NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Sabtu, 29 Januari 2011

PROGRAM SUBSIDI

haiii........
kembalinya saya pada hari ini hendak bercerita mengenai kanser payudara yang amat ditakuti oleh kaum wanita termasuk la saya sendiri.emmm,walaupun risiko wanita yang berumur 40 tahun ke bawah adalah rendah.tetapi kena la sentiasa berjaga-jaga.
Kerajaan,dalam pembentangan dasar bajet 2007,telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak rm50 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat2 mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.
Tujuan pemberian subsidi ini adalah untuk menggalakkan wanita dalam katogeri layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.
Kanser payudara merupakan kanser pembunuh utama wanita di malaysia.oleh itu,wanita berumur 40 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian saringan mamogram selain dari pemeriksaan sendiri payudara dan pemeriksaan klinikal payudara.
oleh itu saya ingin memberi nasihat,termasuk la ibu saya mak mertua saya dan semua wanita malaysia berusia 40 tahun dan keatas yang berisiko tinggi untuk melakukan ujian ini.sekiranya layak,subsidi atau ujian percuma di sediakan di klinik2 nur sejahtera LPPKN.rebutlah peluang ini demi kesejahteraan diri kerana diri kita amat berharga di sisi keluarga.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...