NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 4 September 2011

JURUKAMERA BERNAMA MAUT

haiiiii........
korang tahu tak pasal nie....
dua tiga hari rasanya baru saya sedar...
tue pong tbe2 tergerak hati nak tengok berita TV3......
cedey sungguh......

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat, sebagai wira Malaysia sebenar “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.“Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia.”Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.
Noramfaizul telah menyertai beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk membantu mereka yang amat memerlukan bantuan.Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan juga terkena tembakan dan cedera di bahu.
Jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, semalam, pernah terselamat dari nahas helikopter 13 tahun lalu apabila tempatnya digantikan dua jurukamera lain.
Dalam kejadian pada 2 Mac 1997 itu dua jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 172 milik Mofaz Air yang ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, Langkawi.
sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.
Rahman memberitahu pemberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.
Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.
Keluarga kepada Aji Saregar Mazlan, jurukamera TV3 yang cedera terkena tembakan peluru sesat di Somalia, Jumaat, bersyukur beliau selamat.
“Jantung saya bagai terhenti dan air mata mula mengalir apabila mendapat berita mengatakan Aji kena tembak,” kata ibunya Rohana Jamil, 50.
Beliau berkata mereka sekeluarga mulai risau apabila Aji Saregar, 27, tidak menelefon mereka.
Kerisauan itu menjadi kenyataan, katanya apabila beliau menerima panggilan telefon kira-kira jam 11.20 malam tadi daripada seorang kakitangan TV3 yang memaklumkan anaknya cedera terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh kumpulan pemberontak.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menguruskan perbelanjaan anak-anak Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39,“Buat masa ini kami akan membantu persekolahan anak-anaknya iaitu akan mengambil alih perbelanjaan mereka nanti, dan pihak YKN juga akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 untuk persekolahan anak-anaknya,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah keluarga Noramfaizul di sini, hari ini. Noramfaizul meninggalkan isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki — Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. – 

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...