NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 24 November 2019

HARI ANUGERAH PASTI KAWASAN KUALA TERENGGANU 2019


Semoga pembaca Blok Cikmala dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..Aamiin. kali ni Cikmala nak story pasal HARI KECERMERLANGAN PASTI KAWASAN KUALA TERENGGANU BAGI TAHUN 2019 yang telah berlangsung di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 23/11/2019 
Alhamdullillah....Muhammad Luth Mikhail di jemput sekali lagi walaupun keadaan tak seperti tahun sudah. Alhamdullillah..syukur YA ALLAH masih diberikan peluang untuk bersama-sama anak-anak cemerlang dan ibu bapa dan cikgu2 yang cemerlang.





Sabtu, 23 November 2019

HARI KECEMERLANGAN PASTI BESTARI 2019


 Kini Cikmala mula menulis lagi..cewahhh,,,ayat tak boleh blah.
Hari ni Cikmala nak story pasal HARI KECEMERLANGAN PASTI BESTARI kat sekolah anak yang telah berlangsung di Markaz Tarbiaz Pas, Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 21/11/2019. Syukur YA ALLAH, dberikan peluang sekali lagi untuk menghadiri majlis kecemerlangan Muhammad Luth Mikhail. 2 tahun kat sekolah ni, akhirnya sampai ke penghujungnya. Jom cuci mata tengok gambar - gambar kat bawah tu...

Tahniah Muhammad Luth Mikhail.
Syukur pada ALLAH sekali berpeluang duduk atas pentas buat persembahan.
walaupun terkucil sikit baca surah AL MULK 
 Tahniah dah tamat belajar.
2 tahun belajar kat sini.
pejam celik pejam celik nak masuk tahap 1 dah.

 Last bergambar ngan Cikgu -cikgu yang baik hati 
sedih pulak Cikmala tengok gambar ni.
 kami bertiga...
Alhamdullillah..tahun ni Muhammad Luth Mikhail masih cemerlang
walaupun tak cemerlang seperti tahun sudah. mungkin ada hikmah. Doa ummi sentiasa untuk adik.
- Cemerlang Akademik (No 1 dalam kelas dan dalam Pasti)
- No 2 PraTahfiz 
- Anugerah Khas Pelajar Pasti Bestari

 ni guru kelas Mikhail 
Cikgu Noraini nama dye. Muda lagi haaa orangnya.
persembahan Nasyid oleh pelajar - pelajar Pasti Bestari AL_ MUTTAQIN 1
sedap plop hor dengar, Takde back up music pun.

Isnin, 30 September 2019

QADA' DAN QADAR


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya 
(Al-Hadiid : 57 : 22)

Setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

Jika berlaku perkara yang tidak diingini, maka itu merupakan sebahagian dari ketentuan yang harus terjadi.jangan pula kita berkata. Jika aku melakukan begini dan begini..nescaya akan begini dan begini. Akan tetapi katakanlah semua yg terjadi telah ditakdirkan dan kehendak ALLAH pasti terjadi.

ALhamdullillah...dah selesai ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2019
Tahun ni takde rezeki nak dapat tempat. mungkin ada salah silap dimana2..Ummi tetap bangga adik sampai ditahap ni. Nanti cuba lagi kat tempat baru.OK




Khamis, 11 Julai 2019

BUKANNYA SUSAH PUN UCAP TERIMA KASIH PADA ANAK


Haiii...semua.Cikmala yang sengal kembali semula.Hari ni Cikmala nak cerita kisah pendek tapi bermakna pagi tadi semasa didalam kereta. Anak cerdik Cikmala main game dekat talifon dye.Tbe-tbe phone abes bateri. seperti biasa la budak-budak katakan. Dah abes..baru la letak phone...Jumaat sabtu mmg cikmala bagi dye tengok phone..main game ke youtube ke. Jadi Cikmala bagi phone Cikmala...Dye pandang cikmala dan tanya..


 " boleh ke ummi?

 Bolehhh....ambik la..

.Yeaaaaa,,, terima kasih ummi.

