NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 21 Oktober 2011

JADILAH SUAMI YANG PRIHATIN

haiiiiii.....
kat tganu nie hujan dari pagi sampai la skang nie kul 1105 hrs@21/10/2011
CIKMALA rasa nak buat entry la.
pasal kaum adam kita nie ha......
ramai isteri mengeluh dengan sikap suami yang tidak prihatin.antara punca rajuk, suami tidak mengingati tarikh lahir @ ulantahun perkahwinan.sedangkan tarikh ini seharusnya cukup bermakna buat pasangan suami isteri.
selain itu ada juga suami yang buat endah tak endah tentang dirinya.
~ tak pernah mengucap terima kasih
~ tak pernah memberi hadiah
~ tak pernah memberi pujian atas apa yang dilakukan.
p/s : sikap prihatin sebenarnya membuatkan seseorang itu rasa dihargai dan diingati.ia juga menandakan diri amat disayangi.
oleh itu bermula lah dari hari ini, belajar untuk bersikap lebih prihatin pada isteri.walaupon mungkin anda menganggap ianya remeh tetapi percayalah dari kecillah menjadi besar.praktikkan penuh ikhlas kerana pasangan pasti bahagia dengan perubahan tersebut.
@ RINGANKAN TANGAN ANGKAT BARANG
~ ketika isteri sedang mengangkat barang, ringankan mulut anda menawarkan bantuan untuk mengangkat barang2 berat,saat ini sikap gentleman anda menyerlah.waaaaa,para suami jadi bertindaklah sekarang
P/S : nasihat nie juga untuk PAKWE cikmala, memang susah nak mengangkat barang..buat tak tahu je melenggang sampai umah.huh..G.E.R.A.M kadang2.

@ HANTAR ISTERI KE PEJABAT
~ oleh kerana sibuk menyiapkan sarapan pagi, isteri sedikit lewat untuk ke pejabat.disebabkan itu, anda perlu bertindak menawarkan bantuan.katakan anda mahu menghantarnya ke destinasi yang diinginkan.waaaaa, tentu anda dianggap "SUPER HERONYA"
P/S : CIKMALA hari2 pergi kerja sama2 naik JENTERA PINK cikmala yang lampunya dah senget benget.tak tukar2 lagi tue..

@ MASAK MASAKAN KEGEMARAN ISTERI
~ sekali sekali beri la kejutan pada si dia dengan masakan air tangan anda,lebih menarik kalau masakan tersebut makanan kegemarannya.waaa, rupanya suami yang dikenali selama ini mempunyai bakat terpendam yang cukup hebat.
P/S : CIKMALA rasa yang nie biar la dop pong...goreng telor pong sampai siling dapor jadi hitam legam je di buatnya..kelakar la.

@ BERILAH PUJIAN BIARPUN BERBAJU TDO
~ berilah pujian yang ikhlas pada isteri biarpun ketika itu dye berbaju tdo dan belum mandi..waaaaa,tambah romantika apabila pujian itu dilakukan saat anda masih berpelukkan dan berselimut di atas katil.
P/S : yang nie CIKMALA selalu terima pujian.biarpon mengkritik..CTH : bucuuuuuuk la.....CIKAMLA rasa terharu...hhahahahahahaha..anda ada ke!!!ada CIKAMALA kisah.....:-)

@ JADILAH PENDENGAR SETIA
~ sekalipon isteri tidak bekerja namun masalah tetap ada.cari masa agar anda dapat duduk bersama dan tanya mengenai masalah yang ebrmain di fikiran,usah memberi komen saat isteri menceritakan perkara yang membebankan dirinya sebalik bertindak sebagai pendengar setia.
P/S : nie bab CIKMALA paling suka, sebab CIKMALA nie suka mendengar dengan penuh perasaan.kalau tengah buat kerja pong berenti nk dengar cter punya pasal..dulu PAKWE cikmala nie pong seorang yang bukan pendengar setia....tapi skang kalau CIKMALA cter dye dengar,tapi tak berkata apa-apa..senyum tak perlu kata apa2..

@ BANTU ISTERI DALAM APA JUA KEADAAN
~ jangan memandang rendah jika isteri gagal melakukan kerjanya.sebolehnya beri tunjuk ajar dan kata perangsang supaya dia dapat melakukan kerjanya dengan lebih cemerlang di masa akan datang.
~ ~ CAN CIN CAU ~~
selamat beramal

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...