NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Ahad, 25 Mei 2014

LIDAH PUNCA SEGALA KETENANGAN, KASIH SAYANG DAN RASA TENTERAM

ha hah,,,,tu dia sikit punya panjang tajuk entry Cikmala kali nie...Errrrmmmmm.....mesti tak abes lagikan bahang Piala Thomas semalam...Cikmala bajet cuti doh ari nie....korunk pom kan..kan.kan...

jadi kesimpulanya...semua kerja ari nie.dop g2????? jd buat keje masing2.ari nie cikmala nop taip entry berkenaan ayat kat bawah...sila baca..kalu rajin.

Suami tak suka lekat di rumah???? bagi yg ada suami la..yg takdeq boleh baca untuk pengetahuan diri sendiri.

ha hak,,,,memang pakwe cikmala tak lekat kat rumah...


tapi..........


dengan cikmala,,anop,,ngan mak sekali tak lekat kat umah.

Alhamdullillah.......balik keje terus balik rumah.nak keluar.semua keluar sekali.

merungut tak abes2..isteri semakin bingung,risau sedih sehinggakan bersangka buruk.

PUNCA RUMAH TANGGA TAK BERKAT....dengar ayat seram rasa cikmala.Jom kita kongsi sama2.

~ RUMAH SINGGAH
rumah bukan sekadar tempat singgah bahkan tempat melepaskan penat dan kerinduan yg dipendam sekian lama.

~ RUMAH PANGGUNG HIBURAN
Aktiviti yg dijalankan di dlmnya.semua ahli keluarga sibuk melayn kehendak masing2 ( TERASA MAK JEMAH) Ayah sibuk ngan tablet..ibu asyik dgn talipon pintar di tgn.anak2 seolah hidup di alam lain..semua kativiti bersama keluarga terkubur oleh nafsu internet yg menguasai ruang dan waktu yg tak terkira panjang.

~ RUMAH TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS
jgn buang najis dalam rumah anda (alamak,,,doh nop berok kat mana!!!! takkan kat luar rumah...ngeeeee)  tabiat jahat diumpamakan sebagai najis rupanya.yg mengotori dinding rumah.baunya membuat kan anda stress.bersihkannya amat susah jika sudah terlalu banyak dibiarkan berkarat. kejahatan suami dan isteri akan memalitkan wajah anak dgn kotoran yg menghinakannya.

P/S : rahsia rumah yg berkat ada dlm Al-Quran yg berkat.keluar dari pintu umah ini insan2 yg berkat.berlindung di dlm rumah ini dgn naungan para malaikat. LIDAH2 YG MENJAGA PERKATAAN DGN KEBAIKAN DAN HATI2 MEREKA BERKASIH SAYANG ADALAH PUNCA SEGALA KETENANGAN, KASIH SAYANG DAN RASA TENTERAM.

Sabtu, 24 Mei 2014

KISOH DUA TIGA ARI LEPAS

Haiiii.....
apa kabar korunk semua??cikmala arap sihat2 belaka hendaknya yer.Amiiiiin....Cikmala pon alhamdullillah sihat...walaupon kaki sakit2 sikit (kuat sangat berjalan)  ha hakkkk.....



Cikmala nop crita @ story kisoh 2- 3 ari lepas..



Cikmala kembali ke tempat asal sekali lagi..ngeh3ox...

last Cikmala kembali masa kawen Danny ngan elyn tahun lepas...lepas tue tak balik2 dah.
nie pon idea Pakwe Cikmala ajok berjalan kat Kota Bharu, Kelate.bawok anop jate jalan2 kata dye...ngeh30x.

kami duk di Hotel Tune..betul2 sebelah KB Mall. jalan kaki je.hotel pon ok la.amik dua katil single...Cikmala tdo ngan mak ( walaupon sedar malam2 mok duk tolok2..anop tdo buas ngat) ..Muhammad Luth Mikhail tdo ngan papa. tapi malam2 ummi merangkak g katil sebeloh sebab Mikhail nanges selok.kembong perot...sebab siang ari sumbat abes segala makanan ngan minuman ke dia.
Kita anop beranop duduk tingkat 9
tu dia Kb mall napok comel
Inek penat....nop berehat
Muhammad Luth Mikhail pom penat ngat napoknya

Jupe Atok Jamani..sian atuk..ngah keje.rehat kul1 datang jupe ngan Mikhail yer...sampai Mikhail duk tgk ke atuk....sape la nie agoknya dye duk
MK

Turun beli nasi bungkus kat bawoh..sempat lagi cikmala bergambar...
Shoping baju Mikhail..ha hak,,,tu dia.siap ngan baju melayu bagai.
Haiiiiii.....nie la kolam renang saya.hahahhaha..muat2 untuk saya je.
Ummi ,,papa ngan nenek mandi paip air sebeloh yer......

Ahad, 18 Mei 2014

DUDUK BILA MARAH!!!!

oHaiiiiii.......kali nie cikmala nak cerita tentang.marah atau mare atau angry....Cikmala kadang2 pon ada sifat marah.Al-maklum la...aku insan biasa yg punya hati dan perasaan.cewaahhhhh.........nak tanya sikit kat korunk yg baca Blog Cikmala nie.

BILAKAH kali terakhir awak marah dan kepada siapakah awak tujukan kemarahan itu? Sudah berapa banyak hati yang terluka dengan kemarahan awak itu?



Bukan tidak boleh marah namun kadang-kadang marah itu menjadi wajib. Nabi pun pernah marah apabila agamanya dipermainkan. Bila ada pelanggaran hukum Allah nabi menampakkan kemarahannya.

