NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Jumaat, 17 Jun 2011

ARTIS*MASUK*ASKAR*WATANIAH*

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza serta beberapa orang artis terkenal Malaysia yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Raffali, David Teo, Aizat,Mohd. Nor Don serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadhan iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi yang telah berbesar hati untuk menyertai rejimen askar wataniah. Bermula semalam, mereka telah menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik menyertai Rejimen Askar Wataniah. Penyerahan uniform itu telah pun dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.
Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam namun tarikh bermulanya sesi latihan masih belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.
Tahniah untuk semua selebriti yang menyertai rejimen askar wataniah ini, dan sememangnya mereka memang patut dipuji kerana mungkin dengan cara ini lebih ramai lagi rakyat malaysia berminat untuk menyertai rejimen askar wataniah dan berbakti kepada negara tercinta.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...