NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Sabtu, 13 Ogos 2011

MYCINEMA - THOR


haiiiiiiiii
cter nie saya tengok ngan PAKWE kat cinema MESRA MALL KEMAMAN TERENGGANU.masa nie memang gler duk p tengok wayang.....selalu kalu tengok cter omputih nie saya tdo...tapi nie asyiiiik je nengok,,,bb best sangat
Thor adalah anak kepada Oden, Raja kepada sebuah negara bernama Asgard, Thor mempunyai seorang adik angkat yang jahat bernama Loki. Senjata Thor adalah sebuah tukul besi. Dengan tukul ni Thor boleh buat apa saja kerana tukul itu memberikan dia kekuatan luar biasa. 

Di Asgard, Thor adalah seorang anak raja yang temberang dan angkuh. Kerana sikapnya itu, Thor telah mencetuskan perkelahian. Perkelahian kemudiannya bertukar menjadi perang seperti mana sebuah perang besar satu ketika dulu yang pernah berlaku di Asgard. 

Oden, bapa Thor dan Raja kepada Asgard menghukum Thor di atas kesalahannya. Thor di buang ke bumi lalu terdampar di sebuah padang pasir di Meksiko, tempat di mana Erik Selvig (saintis wanita) membuat penyelidikan. Erik membawa Thor ke tempat rawatan, di situlah Thor berjumpa dengan Jane Foster lalu jatuh cinta pandang pertama pada Jane. 

Apabila beberapa minggu hidup di kalangan manusia, Thor belajar menjadi seorang lelaki. Tak lama kemudian, apabila mengetahui Thor berada di Bumi, musuh ketat Thor dari Asgard (adik angkatnya, Loki) menghantar makhluk-makhluk jahat ke Bumi dengan tujuan untuk menakluk Bumi dan membunuh manusia sekaligus membunuh Thor, namun kejahatan Loki di halang keras. oleh Thor yang kini berubah sikap menjadi seorang hero, bukan lagi anak raja yang angkuh dan sombong.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...