NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Sabtu, 22 Oktober 2011

AKIBAT TERLALU GHAIRAH UNTUK CANTIK

haiiiii.........
tengah PAKWE duk layan bola TGANU VS SELANGOR
CIKMALA mula rasa nak buat entry
entry kali nie, korang baca la tajuk kat atas tue....
 ghairah untuk tampil menarik menyebabkan kita @ CIKMALA sendiri kadang2 sering melakukan beberapa kesalahan kecil mencacatkan penampilan.
@ GIGI BERLIPSTIK
~ jangan rosakkan senyuman anda yang manis tue dengan kesan lipstik pada gigi anda yang putih menawan
P/S:setiap kali menyapu lipstik kemudian sapu selebihnya dengan menggunakan kertas minyak.ambil sehelai kapas muka dan sapukan ke sepanjang permukaan gigi untuk menghilangkan jejak lipstik yang melekat di bahagian tersebut.

@MATA TERLALU GELAP
~ meria mata dengan gaya SMOKEY EYE memang menjadi pilihan ketika ini..termasuk CIKMALA sendiri.tapi solekan mata yang terlalu tebal @ gelap boleh mencipta ilusi dan menyebabkan bahagian putih mata lebih kecil sekaligus menyebabkan mata sedikit sepet.
P/S :buat garis nipis pada bahagian hujung atas dan bawah bulu mata dengan menggunakan penggaris mata hitam.kemudian sapukan pembayang mata warna kelabu pada kelopak mata.dengan menggunakan berus penggaris mata, aplikasi pula pembayang mata itu di atas penggaris mata untuk mencerahkannya.ratakan warna tersebut supaya nampak sekata dan akhir sekali sapukan pembayang mata warna putih pada sudut dalam dan atas untuk membuat mata lebih cemerlang.
@ KULIT BERMINYAK
~ sinaran mata hari dan berada di bawah cuaca panas menyebabkan kulit wajah menghasilkan lebih banyak minyak.jangan gunakan bedak untuk menghilangkan minyak.
P/S : gunakan kertas minyak untuk menyerap lebihan minyak di wajah.tekap dengan lembut kertas minyak tersebut pada permukaan kulit bagi mengelakkan solekan pada wajah rosak.

@ LINGKARAN PUTIH KELILING MATA
~ kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya kesan lebam hitam pada bawah mata.
P/S : guna consealer.pastikan anda memilih  warna consealer yang tepat dan tidak berlebihan ketika menyapunya,jika tidak ia akan menyebabkan timbul lingkaran putih yang muncul di sekeliling mata.pastikan consealer tidak lebih dari satu warna dan ia setingkat lebih terang daripada bedak yang digunakan atau warna kulit anda.

~ ~ MEMBIARKAN DIRIMU DI BUAI PERASAN SAMALAH SEPERTI MEMBENARKAN DIRI DI BUAI OLEH SHAITAN KERANA IA SUKA KEPADA ORANG YANG SUKA BERKHAYAL.MENYEDARI KESALAHAN SENDIRI ADALAH LEBIH BAIK DARI MENEGUR KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN ~ ~

SELAMAT BERAMAL

1 ulasan:

awinfaizny91 berkata...

hehehhe...make up pon kdg2 comot..

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...