Waaaaaa, dah bersarang Blog Cikmala.....teruk benor rupanya. Apa kabar semua. Cikmala harap sihat-sihat belaka hendaknya.. Aamiin..ok,kali ni Cikmala nak kongsi sikit tentang Tips Nak Anak Pandai Mengaji seawal umur kanak-kanak. Sebab ada yang minta Cikmala Tips macamana Muhammad Luth Mikhail pandai mengaji pada umur 4 tahun walaupun tak sehebat si kecil Ahmad Ziyyad Mohd Zahir seawal 2 tahun dah pandai mengaji.YA ALLAH,, 2 tahun dah lancar bacaannya. , Tak baik menyembunyikan ilmu takut kena 'tarik balik' sampai tak ingat apa2.. Ada apa2 yg boleh dikongsi bersama kearah kebaikan, kita pakat2 sumbang dan pakat2 kongsi. betul tak ?
Muhammad Luth Mikhail 4 tahun 6 bulan dah sekarang ni..Sama seperti ibu-ibu yang lain. Cikmala juga turut mempunyai impian untuk melihat Muhammad Luth Mikhail berjaya di dunia dan akhirat. Setelah Cikmala mencuba dan nampak hasilnya pada anak Cikmala.
Orang kata Doa ibu tu akan diangkat ke langit. Bila Cikmala pikir Cikmala tak melahirkan Muhammad Luth Mikhail,,adakah doa Cikmala akan diterima?? Yang paling penting Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin, Cikmala sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikan yang terbaik buat Muhammad Luth Mikhail. Lepas solat Cikmala selalu mendoakan semoga Muhammad Luth Mikhail menjadi anak yang mencintai ALLAH dan Rasul, Cikmala selit juga Doa memiliki anak yang bijak, Cikmala amalkan Doa untuk melembutkan hati anak yang degil , juga amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41, Surah Al-Baqarah ayat 128, Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali dan sebut nama anak. Mula-mula dulu Cikmala tampal doa-doa tempat Cikmala solat.. Skang Cikmala tak perlu nak tengok dah kat dinding. Sebab dah ingat di mulut.
Daripada Mikhail kecil, Cikmala rajin mengulit dye tidur dengan bacaan surah-surah lazim. sampai sekarang Surah Al-Fatihah, Al-Kaafiruun, Al-Asr, Al-Ikhlass, Al-Falaq, Al-Kauthar, Al-Takathur, Al-Qadr, Adh-Dhuha, Al-Maa’un, Al-Qariah, Al-’Alaq, Al-Lail, Al-A’la, An-Nass, Al-Quraisy, Al-Aadiyat, Al-Falaq, Asy-Syams, Al-Masad, Al-Fiil, Az-Zalzalah, At-Tiin, Al-Balad, An-Nasr, Al-Humazah, Al-Bayyinah, As-Syarh, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al-Taariq Mikhail ingat dimulut. Sekarang ni tengah menghafal Surah Al-Buruj.
Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. CIkmala buat 7 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang Cikmala kadang-kadang tercicir. Samada Mikhail demam atau kadang-kadang keluar makan lepas maghrib. Cikmala akan mengajar paling awal jam 7.45 malam dan paling lambat jam 8.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya Mikhail dah sekolah dan main dengan anak jiran. Cikmala terharu juga sebab Muhammad Luth Mikhail dah menghafal tiap-tiap malam Surah AL-Mulk ayat 1-30 dengan lancar dan Surah Al-Waqiah ayat 1-96
Semakin Mikhail membesar,, kalau dye bermain dalam rumah Cikmala suka buka radio Digital Islamik Al-Quran yang papa mikhail beli secara ON9. Kadang-kadang tengah bermain Cikmala dengar Muhammad Luth Mikhail akan ikut membaca.
Masa Mikhail kecil sehingga sekarang, Cikmala selalu bancuh air masak dengan madu yang Cikmala beli dekat CNI. MAGGI,,, memang Papa Mikhail tak bagi makan..Pemakanan penting juga takut melemahkan perkembangan otak. Tapi kadang-kadang Mikhail ni makan juga makanan ringan, budak-budak katakan yang mana kita larang yang tu la dye nak.
Ini kaedah yang Cikmala guna. Mudah je kan,,,Cuma keinginan kita itu perlu dipertingkatkan lagi. Dengan keinginan yang membuak- buak ianya akan memudahkan perjalanan kita mendidik anak- anak syurga ini.
Kalau nak tengok Muhammad Luth Mengaji boleh g kat Youtube...taip je Muhammad Luth Mikhail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan