NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Rabu, 7 Disember 2011

HUKUM SOLAT BAGI PEREMPUAN

Hukum Solat Berbogel

Ade yang bagitau solat yang menampakkan tubuh badan di bolehkn jika kita bersolat sendirian atau tiada yang bukan muhrim..atau di dalam gelap
maksud saya pakai baju solat terutama wanita tapi tanpa pakaian lapis di dalam..(tidak berpakaian)
baju solat tersebut adalah jarang dan menampakkan tubuh badan..

Tolong jelaskan...
ii. Aurat Dalam SembahyangMenutup aurat termasuk salah satu daripada syarat-syarat sah sembahyang walaupun seseorang itu bersembahyang di dalam gelap. Aurat perempuan yang wajib ditutup di dalam sembahyang adalah berbeza dengan aurat lelaki. Dalam mazhab Syafi‘e aurat perempuan di dalam sembahyang ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan.Di dalam kitab I‘anah ath-Thalibin, al-‘Allamah as- Sayyid al-Bakri Rahimahullah ada menyebutkan bahawa aurat bagi perempuan itu ada empat:a) Ketika bersama lelaki asing (ajnabi), auratnya ialah keseluruhan badan.b) Ketika bersama mahram atau bersendirian, auratnya ialah antara pusat dengan lutut.c) Ketika bersama perempuan kafir, auratnya ialah seluruh tubuh badan kecuali apayang zahir daripada anggota tubuhnya ketika melakukan pekerjaan.d) Ketika sembahyang, auratnya ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan.Apa yang dimaksudkan dengan kedua tapak tangan itu termasuklah yang zhahir (belakang tapak tangan) dan yang bathin (perut tapak tangan) dari hujung jari sehinggalah pergelangan tangan.Manakala maksud kawasan muka, batasnya secara memanjang ialah dari permulaan permukaan dahi hingga bahagian bawah dagu dan batasnya secara melintang ialah kawasan di antara dua cuping telinga.
Kebanyakan ulama Syafi‘e mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutupi seluruh anggota aurat. Adapun syarat pakaian yang dipakai untuk menutup aurat tersebut hendaklah pakaian yang boleh menghalang daripada terlihat warna kulit. Tidak memadai menutup aurat dengan pakaian yang nipis dan jarang iaitulah pakaian yang menampakkan kulit dan bayang susuk tubuh badan.Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah, adalah disunatkan bagi perempuan untuk bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada penutup kepala dan leher dari kain yang tebal, memakai baju yang labuh atau jubah yang menutup seluruh badan hingga hujung kaki serta kain tebal yang menutup pakaian tersebut.Dalam sebuah atsar yang disebutkan di dalam Sunan Abi Daud, Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha pernah ditanyakan tentang pakaian perempuan ketika sembahyang lalu beliau menjawab:Quoteتُصَلِّي في الْخِمَا ِ ر وَالدِّرْ ِ ع السَّاِب ِ غ الذي يُغَيِّبُ ُ ظهُورَ َقدَمَيْهَا

Maksudnya: “Seorang perempuan bersembahyang dengan memakai kain tutup kepala dan pakaian panjang yang dapat menutup kedua tapak kakinya.”
Disunatkan juga bagi perempuan untuk menebalkan baju atau jubah yang dipakainya sehingga tidak menampakkan anggota-anggotanya dan merenggangkan kain tebal yang dipakainya di sebelah luarnya daripada badannya ketika ruku‘ dan sujud sehingga tidak menampakkan pakaiannya di sebelah dalam.

Berdasarkan keterangan di atas, maka wajib bagi seseorang itu bersembahyang dengan memakai pakaian yang benar-benar menepati apa yang telah digariskan oleh syara‘, iaitu tidak menampakkan warna kulit dan bayang susuk tubuh badan. Sebaiknya pakailah telekung yang labuh dan tebal ataupun memakai pakaian tebal di sebelah dalam jika telekung yang digunakan itu nipis atau jarang.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...