Buruk sangat marah dilakukan kerana nafsu. Ja’far bin Muhammad mengatakan, “Marah adalah pintu segala kejelekan.” Dikatakan kepada Ibnu Mubarak, “Kumpulkanlah untuk kami akhlak yang baik dalam satu kata! Beliau menjawab, “Meninggalkan amarah.”

Demikian juga Imam Ahmad dan Ishaq menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan amarah. Orang yang marah tidak tentu pasal tidak perasan ke buruk­nya muka orang marah.

Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggota menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata haram yang boleh me­ngeluarkannya daripada Islam seperti lafaz kufur, mencela agama dan seumpamanya.

Selain daripada itu, seorang yang cepat marah akan melakukan tindakan di luar dugaan yang berkemungkinan akan membabitkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.

Yang parah lagi, marah terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki ­
di dalam diri dan menyembu­nyikan niat jahatnya terhadap seseorang.

Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah. Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia.

Maka, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat. Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain.

Mungkin kita menyedari perbuatan itu salah, tetapi kerana terlalu terpengaruh dengan marah kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah.

Kata-kata itu seperti melaknati orang, mencelakakan orang dan sebagainya. Sebab jika kita me­nyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita menuduhnya dengan ucapan kita itu.

Andai kata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi. Ada setengah ulama menganggap ucapan seperti ‘sial’, ‘laknat’, ‘celaka’ dan seumpamanya sebagai doa, kerana ada sebuah hadis daripada Rasulullah yang melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah.

Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang memberi ucapan itu.

Diriwayatkan dari Jabir, beliau berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Ansar merasa tidak selesa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Ansar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan”.

Di sini mari kita berkongsi sedikit tip untuk merawat sifat marah yang berasaskan nafsu atau baran. Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan amal.

Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara:

Bertafakur memikirkan kisah teladan yang menyentuh buruk baiknya bersifat marah, berfikir keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut.

Dengan cara itu, akan menjadikannya gemar dan suka kepada pahala yang bakal diperoleh dari menghiasi diri dengan sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah.

Seseorang itu menakutkan dirinya kepada seksaan Allah dengan mempercayai bahawa kekuasaan Allah ke atas dirinya lebih besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain.

Mengingatkan diri akibat permusuhan dan pembalasan dendam.

Berfikir mengenai bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir betapa kejinya sifat marah itu.

Berfikir sebab yang membawanya kepada kemarahan.

Menyedari kemarahannya berpunca dari sikap membang­gakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.

Sementara itu, mengubati marah dengan amal perbuatan pula ialah dengan membaca doa: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam.

Begitu juga sunat dibaca doa itu ketika marah, ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.

Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca ayat itu , maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, (berdiri sebenarnya keadaan bersedia untuk bertindak sebab itu Rasul suruh duduk sebab duduk kurang sedikit kemahuan bertindak ganas. Begitu juga disuruh baring sebabnya ketika baring sudah tidak ada keupayaan untuk bertindak.

Dekatkan diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan supaya dia tahu kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya, “Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia melekatkan dirinya ke bumi”
Selain itu, cara menghilang­kan marah juga ialah dengan mendiamkan diri.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam.

Oleh kerana kesan tercela yang ditimbulkan sifat marah itu, Rasulullah menganjurkan umat manusia supaya jangan suka marah. Ia tidak akan mendatangkan perkara yang baik kepada diri.

Malah, menyebabkan pelbagai bencana terutama sekali perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya. Selain itu, orang yang suka marah sering ditunggangi syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu.

Manakala orang yang menurut kehendak syaitan tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

YG PENTING KESIAN PADA MANGSA YANG KENA MARAH.......

kredit untuk Berita harian

Jumaat, 16 Mei 2014

ILMUNYA DI BURU


Sempena hari guru nie..tbe2 cikmala teringat peristiwa masa sekoloh kat 
Sek.men simpang renggam.perak

kena denda ....berdiri atas kerusi..sampai terkencing...kalau di ingat2kan...malu pon ada.aduhaiiiiiii..........

Jadilah seorang guru yang ...
hadirnya di TUNGGU
hilangnya di RINDU
ilmunya di BURU
nasihatnya di SERU
tingkah lakunya di TIRU
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"

♥ Sek.Ren.Keb.Pengkalan chepa [1989-1994]

♥ Sek.Men.Panji [ 1995-1996]

♥ Sek.Men.Simpang Renggan Perak [ 1996- 1997

♥ Sek.Men Jalan Kebun Klang [1997-1999]

♥ Institut Yayasan Basmi Kemiskinan ITMY

Sabtu, 3 Mei 2014

KENDURI KAWEN TIME

Haiiiii semua.....
korunk pon mesti sibuk ngan jemputan kawen sana sini kan...Cikmala pon sama...tapi sempat pegi rumah sjn pakwe cikmala je kat Kuala Ibai,,Kuala Terengganu.

ha hak..tu dia.siap dengan negeri sekali.

Cikmala ngan Anop ari nie tema Pink...pakwe tema hijau...alamak lari tajuk...

belum3...lari ok

tgk tang tudung Cikmala..kan wane hijau sikit tue....

yahooooo....tetap tak lari dr tema kan...

jom..tgk gambar2 bini2 anggota kereta peronda Balai Kuala Terengganu nie ber candid depan khemah kenduri...hahahahha

geng bas sekoloh.......
mesti korunk pelik kan...kenapa pulak Cikmala kata macam tue...sebab dye ada kat bawah....

sebabnya......ialah
sebabnya......sebabnya.....
alamak,,,,bergurau pulak cikmala nie kan
ha hak...tu dia
Cikmala makan tak tgk org dah
sebabnya apa Cikmala kata hok duk atas dukung tue geng bas sekoloh
sebabnya diorg nie lahir tahun yg sama..pulop tue tarikh lahir dekat2.....
sekian terima kasih....hahahahaha

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...