penting, elak mengomplen dan memberi komen buruk. Sebaliknya, tanamkan sikap suka mengagumi dan menghargai.
Bila Anda gembira, semua perkara jadi senang dan beribu perkara baik muncul satu-persatu dalam hidup Anda di dalam berbagai aspek – perhubungan, kerjaya, kewangan, ibadah. Anda merasa terdorong untuk menjadi lebih baik simply sebab Anda merasa bahagia, ada cinta, ada keseronokan.
Misi Anda hari ini adalah untuk mengekalkan rasa gembira dan bahagia di dalam hati juga di fikiran. Lakukanlah apa jua cara halal untuk kekalkannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan