Haaiiiii....
apa sikit punya panjang tajuk entry daaaa
entry lagi minah nie
lepas je Cikmala mandi siap2 letak bedak kat muka macam tepong gomak
PAKWE Cikmala kata tengok nie
(sambil tunjuk laptop yg kitorunk pinjam dari abah dye)
alamak,,, ada nama dye rupanya kat FB ada org tag
mudah2an tak jd mcm tue..
Seseorang yang
selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Sebab selalunya
kalau kita dah rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita.
Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita
untuk menyembahnya.
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai
orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan
waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka
diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut
mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan
sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi
pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam
tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)- Sumber
Seksaan Bagi Oyang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan
Meninggalkan Solat : Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di
dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa
di dalam kubur ialah :
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin
sehingga berselisih tulang-tulang dada.
Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan
membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul
Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau
kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari,
kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan
seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat
Fardhu :
• Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
• Set jam waktu solat kek alarm clock pada
handphone anda.
• Tampalkan poster poster berkaitan dosa
meninggalkan solat pada dinding bilik.
• Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter,
dan chatting dan terus tunaikan solat.
• Ingatlah bahawa Syaitan tu sentiasa berusaha
untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat
nanti.
• Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat
diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI!!!
IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...
2 ulasan:
thanks bagi ilmu nie.....
moga jadi panduan pada semua termasuklah remy.....
termasuk la saya juga :-)
Catat Ulasan