(Tbe-tbe Cikmala rasa terharu sangat, bila budak-budak umur 6 tahun boleh cakap terima kasih)

Memang Cikmala selalu ucap terima kasih, bila cIkmala selalu mintak tolong dye buat apa-apa. walaupun dye tak jawap, cikmala tetap ulang-ulang supaya dye menjawap juga

.sama-sama ummi

.thank you ummi.

Sedar atau tidak, ucapan terima kasih sering menjadi ungkapan yang lupa untuk kita ucapkan pada anak-anak. Malah, mungkin ada sesetengah ibu ayah yang merasakan mereka tak perlu mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kecil.

Ucapan yang singkat ini sebenarnya sarat dengan makna. Sebagai ibu bapa,  jangan ‘kedekut’ untuk mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kita walaupun mereka masih kecil. Ini antara perubahan yang boleh dilihat jika kita lebih menghargai pertolongan mereka.

5 PERUBAHAN YANG BERLAKU BILA IBU AYAH RAJIN UCAP TERIMA KASIH PADA ANAK

1. SENTIASA CERIA SEBAB RASA DIHARGAI

Walaupun si anak hanya menolong ambilkan susu adik atau mengemas mainannya, sekecil-kecil pertolongan itu mungkin amat besar maknanya pada anak kita.

Apabila kita mengucapkan terima kasih itu tandanya kita acknowledge pertolongan mereka. Kita hargai usaha mereka. Setiap orang pasti rasa seronok apabila dihargai, kan? Seolah-olah semua penat lelah hilang begitu saja. Begitu juga halnya pada anak-anak.

2. ANAK LEBIH FAHAM ERTI BERSYUKUR

Apa perasaan kita kalau kita dah bersusah-payah buat sesuatu, tapi dikritik dan dipandang sebelah mata saja? Mestilah ‘panas hati’ kan? Dah tu, boleh demand pula nak macam-macam. Sampai ada yang ‘takut’ nak bagi budak-budak duit raya RM2 sebab akan diketawakan. Dahlah tak cakap terima kasih, kena pula perli sebiji.
Ini sebenarnya realiti masyarakat kita yang telah didedahkan dengan sifat materialistik sejak kecil lagi. Dengan sentiasa mengucapkan terima kasih, kita sebenarnya mengajarkan anak sifat bersyukur. Mereka perlu tahu bahawa kebaikan itu lebih besar maknanya berbanding nilai pemberian tersebut.

3. RAJIN MENOLONG

Selalunya kita ucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu hadiah atau pertolongan. Ibu bapa perlu faham bahawa ucapan terima kasih sarat dengan makna yang lebih mendalam selain satu bentuk penghargaan.
Apabila kita membuat anak berasa dihargai, ia boleh menjadi motivasi bagi mereka untuk mengulangi atau memperbaiki sesuatu tugasan apabila disuruh pada masa akan datang. Sekiranya satu tugasan tidak berjaya, ia juga boleh menjadi sumber pembakar semangat agar terus mencuba. Silap hari bulan, mereka akan mengejutkan kita dengan melakukan sesuatu tanpa disuruh lagi!

4. HUBUNGAN RAPAT DENGAN IBU AYAH

Cuba anda ucapkan terima kasih pada anak, apa reaksi mereka? Sekurang-kurangnya mesti ada senyuman atau balasan ‘sama-sama’ daripada mereka, bukan?
Ikatan kekeluargaan akan lebih terasa kerana masing-masing berasakan pentingnya peranan mereka. Semua ini adalah komunikasi sihat dan positif yang dapat mendekatkan hubungan serta merapatkan jurang.

5. DIKURNIAKAN KEBAIKAN

Ucapan terima kasih adalah akhlak mulia yang diajarkan dalam Islam, tak kiralah apa bentuk pemberian ataupun daripada siapa pertolongan dihulurkan.
Sabda Nabi SAW:
مَن صُنِعَ إليهِ معروفٌ فقالَ لفاعلِهِ : جزاكَ اللَّهُ خيرًا فقد أبلغَ في الثَّناءِ
“Barangsiapa yang diberikan satu kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan, ‘Jazaakallahu khair’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupinya dalam menyatakan rasa syukurnya” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
Jadi ibu ayah jangan lupa ucapkan terima kasih atau ‘Jazaakallahu khair’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Secara tak langsung, ia juga menjadi doa buat anak-anak!

