NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Selasa, 30 Julai 2013

DAH 31 TAHUN RUPANYA

Haiiii....... pejam celik pejam celik,,,,umo cikmala dah 31 tahun rupanya...waaaaa,,,,dah tua.

♥ selamat ulangtahun ke 31 pada diri sendiri 


 bukak2 peti tengok ada kotak yg sangat kiut warna dye....sama seperti hati cikmala yang penuh ngan warna warni kehidupan ♥ 
terima kasih abang,,,,tepat jam 12 malam tadi dye orang pertama yang wish...duk depan tv kunun2 layan cter p-ramlee penuh kusyuk.....kikikikikiki,,,mcm la bini sorg nie tak tahu taktik dye.me acih ngangat♥♥♥
adik bongsu cikmala no 2 wish.masing2 lewat tido.pas2 wat2 tak tahu mende je.padahal,,,,duk tunggu detik2 jam 1200.ngeeee,,,,,



 anak umi dalam peyooooot mengidam yer.mengidam nak makan kek....♥♥♥


buat semua adik2 iparku, rakan2 di FB, di Pejabat dan di wasap n wechat,,terima kasih semua,,,moga doa2 kalian semua dimakbulkan yg maha Esa.Amiiiiiiin.......


Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Khamis, 25 Julai 2013

MALAM KE 16 RAMADHAN

Haiiii....
semalam gaji,,,,jadi ramai la yg tersenyum yer tak? tak g2 korunk semua ^_^ tak kurang la cikmala pon.senyum sampai ke telinga.balik keje singgah pasar tani beli ikan tenggiri 3 ketul...nak masak apa dop tau,,,jadi tak mikir nak beli bahan apa. cikmala masak 3 rasa dengan bahan tak cukup sifat..ngeeeeee.nak rasa pun tak boleh bulan2 puasa nie.lepas solat maghrib berjemaah,,pakwe ajak keluar tgk bazar kat tmn syahbandar...tak teraweh ke minah nie?????ngeeeeee......tak teraweh mana la jawap dye....alahai,,,,,benda sama je jual.jd takdeq apa yg cikmala beli.pakwe kata jom g minum kat OldTown.....cikmala bereskan ajeeeeeeee.........







Isnin, 22 Julai 2013

KALI KE 3 BER IFTAR DI LUAR

Haiiii.......
pagi nie baru dapat nak update blog lepas sahur. Alhamdullillah kita dah berpuasa hari ke 14.selamat 14 hari nie dah 3 kaki cikmala berbuka diluar..yang selebihnya kadang2 masak dan kadang2 beli je kat bazar.kadang2 juga berbuka ngan sahur kat pejabat.patutnya puasa makin kurus.tapi cikmala lain lak critanya.bertambah demoookkkkkksssss...sakittttt atiiiiiiii..ngeeee,,,,korunk lak camne!!!mesti dalam menambahkan amalan di bulan ramadhan nie makin slim jugak kammm...kamm...alah,,,,malu2 kucem lak dye nyeeee......heeee. alang2 malas pulak nak balik rumah,,,pakwe cikmala semayang maghrib kat giant je.lepas 2 cikmala urut kaki kat tempat org berbekam...kena la RM30.lega sikit rasa kaki nie rasa.








Isnin, 15 Julai 2013

RESEPI PERTAMA DI BULAN PUASA

Haiiiii....
selamat berbuka teman2 semua....cikmala baru lepas berbuka.se,eh lagi perut nie..adoyaiiiiii,,,cikmala tgh keje lagi.berbuka kat pejabat.kari ikan tenggiri,telor masin,sayur kacang,tembikai.seb baik masa semayang maghrib perut belom kembung lagi.dah macam snake kenyang...ngeeeee..panjang lebar plak cikmala membebel.padahal nak cerita pasal resepi pertama cikmala bulan ramadhan nie.semalam balik dr keje cikmala pegi kedai beli telor,esen vanila,susu pekat.balik lepas semayang asar,terus masuk dapur. ngeeeee....senang je resepi cikmala
campor je semua dalam blender.ngan telor ngan esen vanila ngan susu pekat....pas2 tapis letak dalam loyang...masukkan terus dalam pengukus yg comelllll yg cikmala beli ngan mak cikmala......wah,,,,sempat lagi pomot.mesti korunk dah agak kam apa resepi cikmala buat..tarraaaaa,,,,,puding gula hangus.mula2 buat jadi puding gula hancus..tgk asik nak tergelak je.pakwe cikmala sampai naik marah tgk ke puding.membazir katanya.hahahaha.....kali kedua g beli lagi bahan2.tak puas hati..akhirnya jd.walaupom hangit sikit atas.....ngeeee





Sabtu, 13 Julai 2013

MOGA DOA DITERIMA

Haiiii......
hari nie dah hari kelima kita sebagai umat islam berpuasa. Alhamdullillah,,,,5 ari cikmala berpuasa.moga amalan cikmala selama 5 ari nie berkati dan diterima ALLAH.....


Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa.
Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah.
Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam.
Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu.
Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan.
Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah
daripada segala dermawan.”

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir.
Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu.
Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan.
Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang
Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa
ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu,
dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya.
Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan,
penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu.
Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang
menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu.
Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik.  Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong  orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian.
Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan.
Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan.
Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan.
Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan.
Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai
pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan.
Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk.
Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik.
Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan.
Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha
Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan.
Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan.
Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu,
dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan.
Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka.
Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu.
Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku.
Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu.
Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga
Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan
ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu.
Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon
kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu.
Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni,
kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha
Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah,
makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan,
wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu.
Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu
serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw
dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Khamis, 11 Julai 2013

PRK N 01 KUALA BESUT

Haiiiii.......
lama tak update entry.Cikmala terlalu bz kata kam.....bz la sangat kata kau.heeeeee,,,,sempena PRK N01 Kuala Besut Cikmala keje kat gerakan IPK Terengganu....memantau pusat kawalan kontinjen...keje shift sekejap...wow,,,,release tension sekejap....ngeeeee...hari nie hari kedua umat islam berpuasa,,,,rasanya tak lambat la cik mala nak ucap selamat berpuasa kepada semua yang baca/terbaca/tengah sekodeng entry cikmala yg tak seberapa nie.




Jumaat, 5 Julai 2013

SARAPAN PAGI? ??

Haiiiii........
sarapan pagi apa hari ini????? cikmala makan mcd. Pakwe Cikmala buat balik pagi nie.lepas abes keje.semalam cikmala tanya,,,,nape bawak kereta?sebab selalu bawak motor....pakwe cikmala jawap.esok nak beli mcd....ngeeee,,,,jd semalam sebelom tdo.dah tau sarapan pagi apa esoknya.ngeeeee.......bangun tdo boleh plak,,,,,duk mikir.ari nie sabtu ke ari ahad!!!..konpius dah.wakakakkaka.....camne leh jd macam nie plak dah.besar masalah cikmala....ngeee,,,,besar la sangat.....kwang30x.
ingat nak g tengok woyam...tak jd la pulak.malas rasanya.pakwe cikmala plak tanya.nak g ke tak!!!! nak g ke tak!!! ermmmm,,,,tak payah la abg.tdo lagi baik. ^_^







JALAN2 ARI NIE

Haiiiii......
pagi td Cikmala masak nasi goreng,,,,,alamak,,,tak berapa nak jd...goreng lama sangat sampai nasi goreng jd keras..jd pakwe cikmala tak berapa nak makan....lepas abes semayang jumaat,,,,,cikmala ngan pakwe kuar la dating.round2 bandar kuala terengganu..singgah la DESA MURNI BATIK BARU DIBUKA KAT KUALA TERENGGANU NIE HA...jalan2 jap atas..wah geram tgk baju2 baby..takdeq benda yg menarik.las2 lepak dataran batu buruk.sembang2.tengok oram tue tgk oram nie......bosan









Selasa, 2 Julai 2013

SELAMAT HARI LAHIR YAYANG

Haiiii....
sebenarnya semalam lagi cikmala nak buat entry...tapi pakwe cikmala keje pagi esoknya..jadi terpaksa la tidur awal. cikmala set jam 2359hrs konon2nya nak wish betday awal la..sekali amik kau.....kul6 bangun.ngeeeee........kejut pakwe bangun dulu.siap2 buat air ngan roti( alamak,,,,,tak perasan roti sandwish dah epired date) .....cium tgn pakwe cam selalu...tarrraaaaaa,,,,,selamat hari lahir abg.moga panjang umo n murah rezeki
...dengan muka ala2 serabut g2......pakwe cikmala cam selalu....sengih2 sambil bgtau...jgn lupa S3 @ nokia lumia...huh,,,bulan 9 kang adiah paling berharga cikmala bagi.ngeeeee.....

TIADA YANG INDAH,SELAIN MENGENANGI KEMBALI SAAT2 INDAH BERSAMAMU
MASA SILIH BERGANTI DAN MUSIM SILIH BERLALU

I GIVE THANKS
4 DE DAY I MET U
AND U CHOSE ME 4 UR WIFE
SO I HOPE EVERY BETDAYS
SPENT WITH ME IS DE BEST 1 OF UR LIFE♥♥♥

SELAMAT HARI LAHIR KE 29 ABANG....


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...