Artikel kali ini mengenai salah satu spesis buah nadir yang masih terdapat di Malaysia yang dikenali dengan nama Labu Kayu.Mendengar namanya sahaja sudah tentu membuat anda tertanya-tanya kenapa ia digelar labu kayu. Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!
Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga.
1 ulasan:
mana gambar buah labunye kak nk tgok he3 sama ke cam labu yang buat sayur tu ;)
Catat Ulasan