BUKANNYA SUSAH PUN!

Sebagai orang tua, tak salah kita mengucapkan ‘terima kasih’ kepada anak. Sedikit sebanyak, sikap kita ini akan menjadi contoh kepada anak-anak. Bukannya susah pun nak ucapkan, tapi maksudnya amat mendalam dan boleh meningkatkan rasa syukur, menyembuhkan kelelahan dan menyuburkan kebaikan.
Ternyata, walau hanya 2 patah perkataan, ia boleh memberi kesan besar dalam hidup anak-anak.
Info Kredit : Sirap Limau

Rabu, 19 Jun 2019

SUKAN BOLA SEPAK PASTI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019


Alhamdullillah,, Cikmala diberi kerajinan oleh ALLAH S.W.T sikit pada hari ini untuk menaip Blog yang dah lama menyepi ni. Kali ni Cikmala nak berkongsi cerita berkenaan Sukan Pasti Bola Sepak Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 13 APRIL 2019 di Padang ASTAKA, BESUT
Nak cerita banyak-banyak pom, Cikmala dah hilang ingatan. Dah masuk 3 bulan kejadian.


Nampak tak budak cerdik duk kat depan tu pegang bendera tu ha...
Penjaga Gol katakan. Baju lain drpd pemain-pemain Kawasan Kuala Terengganu.

Team Bola Sepak Kawasan Kuala Terengganu bersama jurulatih pasukan.
Kena bnayok bersabar maing ngan budak-budak ni
banyok kerenah...



TEAM Kuala Terengganu VS TEAM Marang
Alhamdullillah...Team Kawasan Kuala Terengganu dapat Naib Juara
Ingat Naib Juara tak terpilih la ke Peringkat Sukan Pasti Malaysia 2019
Alamak, Nama budak cerdik terpilih juga. Nanti Cikmala cerita masa kat Sukan Pasti Malaysia pualk ye..Buat masa nie,,, 
Jom kita tengok aksi-aksi Penjaga Gol Kawasan Kuala Terengganu kita..







Selasa, 18 Jun 2019

HARI SUKAN PASTI PERINGKAT DUN LADANG, KUALA TERENGGANU


Hari nie 17/3/2019 Cikmala kembali lagi jenguk blog...tu pun sebab nak tepek gambar hari sukan budak cerdik ni..Alhamdullillah...dah selesai HARI SUKAN PASTI PERINGKAT DUN LADANG semalam 16/03/2019.

 ni tapak sukan semalam
diadakan di TAMAN 
Saya la Muhammad Luth Mikhail 
saya suka melompat...













Rabu, 21 Mac 2018

KONGSI BERSAMA

Waaaaaa, dah bersarang Blog Cikmala.....teruk benor rupanya. Apa kabar semua. Cikmala harap sihat-sihat belaka hendaknya.. Aamiin..ok,kali ni Cikmala nak kongsi sikit tentang Tips Nak Anak Pandai Mengaji seawal umur kanak-kanak. Sebab ada yang minta Cikmala Tips macamana Muhammad Luth Mikhail pandai mengaji pada umur 4 tahun walaupun tak sehebat si kecil Ahmad Ziyyad Mohd Zahir seawal 2 tahun dah pandai mengaji.YA ALLAH,, 2 tahun dah lancar bacaannya. , Tak baik menyembunyikan ilmu takut kena 'tarik balik' sampai tak ingat apa2.. Ada apa2 yg boleh dikongsi bersama kearah kebaikan, kita pakat2 sumbang dan pakat2 kongsi. betul tak ?

Muhammad Luth Mikhail 4 tahun 6 bulan dah sekarang ni..Sama seperti ibu-ibu yang lain. Cikmala juga turut mempunyai impian untuk melihat Muhammad Luth Mikhail berjaya di dunia dan akhirat. Setelah Cikmala mencuba dan nampak hasilnya pada anak Cikmala.

