NUFFNANG

FOLLOW CIKMALA

TINGGALKAN JEJAK AWAK

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK AWAK

LIKE???

Sabtu, 29 Jun 2013

MUSIM CANDY CRUSH

Haiiiii......
kali nie Cikmala nak update pasal game yang tengah popular di kalangan Pengguna FB, kawan2 tempat kerja Cikmala dan Cikmala sendiri. memang ralit kalau dah main benda alah nie.bukan apa.selagi tak score lagi tue duk main. sekarang Cikmala baru Step 29,, punya la susah nak score yang nie. sampai abes nyawa di buatnya. Member Cikmala yang terror2 tue bgtau, game nie kena mintak nyawa dengan mber2 yang lain. Mak oiiiiii, patut la diorg main game nie sampai LEVEL 80 lebih dah. ada rahsia dye rupanya.....Ngeeee,, tak minat la pulak kalau kena hantar2 kat orang. lama2 Cikmala dah slow main game nie.gerammmmmm juga.asik duk no 29 je.bukan dye dah nie...korunk camne...korunk main tak????? PAKWE Cikmala kata main game macam budak2...tak mencabar langsung...cer main...cer main.nak tengok mencabar ke tak mencabar.
 

 

Isnin, 24 Jun 2013

BAYI DAH MENENDANG

Haiiiii.......
apa khabar semua...moga korunk sihat2 semuanya yer.topik cikmala ari nie ialah mengenai baby lagiiiii....ngeeeeeeee,,teruja la katakan.alahai,,,,korunk nie.bg la cikmala can pulak.hehehehehe,,,,,kan dah melalut bagai. ^_^ 4 ari lepas adik cikmala bgtau.baby asik menendang2 dalam perut.wah,,,,nak jd pemain bola sepak plak ke!! ayahnya pelumba basikal.camne leh lari lak nie baby oiiiiiii.........♥♥♥ cikmala pong godek2 la en.google yg serba tau.kot2 ada la jawapannya.yer idok......jawapannya baik2 je takdeq yg mengundah gelana kan ati cikmala..jawapannya korunk leh
KLIK KAT SINI

Khamis, 20 Jun 2013

27 MINGGU ADIK DALAM KANDUNGAN

Haiiiii......
20/06/2013 adik dah 27 minggu dalam kandungan .
berat adik sekarang  2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Mata membuka dan menutup, dan tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. alahai kiutnya dye........semalam dah scan, baby boy.wah,,,,,,tak sia2 duk kumpul kasut2 puma kecik2. sebelom nie cikmala pnah la saja2 tilik jantina bayi dengan kalendar cina.memang dalam tue tunjuk boy.tapi takdeq la percaya sangat pun.sekadar suka2....tapi akhirnya kata kalendar tue memang conpem betul.kalendar tue anda boleh TENGOK KAT SINI.
 


TELOR DADAR BERLAUK


Haiiii........
mesti awok2 semua tertanya2....lauk apa pulaknya dalam telor dadar kali nie.cikmala amik dalam mingguan wanita.al-maklum la cikmala ngan en suami memang penggemar telor dadar.nampak cam best je tgk gambar.leh cuba nie.


Bahan-bahannya:

3 biji telur
100 gram isi ayam,
100 gram isi udang
100 gram sayur campur
1 biji bawang Holland
Garam, bahan perasa dan gula secukup rasa
3 sudu minyak masak

Cara membuatnya:
  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan-bahan lain.
  • Panaskan minyak dan masukkan telur yang telah dipukul dan bercampur dengan bahan-bahan lauk.
  • Masak di atas api yang perlahan dan biarkan sehingga garing.
  • Setelah telur agak garing, terbalikkan dan biarkan seketika sebelum diangkat.
  • Sedia dihidang.

Isnin, 17 Jun 2013

SOFEA ZULAIKHA SEINDAH NAMANYA

Haiiiii......
punya la lama tak update blog.tbe2 update macam meroyan plak dah.banyak benda nak story mory nie .pada 31/05/2013 keluarga cikmala bertambah lagi sorang.mak cikmala dapat cucu ke 4, cikmala dapat anak saudara ke 6,adik cikmala yg tengah bawak perot tue dapat anak saudara pertama,adik cikmala yg lelaki dapat anak pertama....ha hah,,,,pandai2 la korunk semua fikir kalau rajin.hahahahha....nak tengok tak pic sofea zulaikha yg cikmala beritahu seindah namanya tue.....tarraaaaaa,,,,,,,



kali pertama cikmala tengok sofea,,,memang sangat comellllll...SOFEA ZULAIKHA SEINDAH NAMANYA. ♥♥♥

TEDUHAN KASIH

Haiiiii....
banyak hari juga Cikmala tak layan Teduhan kasih nie.kadang2 terlupa duk layan astro.sampai terlepas.kali nie tak lepaskan peluang nak tengok.walaupon nyamuk sibuk duk gigit kaki tangan,,sanggup duk layan dulu cter novel nie sampai abes dulu baru sembor ridsect...suka tgk ehsan dan iffa dah nak kawen.tapi tbe2 si ayu yg gatal merela nie duk depan komputer kerek semacam.haaaaaaa,,,,,nie mesti ada agenda hati busuk pekung dia.korunk pong tgk kam.malas nak cter panjang2 lebar.jom layan lagu kat bawah tue.korunk nyanyi la sendiri dalam ati.ngeeeeee........


OST , Lagu tema Teduhan Kasih (Drama Akasia TV3)

Lirik lagu Hanya Aku - Hyper Act

Bersama janji kau sentuh rasa percaya... 
Hangat dinginmu mengundang rindu.. kecewa... 
Hanya aku... 
Dihuni sepi rasa kasihmu...
Hanya ku yg mencari... 
Rembulan masih ada... 
Mungkin seketika... 
Walau ku bahagia... 
mengejar bayanganmu... 
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu.... 
Hanya aku... 
Apakah mungkin berulang janji setia... 
Apa kan kekal ataupun menyambut duka... 
Dan dirimu di janji Sang Sempurna... 
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu....
Dingin rasa kasihmu... 
Bagai bintang bersemi... 
Rindu janji bicara... 
kekal selamanya... 
Walau sekadar mimpi... 
tak pernah ku peduli... 
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu.. 
Hanya aku...

Jumaat, 14 Jun 2013

26 MINGGU ADIK DALAM KANDUNGAN

haiii........
mood untuk menaip entry seciput je.ngeeee......malam nie jam 12 malam@ 14/06/2013 selepas layan the avengers,,cikmala tetiba rajin semacam nak jenguk blog.hahahaaa........nak update perkembangan baby cikmala je la...

Ukuran bayi Cikmala sekarang, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter.wah,,,,terkejut korang bila masa pulak cikmala mengukurnya plak kang.hahahhaha......pakar2 la yg mengatakan. ^_^ Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi cikmala mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk baby selepas dilahirkan kelak. 

Oleh sebab bayi cikmala membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan  adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur yer ibu baby saya.... ^_^ Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit. 

Kelas antenatal  harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan tentang melahirkan bayi. 

Sabtu, 8 Jun 2013

APA ADA DENGAN HURUF PERTAMA NAMA

Huruf Pertama
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. 
 
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
 
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
 
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
 
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
 
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
 
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
 
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.HMudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
 
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
 
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
 
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
 
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
 
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
 
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
 
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
 
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
 
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
 
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
 
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
 
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.WRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
 
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
 
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
 
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...