NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 10 Julai 2011

NGERI*ROGOL*KERAT*BAKAR*

haiiii......pertama sekali saya nak sedekah kan AL-FATIHAH untuk arwah,moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..:-( bila saya baca kisah nie.....sampainya hati.....


Misteri kehilangan seorang remaja perempuan sejak tiga minggu lalu di Pekan Seri Alam di sini, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram, petang kelmarin.

Polis menemui anggota badan itu kira-kira jam 5 petang di sebuah perkuburan Hindu di Masai dan ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini, dipercayai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dekat Skudai, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16.

“Ayu meminta tolong untuk memohon maaf kepada rakan sekolah dan guru selain amanat supaya jasadnya yang masih ‘gentangyangan’ (terawang-awang) disempurnakan termasuk dimandi, dikafan dan dikebumikan dengan sempurna,” kata Qomarodin Bajuri, bapa remaja yang dipercayai dirogol, dibunuh, dicincang dan dibakar, Norrahayu, 16, pada 14 Jun lalu.
Serpihan tulang, cermin mata, sebelah selipar dan gumpalan rambut serta sepit rambut Norrahayu yang juga dikenali sebagai Ayu, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu kawasan perkuburan Hindu dan ladang sawit Sungai Tiram di sini, petang Ahad lalu.

Qomarodin mendakwa Ayu menyampaikan amanatnya itu melalui mimpi selepas dia melakukan solat hajat kelmarin dan meminta petunjuk sambil reda dengan ujian menimpa dirinya sekeluarga.

“Saya reda dengan ujian Allah dan tidak berprasangka buruk dengan kejadian menimpa anak saya itu selain menerima hakikat kemungkinan Ayu dipanggil pulang oleh-Nya kerana saya tidak menjalankan tugas sebagai ayah dengan baik.

“Mungkin ‘mengambil’ Ayu lebih baik.

“Allah lebih menyanyangi dirinya saya dan keluarga reda dengan apa yang berlaku dan ini ujian kepada kami sekeluarga.

“Jadi saya dan keluarga terima ujian ini,” katanya.

Menceritakan detik kejadian itu, katanya, dia menyedari Ayu membuat 10 panggilan kepadanya pada malam kejadian, namun terkilan apabila gagal menghubungi Ayu semula. “Saya amat risau dan bertanyakan kepada rakan dan kenalan jika terlihat Ayu dan kami sekeluarga mencarinya, namun hampa.

“Teman lelaki yang menghantar Ayu ke rumah pada malam kejadian juga datang dan kami masing-masing membuat laporan polis,” katanya.

Dia bertanyakan kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu, iaitu suspek utama yang kini direman polis tetapi lelaki botak dan tinggi itu berkata, tiada apa yang berlaku.

“Namun apabila melihat suspek berjalan tempang, saya curiga kerana dia tidak datang kerja selama dua hari selepas kejadian selain memberi alasan kakinya sakit kerana terjatuh motosikal.

“Saya merujuk perkara berkenaan kepada polis dan mereka pergi ke lokasi, namun apabila melihat polis, lelaki berkenaan melompat ke dalam semak melarikan diri sebelum muncul semula selepas polis beredar,” katanya.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...