Orang kata Doa ibu tu akan diangkat ke langit. Bila Cikmala pikir Cikmala tak melahirkan Muhammad Luth Mikhail,,adakah doa Cikmala akan diterima?? Yang paling penting Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin, Cikmala sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikan yang terbaik buat Muhammad Luth Mikhail. Lepas solat Cikmala selalu mendoakan semoga Muhammad Luth Mikhail menjadi anak yang mencintai ALLAH dan Rasul, Cikmala selit juga Doa memiliki anak yang bijak, Cikmala amalkan Doa untuk melembutkan hati anak yang degil , juga amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41, Surah Al-Baqarah ayat 128, Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali dan sebut nama anak. Mula-mula dulu Cikmala tampal doa-doa tempat Cikmala solat.. Skang Cikmala tak perlu nak tengok dah kat dinding. Sebab dah ingat di mulut. 

Daripada Mikhail kecil, Cikmala rajin mengulit dye tidur dengan bacaan surah-surah lazim. sampai sekarang Surah Al-Fatihah, Al-Kaafiruun, Al-Asr, Al-Ikhlass, Al-Falaq, Al-Kauthar, Al-Takathur, Al-Qadr, Adh-Dhuha, Al-Maa’un, Al-Qariah, Al-’Alaq, Al-Lail, Al-A’la, An-Nass, Al-Quraisy, Al-Aadiyat, Al-Falaq, Asy-Syams, Al-Masad, Al-Fiil, Az-Zalzalah, At-Tiin, Al-Balad, An-Nasr, Al-Humazah, Al-Bayyinah, As-Syarh, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al-Taariq Mikhail ingat dimulut. Sekarang ni  tengah menghafal Surah Al-Buruj.

Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. CIkmala buat 7 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang Cikmala kadang-kadang tercicir. Samada Mikhail demam atau kadang-kadang keluar makan lepas maghrib. Cikmala akan mengajar paling awal jam 7.45 malam dan paling lambat jam 8.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya Mikhail dah sekolah dan main dengan anak jiran. Cikmala terharu juga sebab Muhammad Luth Mikhail dah menghafal tiap-tiap malam Surah AL-Mulk ayat 1-30 dengan lancar dan Surah Al-Waqiah ayat 1-96 

Semakin Mikhail membesar,, kalau dye bermain dalam rumah Cikmala suka buka radio Digital Islamik Al-Quran yang papa mikhail beli secara ON9. Kadang-kadang tengah bermain Cikmala dengar Muhammad Luth Mikhail akan ikut membaca.

Masa Mikhail kecil sehingga sekarang, Cikmala selalu bancuh air masak dengan madu yang Cikmala beli dekat CNI. MAGGI,,, memang Papa Mikhail tak bagi makan..Pemakanan penting juga takut melemahkan perkembangan otak. Tapi kadang-kadang Mikhail ni makan juga makanan ringan, budak-budak katakan yang mana kita larang yang tu la dye nak. 

Ini kaedah yang Cikmala guna. Mudah je kan,,,Cuma keinginan kita itu perlu dipertingkatkan lagi. Dengan keinginan yang membuak- buak ianya akan memudahkan perjalanan kita mendidik anak- anak syurga ini.
Kalau nak tengok Muhammad Luth Mengaji boleh g kat Youtube...taip je Muhammad Luth Mikhail.


Selasa, 12 September 2017

AKTIVITI FAMILY TREE TASKA PERMATA KELUARGA

Assalamualaikum...
lama sgt tak masuk blok sendiri ni..apatah lagi nak jenguk bloh kawan2..
Hari ni 27/07/2017 ada aktiviti kat sekolah budak cerdik,,,sebelum kul9 cikmala ada kat Taska Permata Keluarga.teruja katakam 😜
ni anak ummi yang gedek gedek...dapat daripada mana.Cikmala pom tak tau.
Hahah,,, banyok makan masa ni.sampai tok cukup sepinggan
Ni Muhammad Luth Mikhail, bergambar dekat Family Tree yang telah siap ditampal dengan gambar

suka sangat dapat bergambar dengan kawan-kawan





Ni Cikmala punya design Frame
bedal je la apa yang ada kat meja cikgu tu
kecuali kereta tu cikmala bawak daripada rumah.










Ha Hah,,galoksss kan Cikmala
tengok Cikmala tu,, bersungguh benor rupanya

ni gambo mok ngan ayoh budop-budop Taska Permata Keluarga kita


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...