NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 25 April 2012

Argggggg, JERAWAT


Haiiiii....
arggggggggggg
jerawaaaat.......
tak suka..tak suka..tak suka...
jerawat dah rupa ruam tumbuh kat dagu belah kiri
Cikmala rasa Cikmala makan MEE KARI RUMAH KAK SEBELAH YANG ADA UDANG
(BETUL3...CIKMALA TAK PERASAN LASUNG ADA UDANG)
Memang Cikmala sendiri faham hati, jiwa dan perasaan anda yang sedang mengalami masalah jerawat tak kira jerawat di wajah atau di bahagian badan.Hidup ini rasa macam ‘gelap-gelita' dan suram.
Hari-hari mendatang terpaksa ditempuhi dengan hati yang berat dan langsung tiada keceriaan dalam hidup. Nak tak nak, anda terpaksa teruskan juga kehidupan dengan penuh tabah dan kesabaran.
Cikmala benar-benar faham, kerana Cikmala sendiri telah  mengalami masalah jerawat seperti anda.
Tentunya anda dan Cikmala sendiri yang sedang mengalami masalah jerawat khususnya di bahagian wajah inginkan kehidupan lebih baik seperti:
 
Memiliki wajah bersih, licin dan cantik bebas daripada jerawat serta parut agar diri anda akan lebih yakin ketika berhadapan dengan orang lain.

Tidak perlu berasa malu untuk keluar berjalan-jalan dan bertemu rakan-rakan oleh kerana wajah anda sudah bebas daripada sebarang masalah jerawat dan jeragat.

Motivasi anda akan terus meningkat tinggi dan mampu memberi prestasi terbaik di pejabat. Terutama sekali ketika anda bermesyuarat di pejabat, anda lebih yakin dengan wajah yang menawan.
Rakan-rakan anda atau pasangan anda akan tak jemu-jemu memuji wajah anda yang cantik kerana anda tidak ada masalah jerawat lagi.


Atau untuk anda yang masih mencari-cari teman hidup, anda akan lebih yakin untuk mendekati atau didekati sesiapa pun. Mana tahu orang yang anda minat tu bakal menjadi teman hidup anda yang boleh membahagiakan hidup anda suatu hari nanti. InsyaAllah saya doakan.
 

Tapi anda sedar semua impian itu bukan semudah yang disangka untuk menjadi suatu kenyataan dengan masalah jerawat yang melanda diri anda kini.
Jikalau jerawat yang kian teruk dan serius itu anda biarkan, nasib anda akan bertambah-tambah tidak seperti yang anda inginkan …
Memang Buruk Padahnya Jika Terus Biarkan Wajah Anda Berjerawat
Ramai yang berpendapat, jerawat ialah sesuatu yang biasa.
Kenyataan ini adalah salah sebenarnya!
Jerawat adalah sesuatu yang tidak normal sebenarnya. Jika anda mengalaminya, anda perlu bertindak dengan cepat supaya kesan buruknya dan komplikasinya tidak akan bertambah melarat.
Satu lagi anggapan yang salah ialah, jerawat sering dikaitkan dengan resdung. Jerawat dan resdung adalah 2 jenis penyakit yang berbeza sebenarnya.Tiada kait-mengait.
Jika anda terus berdiam diri tanpa sebarang nasihat yang profesional, banyak kesan buruknya.
Kesan-kesan buruk jika masalah jerawat anda dibiarkan begitu sahaja adalah seperti:
 

Wajah anda kelak akan dipenuhi dengan parut (scar) berbentuk lubang, bintik hitam dan berbenjol-benjol. Jangan terkejut jika ada ‘suara-suara sumbang’ yang menggelarkan muka anda seperti kawah di permukaan bulan!
Berasa malu untuk bertentang mata lebih lama dengan orang lain.
Rasa rendah diri untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius bersama orang lain berlawanan jantina.
Kurang keyakinan untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan baru. Anda dianggap bagaikan ‘anti-social’.



Masa depan dalam bidang kerjaya akan kurang cerah. Anda sedar, kebanyakan pekerjaan pada masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai penampilan yang menawan. Memang ini suatu realiti, jangan anda terkejut jika ada majikan yang ‘pilih kasih’ untuk memberi peluang lebih cerah kepada mereka yang memiliki wajah yang cantik dan bersih berbanding yang kurang menarik. Inilah hakikatnya.

Jika anda masih mencari pekerjaan, lebih sukar untuk ‘memikat’ hati penemuduga untuk mengambil anda bekerja oleh kerana wajah anda yang kurang menawan (akibat dipenuhi dengan jerawat).

Anda akan mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat wajah yang tidak secantik rakan-rakan anda yang lain. Kadang-kala anda rasa sangat cemburu, dan berkata dalam hati, “Kenapa lah nasib aku macam ni.”

1 ulasan:

Unknown berkata...

berjerawat biler gatai jer..... he3...

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...