SOLAT SUNAT HAJAT MOHON SESUATU
Solat sunat hajat ini, ko orang boleh lakukan untuk memohon sesuatu hajat atau keiginan kepada Allah SWT..
insyaAllah..mudah-mudahan Allah perkenankan hajat dan keiginan ko orang..
Cara melakukan solat sunat hajat
Niat:
Baca Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi (3 kali) atau Surah Al-Kafirun (3 kali)
Rakaat Kedua:
Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ihklas (7 kali)
Di akhir sujud, bacalah tasbih ini dan mintalah hajat ape yang ko orang inginkan..
hajat yang ko orang mohon hendaklah dibaca di dalam hati sahaja..
kerana waktu sujud terakhir itu masih dalam keadaan kita bersolat..
سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
“Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
ok..harap dengan entry ini dapat membantu ko orang untuk memohon sesuatu kepada Allah SWT..
Sebagai renungan untuk kita bersama, hayatilah hadis di bawah ini:
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”
Solat sunat Taubat hukumnya sunat. Ia dikerjakan apabila seseorang itu telah melakukan dosa, atau merasa dia telah berbuat dosa, lantas bertaubat kepada ALLAH S.W.T. Setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T di tengah malam yang sunyi kita digalakan melakukan solat sunat tahajjud dan sbginya.
Solat Sunat Taubat
- Muhharam
- Rejab
- Syaaban
- Ramadhan
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah S.W.T- Boleh dilakukan pada bila2 masa dan sebaik2nya dilakukan pada 2/3 malam keatas (2 pagi)
- Lafaz Niat "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 Rakaat Kerana Allah S.W.T"
- Rakaat pertama disunatkan membaca doa Iftitah dan seterusnya diikuti dengan Surah dalam Al-Quran seperti Surah Al-Kafirun
- Rakaat kedua membaca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan mana2 Surah dalam Al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah S.W.T),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Dan berdoa dengan Penghulu Istiqfar :
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Marilah kita amalkan solat sunat taubat ni yer, sesungguhnya kita kadangkala tidak sedar akan dosa yang telah kita lakukan.
Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban
Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
- Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
- Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
- Membaca al-Quran.
- Membaca Tasbih. (seratus kali)
- Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
- Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat :
sesuatu).
Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
- Masa muda sebelum tiba masa tua.
- Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
- Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
- Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
- Masa hidup sebelum tiba mati.”
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”
Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.
Bagaimanakah caranya ingin mengajar suami untuk solat?
Bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati suami saya yang degil untuk mengerjakan sembahyang?
Apakah hukumnya pada isteri,kalau membiarkan suaminya tak sembahyang,walaupun isteri telah mengajaknya supaya mengerjakan sembahyang 5 waktu?
Jawapan
Cara terbaik untuk mengajar suami mengerjakan solat ialah dengan menasihati secara baik dan berhikmah tanpa putus asa supaya tidak mengabaikan sembahyang. Disamping itu, kita harus menunjukkan contoh yang baik dihadapannya agar dia merasa malu dan segan. Kita juga boleh meminta bantuan dari orang lain yang lebih dekat, rapat dan disegani oleh suami.
Berdoa dan melaksanakan solat hajat adalah cara terbaik untuk melembutkan hati suami yang degil untuk mengerjakan sembahyang.
Sekiranya puan telah menasihati dan mengajak suami supaya mengerjakan sembahyang, dia masih berdegil maka isteri tersebut tidak berdosa.
Saya ada masalah lupa terutama ketika solat. Hal ini berlaku sejak kebelakangan ini. Saya pernah terlupa sudahkah saya mengerjakan tahiyat awal. Ini membuatkan saya selalu berasa waswas mengenai solat saya. Sebagai ganti, saya mengerjakan sujud sahwi.
Baru-baru ini perkara yang sama berlaku ketika saya mengambil wuduk dan tertanya-tanya adakah saya sudah menyapu air pada bahagian kepala. Ada kala saya mengulang wuduk tetapi ada juga masanya saya terus sembahyang dengan wuduk yang ada.
Bagaimanakah saya dapat mengatasi masalah lupa dan waswas ini? Adakah sah solat saya dengan wuduk yang diragui? Saya bimbang perkara ini berlarutan.
Jawapan
Amalan ibadat mesti dilaksanakan dengan yakin. Mereka yang mengalami masalah waswas biasanya diganggu syaitan dan tidak menumpukan perhatian dalam pekerjaan yang dilakukan atau tidak fokus.
Memang sah apa yang dilakukan iaitu mengerjakan sujud sahwi bila terlupa perkara sunat dalam solat. Namun demikian penyakit waswas ini jika dibiarkan bimbang akan melarat.
