NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 24 Jun 2011

PUASA*NK*DEKAT*DAH*WE*

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?
******Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :

- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.

- Berpuasa 2 bulan berturut-turut

- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?
******Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.

Niatnya ialah :

" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?
******Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?
******Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehari puasanya secepat mungkin sebelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

5) Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
******Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.

Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.

Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim) .

6) Adakah sah puasa seseorang yang berjimak dimalam hari di bulan puasa tetapi melakukan mandi junubnya setelah terbit fajar sebelum terbitnya matahari?
******Sah puasanya, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.

"Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa

7) Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?
******Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

8) Adakah pahala puasa sunat Rejab adalah lebih baik dari hari-hari pada bulan yang lain? Bagaiman pula pada hari Isra' dan Mi'raj?
******Hari Isra' dan Mi'raj tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat tetapi oleh kerana pada hari tersebut berada dalam bulan Rejab, maka apabila berpuasa pada hari tersebut akan beroleh pahala puasa sunat Rejab.

9) Saya faham jika meninggalkan puasa pada Ramadan kita dikenakan membayar fidyah. Persoalannya apakah sukatan satu cupak itu dalam kiraan kilogram? Ini bagi memudahkan saya untuk membuat pembayaran.
******Islam adalah agama yang mudah untuk diamalkan penganutnya. Syariat fidyah ialah sebagai denda kerana lewat menunaikan tanggung jawab wajib iaitu berpuasa Ramadan. Ia lebih berunsur sosial di mana sedekah makanan kepada orang miskin akan meringankan beban orang yang tidak mampu.

Jika sukar membayar dalam cupak, ia boleh ditukar kepada gram iaitu satu cupak bersamaan 675 gram dan satu gantang bersamaan 2.7 kilogram.

Ia juga boleh dibayar dalam harga secupak iaitu harga secupak sebanyak RM1.18. Yang wajib dibayar ialah jumlah fidyah yang secukupnya. Jika berhajat membayar lebih, itu adalah sedekah yang digalakkan dalam agama

10) Bagaimanakah jika seseorang yang meninggalkan puasa ketika remajanya dan masih tidak mengqada' puasa atau membayar fidyah keatas puasa tersebut? Bagaimanakah caranya untuk mengganti puasanya?
******Jika seseorang itu ia meninggalkan puasa selama 5 tahun. Hendaklah ia mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu. Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari. Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa. Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.

11 Saya ada berhutang dengan seseorang dan belum membayar balik kepada orang yang saya berhutang, masalah sekarang saya tidak dapat mencari orang berkenaan kerana telah terputus hubungan dan saya tidak tahu dimana beliau tinggal sekarang. Apa yang perlu saya lakukan sekarang dan bagaimana saya hendak menjelaskan hutang tersebut.
******Setiap yang berhutang wajib untuk membayar dengan apa jua cara sekalipun. Walaubagaimanapun jika bayaran hutang tersebut tidak dapat dibayar oleh kerana terputus perhubungan tanpa sebarang berita, saudara boleh cuba menghubungi saudara maranya atau mengiklankan dalam akhbar tempatan atau membuat hebahan dalam tempoh yang telah ditentukan untuk mendapatkan maklumat. Jika sekiranya masih juga tidak diperolehi saudara boleh membuat sedekah di masjid dengan menggunakan wang tersebut dengan niat pahala sedekah tersebut untuk si pemberi pinjam. Semoga niat saudara untuk melaksanakan kewajipan tersebut tertunai.

12) Umur saya 35 tahun, pada masa muda saya mungkin kurang pengetahuan tentang bab-bab agama Islam, saya tinggal puasadan tidak menggantinya. Sekarang saya telah insaf dan cuba untuk menggantinya.Saya mengambil kira puasa yang saya tinggal dari umur akil baligh iaitu dari umur 15 tahun sehingga umur saya 35 tahun. Saya andaikan saya tak puasa selama sebulan. Minta pihak tuan dapat menolong saya tentang perkiraan fidyah dan ganti puasa yang perlu saya bayar/ gantikan bagi tempoh berkenaan. (15 tahun sehingga 35 tahyun= 20 tahun)
******Puasa itu tidak perlu digandakan hanya fidyahnya sahaja yang digandakan.

Fidyah yang perlu dibayar ialah 1 cupak (670 gram) sehari (nilai ringgit RM1.17 secupak)

Fidyah tersebut perlu terus dibayar kepada fakir miskin tanpa perlu menunggu habis puasa.

13) Adakah cara lain untuk seorang wanita menggantikan puasanya dengan alasan baru melahirkan anak?
******Seorang wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak atau yang sedang menyusukan anak jika wanita tersebut ingin meninggalkan puasa, maka wajib atasnya untuk menggantikan puasa tersebut. Ia terbahagi kepada dua cara iaitu

1. Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir atas kesihatan dirinya maka dia diwajibkan menggantikan puasa tersebut.
2. Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir ke atas kesihatan dirinya dan kesihatran anaknya maka wajib atasnya menggantikan puasa tersebut berserta fidiyah (satu cupak = satu hari)

14) Tunang saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Semasa hidupnya, arwah pernah memberitahu saya yang beliau selalu bernazar akan berpuasa 1 hari apabila 1 kertas peperiksaan universitinya lulus. Tetapi pada tahun ini, beliau masih belum menggantikan puasa nazarnya sebanyak 10 hari kerana berniat utk menggantikannya selepas kami mendirikan rumahtangga pada bln 9 tahun ini. Saya tidak pasti adakah 10 hari baki puasa tersebut adalah daripada niatnya pada tahun lepas atau termasuk juga pada tahun sebelumnya.

Soalannya:
1)Bagaimanakah cara untuk menggantikan puasa nazar arwah tunang saya?
****Bagi makan kepada 6 orang fakir miskin.
2)Bolehkah saya menunaikan puasa tersebut atau perlu waris yg terdekat?
****Awak dan saudaranya tidak boleh menggantikan puasa nazar tunang awak itu.

15) Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) di bulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?
******Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

16) Apakah hukum seseorang yang makan secara tidak sengaja atau terlupa ketika sedang berpuasa?
******Sah puasanya, kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...