NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Isnin, 9 Mei 2011

SKETSA*

SEMOGA REZEKI SEDIKIT YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA,BUKAN REZEKI BANYAK YANG MENYENGSARAKAN ANDA.
umur anda yang berharga adalah umur yang berisi dengan kebahagian, kesenangan,keredaan,ketenangan dan kepuasan.sedangkan ketika bersikap rakus, tamak dan berasa gelisah, maka itu bukanlah termasuk bahagian umur anda yang hakiki kerana semua itu boleh mengancam kesihatan dan kebahagian anda.maka jagalah keredaan anda pada allah, puas dengan pembahagian kurnianya, beriman kepada takdirnya dan bersikap optimis dalam menghadapi masa hadapan.
jadilah seperti kupu2, ringan perawakan, indah dipandang.sedikit bergantung pada yang lain,terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan satu taman yang lain.
@ jadilah seperti lebah, makan daripada makanan yang baik dan mengelurkan hasil yang baik..apabila hinggap pada ranting,tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat,terbang membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih sayang,yang mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan malaikat yg dilangit turun ke bumi daripada alam yang kekal.

PANDANGAN SEORANG ISTERI DAN SUAMI
isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang  dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka ALLAH melihat mereka dengan penuh rahmat dan kasih sayang .

JIWA ORANG YANG BAHAGIA
orang yg bahagia itu akan selalu meluangkam masanya untuk:-
& MEMBACA kerana membaca itu sumber hikmah
& TERTAWA kerana ketawa itu muziknya jiwa
& BERFIKIR kerana berfikir itu pokok kemajuan
& BERAMAL kerana beramal itu pangkal kemajuan
& BERSENDA kerana bersenda itu akan membuatnya muda selalu
& BERIBADAT kerana beribadat itu ialah ibu untuk segala ketenangan jiwa

PELAJARI, CONTOHI DAN TELADANILAH MEREKA
WAHAI WANITA...
& pelajarilah erti kesabaran daripada Asiah( isteri firaun)
& contohilah kesetiaan daripada khadijah (isteri Rasullullah s.a.w yang pertama)
& selamilah makna kejujuran daripada Aisyah r.ha( isteri Rasulullah s.a.w yang paling muda)
& Teladanilah keteguhan hati daripada Fatimah Al-Zahra(puteri rasullullah s.a.w)

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...