Cuba amalkan membaca Bismilah dan surah an-Nas sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Ada selawat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada masalah lupa. Selain itu cuba belajar dan melatih diri untuk fokus dan penumpuan apabila melakukan sesuatu.
Amalkan juga membaca al-Quran selalu dan banyakkan berzikir supaya tidak mudah lalai dan alpa.
Apakah hukumnya mengambil air sembahyang selepas mandi dengan tidak memakai tuala atau tanpa seurat benang. Adakah sah wuduk tersebut?
Jawapan :
Wudhu' itu sah tetapi makruh mengambil wudhu' dalam keadaan tersebut.
Bolehkah seorang perempuan yang datang haid membaca ayat-ayat Al-Quran seperti ayat kursi?
Jawapan :
Sewaktu datang haid di bolehkan membaca ayat-ayat al-Quran dengan niat zikir dan dibaca di dalam hati sahaja
Adakah perlu menggunakan air mengalir untuk mandi wajib (sama ada selepas habis haid atau bersama pasangan)? Adakah boleh kita mandi daripada air yang ditakung dalam kolah kecil seperti disediakan di kebanyakan flet dan pangsapuri?
Jawapan :
Air yang digunakan untuk mandi hadas besar mestilah daripada air mutlak yang bersih dan boleh membersihkan. Air yang mengalir sudah pasti bersih dan boleh membersihkan.
Jika air yang ditakung bersih dan tidak dicelup atau terjatuh perkara yang boleh menjadikannya kotor, ia sah digunakan untuk mandi wajib.
Yang penting bukan soal bertakung atau mengalir, tetapi air itu bersih dan mutlak.
Saya banyak melakukan dosa. Tiga tahun lalu saya selalu melakukan perkara yang mengeluarkan air mani dengan sengaja dan tidak pernah mandi wajib kerana tidak tahu caranya.
Saya malu untuk bertanya kerana sudah dewasa dan baru belajar cara mandi wajib melalui buku panduan. Bagaimanapun, saya masih sangsi adakah cara yang saya lakukan itu betul.
Bolehkah Datuk terangkan cara mandi wajib yang betul? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapat keampunan Allah?
Jawapan :
Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang melakukan dosa kemudian insaf dan mahu kembali ke jalan yang diredai Allah.
Mandi bersuci daripada hadas besar sangat penting, jika tidak suci segala amalan ibadat dilakukan tidak diterima Allah.
Cara mandi hadas ialah dengan berniat terlebih dulu mandi hadas atas seluruh tubuhnya dan kemudian mandi dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh. Adalah sunnah untuk orang yang mandi mulai basuh kedua-dua pergelangan tangan tiga kali, kemudian membasuh kotoran yang ada, termasuk kemaluan. Kemudian dibasuh setiap anggota wuduk sebelum mandi seluruh tubuh.
Apakah hukumnya jika kita terlupa membayar zakat fitrah? Adakah kita masih boleh membayar di luar bulan ramadhan?
Jawapan :
Terlupa membayar zakat fitrah hingga sehingga belalu tempohnya adalah dimaafkan tetapi wajib mengqadha'nya dengan serta-merta. Jika dia melambatkan bayaran fitrah hingga lepas hari raya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa.Ibadat puasa yang dilakukannya turut terjejas sebagaimana sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : "Puasa Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi, tidak diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah". Oleh kerana kewajipan itu tidak dilaksanakan kerana benar-benar terlupa dan dia mengqadha'nya dengan serta-merta apabila teringat, maka mudah-mudahan Allah Ta'ala menerima ibadatnya itu dan tidak menjejaskan amalan baiknya yang lain.
Wajibkah pengeluaran zakat keatas barang kemas? bagaimanakah pengiraan untuk pembayaran zakat barang kemas?
Jawapan :
Barang perhiasan emas yang disimpan (tidak pernah di pakai) wajib dikeluarkan zakat. Barang perhiasan emas yang disimpan (tidak pernah di pakai) wajib dikeluarkan zakat. Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan, telah memutuskan bahawa nisab emas yang disimpan ialah sebanyak 85 gram wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Apakah hukumnya, menggantung gambar / potret sendiri di rumah?
Jawapan :
Boleh menggantung gambar tersebut kerana ia bukan benda yang berjisim seperti patung tetapi dengan syarat tidak mengagung-agungkannya atau memujanya.
Apa hukumnya sekiranya kita mendoakan balasan yang buruk kepada setiap orang yang menaburkan fitnah dan umpatan keji ke atas diri kita?
Jawapan
Tidak boleh mendoakan keburukan kepada seseorang walaupun ia menabur fitnah. Walau bagaimanapun, kita dibolehkan berdoa supaya Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya. Seseorang yang difitnah berhak membela diri dan boleh juga memberi maaf..
Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?
Jawapan:
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"
Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..


